Bab 20 { UNAVAILABLE }

4K 172 0
                                    

Ronald Reagan Washington National Airport...

"Thank you, Malcolm! Aku jumpa kau kejap lagi." Panggilan dimatikan. Seusai itu, terus Ezray bangun dari tempat duduknya sebaik sahaja isyarat tali pinggang dimatikan. Lantas dia berjalan menghampiri pintu keluar pesawat yang dinaiki.

"Ciao, bro! Kenapa kau bersungguh matikan fon aku? Bongok, tahu tak?" Kedengaran suara garau Malcolm menempik kuat di pinggir landasan. Ezray pegun sekejap di kaki tangga pesawat.

"Hah, si nuri ni memang dah sampai..." Tanpa dapat ditahan, Ezray berdecit sinis. Sambil berjalan semula mendekati si Malcolm, dia tahan tangannya yang terasa gatal saja mahu memberikan penampar di muka sepupunya itu. Memang tak serupa bikin laki yang seorang ni...

Tapi tak apa; hakikatnya dia pun lebih kurang sahaja. Cuma lebih pasif.

"Ciao, bro..." Jabatan tangan dihulur. Tangkas Malcolm menyambut dengan gayanya. Seusai itu, dan-dan dia gelak besar.

"Kau dengan muka batu kau tu memang tak berubah, kan? Apa cerita kau sekarang? Aku dengar kau dah kahwin."

"Hm." Ringkas Ezray mengangguk. Melihatkan reaksinya itu, Malcolm langsung geleng kepala sambil melepaskan keluhan kesal. Hailah...

"Masih juga berat mulut; tak payah skema sangatlah bro... Macam manalah isteri kau hadap kau?"

"Bini aku, kau jangan nak petik ya... Dia tak ada kena-mengena antara kau dan aku," ujar Ezray sambil menolak Malcolm masuk ke dalam kereta di tempat duduk penumpang bahagian depan. Tiba-tiba sahaja. Terkekeh-kekeh Malcolm gelakkan sepupunya itu sungguhpun dia agak tersentak.

"Sayang sangat dekat Nancy, ya? Untunglah kau dapat kahwin dengan crush lama kau tu..."

Ezray tetap dengan muka batunya; buat-buat pekak dengan suara si Malcolm itu. Masuk saja dia ke tempat pemandu, terus hening suasana kereta; Ezray tenung sekejap muka Malcolm; yakni sedang mencuba untuk menyabarkan hati. Bila diingatkan kembali, kalau dia nak tampar Malcolm, rasanya seperti sedang memberikan tamparan laju-laju ke muka sendiri.

"Hai, Jack sini! Jack sini!" Namun, tak sampai beberapa detik, langsung kuakan Jack si nuri merencatkan keadaan. Terus Ezray pandang ke belakang.

Ada burung nuri hijau itu di tengah-tengah tempat duduk; elok sangkar yang dihuninya dipakaikan tali pinggang keledar.

Tercetus tawa lucu dari mulut Ezray.

"Hai, Jack! Long time no see... Utamakan keselamatan?" soalnya sekadar beramah. Kalau tidak, mahunya dia kena leter dengan tuan empunya burung. Entah apa yang tak kena... Ezray anggap saja kalau si Malcolm itu sayang yang teramat dekat nurinya.

Jack sekadar meneleng-nelengkan kepalanya. Mengangguk sekali, terus Ezray berkalih semula ke hadapan dan menghidupkan enjin. Namun, lantas juga Malcolm menyela.

"Kadang aku lupa yang kau dan aku ni mirip. Kita ada tersalah mak ke masa lahir dulu? Curiga aku."

"Kau tanyalah zia... Bukan dia kutip kau tepi tong sampah ke, dulu?"

"Sial. Habis tu kau? Kau tu pula dalam kotak." Malcolm dah tak puas hati. Ezray langsung sengih sinis.

"Memang aku dalam kotak, tapi kotak inkubator."

"Lancau!" Malcolm tumbuk bahu Ezray. Namun, suara Jack yang tiba-tiba berbunyi langsung membuatkan suasana jadi bungkam.

"Lancau! Lancau, lancau, sial! Lancau, sial..."

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now