Bukan Kerna Nama

126 16 0
                                    

Puisi adalah tali,
Tali yang menghubungkan
Jiwa dan sunyi
Yang selalu merindui.

Pena berlari-lari,
Sambil mengutip permata dan kaca
Yang bertebaran jatuh,
Dijadikan hadiah buat noktah
Yang menunggu di penghujung kata.

Aku menulis,
Bukan kerna nama.
Aku menulis
Hanyalah kerana
Ingin menyemat huruf-huruf
Yang tumbuh subur
Di taman bunga yang sunyi.

Titisan Akhir Kopi ( TAMAT ) Where stories live. Discover now