Dari Cinta Kepada Cinta

142 20 1
                                    

Wahai cinta,
Jangan sesekali
Kau mengkhianati kesucianmu
Dengan nafsu.
Janganlah kau terpedaya
Dengan pesona nafsu,
Sesungguhnya pesonamu
Jauh lebih indah.

Kenalilah asalmu cinta,
Pulanglah ke asalmu,
pulang ke pemilikmu,
pemilik cinta itu sendiri.
Kerana tanpaNya,
Tiadalah kau bernama cinta.

Cinta adalah satu,
Datang dari yang satu,
Pulang pada yang satu.
Sesungguhnya,
Kerana Tuhan mencintaimu,
aku mencintaimu.

Titisan Akhir Kopi ( TAMAT ) Where stories live. Discover now