Bab 14 { P T S D }

4.2K 186 10
                                    

Mata bertentang mata. Bukan sahaja sepasang, malah lebih daripada itu. Di depan pancaran skrin televisyen saat ini, dapat Tuan Aryan dan Puan Syafirah melihat tujuh orang yang menjadi wakil utama dari setiap kumpulan dan organisasi yang bersekutu di bawah nama Red Genes. Yakni Tuan dan Puan Scheneider, Heidi dan Hayden, Encik Farzlan, Atuk Danté dan akhir sekali Toshiya.

"Jadi, kenapa kita dipanggil semula hari ni?" Toshiya dari Yakuza Red Moon menyoal sopan. Lantas, Tuan Aryan berdehem sebelum memulakan bicaranya. Masing-masing tekun memberikan perhatian.

"Macam yang semua dah sedia maklum, kita berjaya dapatkan Ain semula. Tapi Ezray..." jeda. Tuan Aryan tarik nafas dalam-dalam sebelum melirik ke arah tujuh muka yang ada di depannya, terutama sekali Tuan dan Puan Scheneider. Suami dan isteri itu sudah terjungkit kening menanti.

"Ezray apa? Budak bertuah tu ada buat hal ke?" Puan Scheneider dah pandang semacam. Jari-jemarinya pula sudah terketuk-ketuk pada bahagian pemegang sofa yang sedang dia duduki kini bersama suaminya; sepertinya sedang menahan anginnya daripada meletup. Tuan Scheneider dah pandang isterinya itu dengan lirikan mata yang penuh makna; dia genggam tangan kiri Puan Scheneider yang bebas biar wanita itu sedikit tenang.

"Bertenang, Maria... Kita dengar dulu apa yang Aryan nak kata!" desis Tuan Scheneider penuh tegas. Hendak tak hendak, Puan Scheneider yakni Maria itu terpaksa menyerah; dia lepaskan keluhan berat sambil bersandar pada badan sofa di belakangnya. Perlahan Tuan Aryan berdehem lagi. Terasa kesat anak tekaknya dek rasa gementar dengan apa yang bakal dia sampaikan. Suasana hening sejenak.

"Ezray... Dia kata dia nak kahwin dengan Ain."

"Eh?"

"What?"

"Are you nuts?!" Langsung tercengang semuanya saat mendengarkan kenyataan Tuan Aryan itu; masing-masing sudah terlopong. Mata mereka juga turut terbuntang luas bagaikan hendak terjegil bebola mata dari soketnya. Atuk Danté lagilah... Lelaki tua itu sudah terdiam seribu bahasa; dia yang sedang enak bersandar di kepala katilnya, langsung tegak sembilan puluh darjah memandang Tuan Aryan.

"Aku ingat dia cuma kelentong tentang jadi tunang Ain sebab nak selamatkan keadaan..." Hayden dah mati kata. Dia mengusap kesal dahinya. Aduhai, apalah yang mamat tu fikirkan?!

"You all tunggu kejap... I nak call budak bertuah ni!" Puan Scheneider dah hilang dari paparan skrin; dia pergi ambil telefonnya yang ditinggalkan di suatu tempat. Bercekak pinggang wanita itu berjalan. Sambil itu, mengomel mulutnya dalam bahasa Itali membebelkan anak sulungnya itu.

*****

Balutan luka di bahu yang sudah kering, Ezray buka dan gantikan dengan band-aid. Setelah itu, dia keluar dari bilik air. Sedang elok bersiap-siap di hadapan cermin meja riasnya, tidak semena-mena telefon pintarnya yang terletak di atas meja tersebut berdering. Melihatkan nama pemanggil yang tertera, terus Ezray telan liur seketika sebelum menjawab.

"Ya, Ma?" Lelaki itu cuba untuk bertenang. Namun, mendengarkan nada Puan Scheneider yang semacam di hujung talian, langsung dia hela nafas panjang.

"Betul ke kamu nak kahwin dengan Ain, Ezray?"

"Mamma, dah tiba waktunya."

"Kenapa tiba-tiba? Kamu sedar tak dia tu siapa?"

"Yes, I am... Look, saya tahu semua ni macam terlalu mendadak untuk semua orang, but I think... She's the one for me." Ezray mula berpeluk tubuh dan bersandar di pinggir meja riasnya. Puan Scheneider langsung kedengaran senyap di hujung talian. Ezray menanti saja dengan penuh sabar. Tidak lama selepas itu, kedengaran Mamma-nya itu bersuara semula setelah kedengaran sayup-sayup suaranya berbincang dengan seseorang... Lebih tepatnya, beberapa.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now