Bab 2 { S's COMPANY }

7K 280 12
                                    

New version
________________________

Surat temu duga yang diberi oleh Mama Syafirah petang tadi dibaca sekali lagi. Ain senyum. Sekali lagi, surat itu ditekup ke dadanya. Matanya membulat. Benarkah semua ini? Akal Ain berbalah sendiri dengan hatinya. Sekali lagi surat itu dibawa ke depan mukanya. Dia berdehem kecil sebelum membaca lagi surat itu.

"Tuan, Puan... Tawaran temuduga untuk calon latihan industri Syarikat S's Global Group. Dengan ini perkara di atas adalah dirujuk..." Diteliti setiap baris yang tercetak dengan penuh hemat. Mata Ain yang tadinya besar, jadi semakin kecil sampaikan Syakirah si kakak angkat yang baru masuk ke biliknya pun naik juling mata memandang si dia yang berada di atas katil. Haih...

"Ain!"

"Mak sayangku intan payung!"

Terlatah Ain apabila dia tiba-tiba disergah. Tersedar, terus dia tekup mulutnya yang dirasakan tidak memberi kerjasama dengannya. Ain pandang tepi setelah itu. Kelihatan si Syakirah sudah tertawa lucu. Dia tekup perutnya menahan senak ketawa. Melihatkan tingkah si kakak angkatnya itu, tidak semena-mena wajah Ain bertukar riak semacam. Kaku.

"Ain?" Syakirah menegur seusai tawanya reda. Seriau pula dia memandang si Ain yang kejung semacam. Mukanya merah.

"Wei, kau okey tak ni?" Syakirah tepuk bahu Ain sekali. Baru saja hendak menunduk memandang raut wajah si adik angkatnya itu, tidak semena-mena...

"Bah!"

Dia pula yang kena sergah. Langsung, Syakirah terbalik ke belakang; berdebuk dia di lantai. Terkekeh-kekeh Ain ketawa.

"Auch... Ain, tolong aku!" Shakirah merayu sendu. Keadaannya sudah serupa kucing yang pura-pura mati sedangkan dia tidur di lantai. Lantas, Ain hulurkan tangannya... Masih dengan sisa tawa yang tak ubah seperti si Marsha dalam cerita 'Marsha and the bear'.

"I got you, sissy... Okey tak?" Ain menyoal sebaik sahaja mendudukkan Shakirah di sisinya. Si kakak angkatnya itu mencebik. Sambil itu, dia mengusap-usap sekitar bahagian tengkuknya yang terasa sengal.

"Nasib aku ni ada isi. Kalau badan aku ni sekeping, dah patah-riuk, dah! Could you stop pulling my leg, sissy? Tak lawak tahu tak, kau punya muka!" Shakirah lepuk lengan Ain sekali. Matanya terjegil tegas. Si Ain yang mendengar, tidak semena-mena menjeling. Eleh... Cakap orang... Dia pun dua kali lima je...

"Kau cakap dengan cermin ke, Shakirah? Kau usik aku tak apa pula?"

"Kau tak apa... Kau punya ekspresi tu priceless. Boleh aku dengan Aisy rakam dan simpan buat kenangan," selar Shakirah, selamba. Terus, Ain silangkan tangannya dan letak di dada. Wajahnya monyok... Pipinya kembung. Yalah-yalah... Sabar sajalah! Apalah nasib dapat adik-beradik yang macam ni? Mentang-mentanglah dia yang jadi bongsu... Hati kecil Ain menjerit sendu.

"Kau masih tak puas dengan surat interview ni, Ain?" Shakirah menyoal tiba-tiba. Terus, Ain tolehkan kepalanya memandang si Shakirah yang sedang membelek-belek surat tawaran temu duganya. Senyuman girang dan-dan kembali terlengkung di bibir Ain apabila dia teringat kembali akan kewujudan surat itu. Pantas sebelah tangannya naik memeluk bahu Shakirah. Ain rapatkan jarak antara mereka.

"Of course! I'm happy sebab ini salah satu peluang untuk aku asah kemahiran aku di suatu tempat yang berkelayakan. Tapi, pada masa yang sama... I'm nervous. I afraid that my phobia will overwhelmed me," ujar Ain, terselit gentar. Mendengarkan kata itu, terus Shakirah tarik segaris senyum di bibirnya. Sebelah tangannya pula lantas menjalar ke belakang tubuh Ain sebelum dia mengusap lembut bahu adik angkatnya itu.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now