Bab 19 { YANG DI SANA; YANG DI SINI }

4.1K 200 18
                                    

11 tahun yang lalu...

California, Amerika Syarikat--Usai melabuhkan punggung di atas kotak pasir yang lengang tanpa orang, terus wajah Ain berubah monyok dan kusut. Tangan kanak-kanak itu menguis-nguis butiran pasir yang terlonggok di depannya; yakni mahu meluahkan rasa yang terpendam di lubuk hati.

Tanpa disedari, tingkah-lakunya itu diperhatikan oleh seorang remaja lelaki. Terasa macam pernah dilihat, lantas remaja lelaki itu bangun dari buaian yang didudukinya dan datang mendekat. Langkah panjangnya kedengaran senyap tak berdetak; membuatkan Ain langsung tidak menyedari kehadirannya dari belakang. Sedar-sedar saja...

"Hei, budak! Kau buat apa kat sini seorang diri?"

Ain langsung tersentak bahu tatkala suara garau mudanya menegur pendengaran. Lantas dia menoleh ke belakang seraya membaling pasir yang refleks digenggam; membuatkan remaja lelaki itu langsung tercengang melihat reaksi kanak-kanak itu.

"What the heck, budak... Kau baling pasir dekat baju aku? I mean no harm!"

"Ah, sorry... Tak sengaja! Abang okey?" Kalut Ain menyoal. Hendak tak hendak saja remaja lelaki itu, yakni Ezray mengangguk; perlahan dia mendengus sebal sambil mengibas-ngibas baju yang dipakainya.

Keadaan canggung seketika.

"Kau buat apa seorang diri dekat sini? Bukankah budak umur macam kau sekarang ni patut berada dekat sekolah?" soal Ezray, memecahkan kesunyian. Mendengarkan itu, langsung Ain tidak semena-mena menunduk; dia gagap seketika.

"Well... I fled, obviously."

"You what?" Ezray langsung tersentak. Bertambah tertunduk kepala Ain jadinya. Mulutnya pula diam seribu bahasa.

Ezray langsung jadi serba salah; kepalanya yang tak gatal digaru. Macam manalah dia nak pujuk budak perempuan ni? Nampak gaya, macam kena buli...

"Urm... Kau nak ikut aku? Kita orang nak buat grafiti dekat lapangan skateboard hujung sana," pelawa Ezray sambil menundingkan jarinya ke arah sisi. Langsung kepala Ain terlangut.

"Hah? 'Kita orang'?"

"Urm... Aku dengan kawan-kawan aku. Kalau kau tak keberatan."

"Abang ni vandalizing ke?" Ain dah pandang semacam. Terus cemberut muka Ezray jadinya.

"No... It is more than that."

"Apa dia?" Kening Ain berkerut hairan. Ezray senyum penuh makna.

*****

"Mak!!! Abang ni memang sembang, kan?!" Tercungap-cungap Ain berlari apabila suara pengawal peronda semakin menghampirinya dari belakang. Namun, si Ezray di depannya, hanya sakan lepas gelak. Suka benar remaja lelaki itu...

"Come on, this is fun!"

"Banyaklah abang... Penat, tahu tak?!" Ain tahan bengang. Bila difikirkan balik, memang salah dia pun sebab pergi ikut mamat ni tadi. Sedang emosilah katakan...

Terus, tidak semena-mena Ezray perlahankan lariannya menyamai Ain. Tersentak kanak-kanak itu apabila remaja lelaki itu tiba-tiba mencempungnya sebelum memecut ke depan.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now