Puisi Terakhir

205 11 1
                                    

Bukanlah kerana daku benci,
Bukanlah kerana daku jemu,
Cuma mungkin
Pelukanku yang teramat kuat
Melemaskanmu,
Kini, pergilah kau terbang bebas,
Manfaati sepasang sayap emasmu.
Aku teringin sekali melihatmu
Terbang dengan penuh unggul,
Gilang-gemilang.
Apa gunanya,
Jika aku terus mendakapmu,
Akan tapi keunggulan sayapmu
Kabur dihijab kain lusuh pakaianku.

Sejahtera selalu keatasmu,
Selamat tinggal,
Puisi.

Titisan Akhir Kopi ( TAMAT ) Where stories live. Discover now