Bab 13 { I'M YOUR FIANCÉ }

4.4K 201 3
                                    

Kalau ada typo, bagitahu ya?

_________________________________________

Bangkok, Thailand——Pemeriksaan terakhir terhadap peralatan yang bakal digunakan dilakukan; ada pisau, kerambit dan juga beberapa jenis senjata yang bermacam bentuk dari panjang ke pendek. Usai memastikan segalanya berada dalam keadaan baik dan teratur, terus Ezray melangkah keluar dari van yang dinaikinya bersama lima orang lagi anak buah; masing-masing khas diterbangkan daripada sekutu Red Genes di Jepun, yakni Yakuza Red Moon.

"Semua dah sedia, Aisy? Syakirah?" Ezray menyoal kedua-dua empunya nama tersebut melalui earpiece di telinga kirinya. Lantas, masing-masing memberikan respon yang positif dari tempat yang telah ditetapkan untuk mereka; Aisy dan kumpulannya sebagai backup yang mengawal perimeter di air, yakni Sungai Chao Praya yang berada berdekatan manakala Syakirah dan kumpulannya pula sebagai backup di sekitar kawasan lapangan terbang.

"Jangan lupakan kita orang ni, woi!" Suara Hayden tiba-tiba menyampuk di hujung talian. Langsung tersengih kambing Ezray dibuatnya apabila mendengarkan suara lelaki itu.

"Kau hidup lagi." Dia berikan kenyataan selamba. Langsung merengus sebal Hayden dibuatnya bagi menahan rasa jelik di hati. Mamat ni memanglah...

"Dahlah... Bagi status dulu!" Ezray cuba alih topik. Lantas, Hayden pandang Ben yang berada di sisinya. Jikalau Ezray, Aisy dan Syakirah berada di lapangan, mereka berdua pula kini berada di sebuah hotel bajet, tengah-tengah antara Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok dan Bang Phut Sub-Distric tempat Ezray dan Aisy berada kini.

"Hidupkan thermal vision!" arah Hayden kepada Ben. Lantas, lelaki itu berkalih menatap alat kawalan jauh gergasi bagi sebuah dron dummy yang sedang diterbangkannya di sekitar sebuah rumah kecil yang usang dekat Bang Phut Sub-Distric. Sebaik sahaja jumpa satu butang kecil yang berkenaan, terus Ben menekan dan memerhatikan paparan kamera yang terpasang pada alat kawalan jauh tersebut; skrin kini bertukar warna menunjukkan beberapa objek yang berlainan warna dek muatan haba tentu yang berbeza.

"Sekarang ni kita ada lima orang di luar, tiga orang di dalam termasuk Ain. Aku rasa mereka dah nak gerak, wei... Ada sembilan orang kesemuanya," ujar Ben penuh yakin. Macam mana dia boleh cam si Ain? Well... Gadis itu seorang saja yang memakai tudung. Tapi...

"Wait!" Ben tiba-tiba menempik. Tersentak Hayden dibuatnya. Spontan, terhenti perbualannya bersama Ezray. Lantas dijauhkan sedikit fon kepala sebelum memandang ke arah Ben; berkerut dahi Hayden.

"Kau kenapa?" soalnya. Sedar tak sedar, Ben menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ada benda yang tak kena dekat sini. Aku tak pasti apa, tapi lebih baik kau suruh yang lain berhati-hati," ujarnya penuh syak-wasangka. Hayden lantas menyampaikan pesanannya itu kepada Ezray di hujung talian.

"Okey, faham." Sebaik sahaja mendapat pesanan tersebut, terus Ezray dan kumpulannya berpecah. Begitu juga dengan kumpulan Aisy dan Syakirah; mereka bersedia di posisi masing-masing.

*****

Beg sandang kecil yang memiliki beberapa jenis barang keperluan lantas dizip tutup. Sebaik sahaja menyandangkannya di bahu, terus Ain menghampiri Doktor Ruby yang berada di ruang tamu. Sampai dekat, terus dia menepuk perlahan bahu wanita itu yang sedang membongkok memeriksa beg sandang kepunyaannya.

"Doktor, saya dah siap."

"Yeah? Mari! Kita kena cepat." Doktor Ruby lantas menegakkan tubuhnya bersama beg sandang kepunyaannya. Setelah itu, dia lantas memanggil seorang lagi rakan subahatnya yang berada di dapur, yakni Beto. Lelaki itu lantas memunculkan diri bersama sepucuk pistol Glock di tangannya; peluru dilaraskan sebelum lelaki itu menyelitkannya di dalam poket jaket yang dipakainya.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now