Noktah

119 14 1
                                    

Sudah beribu puisi
Yang telah aku tulis,
Mencuba untuk mentafsir
Air mata dan senyum,
Menghurai benci dan cinta,
Mengurai dendam dan rindu.
Yang aku temui di penghujungnya
Hanyalah noktah,
Noktah yang hanya diam,
Bersunyi sepi.
Kerana segala pengertian,
Tiada di dalam puisi,
Ia ada di dalam jiwa yang suci.

Maka,
Izinkan aku menoktahkan
Puisi ini..

Titisan Akhir Kopi ( TAMAT ) Where stories live. Discover now