Bab 5 { SAMURAI }

678 33 0
                                    

Ini dia... Hari yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Dengan gaya pakaian yang ala-ala bushi pada zaman Edo dahulu kala, Ain melangkah masuk ke dalam bangunan pejabat moden yang menempatkan S's Global Group setelah dia melemparkan senyuman manis pada beberapa orang pengawal yang berjaga di luar bangunan. Mata Ain melilau memerhati keadaan sekeliling yang agak lengang memandangkan waktu masih awal. Sampai di depan suatu dinding, Ain berhentikan langkahnya secara tiba-tiba. Dia mendongak memandang skrin penunjuk arah yang tertampal di situ. Lagaknya seperti sedang berada di sebuah pusat beli-belah. Hmm...

"Tingkat satu, dua, tiga... Ruang pameran. Tingkat empat... Dewan sidang. Tingkat lima dengan tingkat enam, ruang mesyuarat... Tingkat lain... Ruang kerja..." Ke atas dan ke bawah bebola mata Ain bergerak. Seraya itu, dia mengusap dagunya dan berfikir sejenak. Mana satu tingkat pilihan hatinya, ya?

"Memandangkan aku tak habis lagi tawaf ruang pameran masa interview tempoh hari... Kita pergi tingkat tigalah ya?" Ain memutus sendiri. Setelah itu, dia mengetik paparan skrin yang menunjukkan ikon tingkat tiga. Langsung terpapar pelan lantai aras itu. Tidak semena-mena Ain tertawa suka; kagum sejenak dia dengan kecanggihan kemudahan-kemudahan yang tersedia di syarikat itu.

"Alright..." Ain bergerak ke arah tangga sebaik sahaja dia selesai meneliti peta tadi. Sebaik sahaja dia sampai di tingkat tiga ruang pameran, terus Ain keluar dari pintu kecemasan dan mengambil laluan sebelah kiri. Dia melalui suatu kawasan kaki lima yang terbuka dan menampakkan ruang di lobi utama pada sebelah kanan. Pada sebelah kiri pula, mata Ain dihidangkan dengan kaca telus pandang yang menampakkan ruang bahagian pameran. Tertawa suka Ain apabila dia melihat barisan-barisan teknologi MR, VR dan AR yang memaparkan beberapa jenis revolusi dan cetak biru alatan-alatan bermanfaat dari beberapa jenis sektor.

"Masha Allah, this is heaven on earth!"

Jumpa sahaja pintu masuk yang terletak di tengah-tengah bahagian, terus Ain menyerbu ke dalam. Dia menjerit girang dan terus cuci mata dengan segala kecanggihan yang terdapat di ruang pameran itu. Apa yang boleh dicuba, Ain cuba... Tidak lupa juga dia untuk mengambil beberapa keping gambar dan meneroka segala maklumat yang dipaparkan pada setiap tugu pameran. Leka sekali gadis itu sehingga dia tidak sedar yang...

"Kau buat apa ni?"

Ada seseorang yang berdiri tidak jauh darinya. Terdengar akan teguran yang tiba-tiba itu, lantas Ain menoleh ke belakang. Langsung mati senyuman di wajahnya apabila raut wajah Ezray yang serius menyapa pandangan matanya. Tidak semena-mena Ain jadi gugup sendiri. Dia kepal tangan erat-erat menahan gentar.

"Ah, Tuan Ezray... Saya... Saja-saja melawat tempat ni; memandangkan hari masih awal...?" ujar Ain, takut-takut. Hendak tak hendak saja dia memandang wajah Ezray dan dalam pada itu, tidak semena-mena Ain bertembung pandang dengan gerangan seorang wanita yang tercegat di sisi Ezray. Dia kelihatan anggun dalam persalinan formalnya yang berwarna ungu, dan ia menyerlahkan warna kulit kuning langsatnya yang glowing. Gaya rambut hitamnya pula dilihat tersanggul kemas sehingga menyerlahkan bentuk mukanya yang bujur. Langsung, Ain terpaku sendiri. Begitu juga dengan wanita itu.

"Ya ampun... Anak siapa lawa sangat ni?!"

Tersentak Ain apabila wanita itu menjerit tiba-tiba. Bertambah kejung dia dibuatnya apabila wanita itu mendekat dan membelek dirinya atas dan bawah. Ezray yang melihat, ikut tercengang. Dahinya berkerut. Seriously?

"Kak Husna..." Ezray berdehem sengaja bagi menarik perhatian. Tersedar akan keterlanjurannya, terus Kak Husna lepaskan tangan si Ain yang sedang dipegang. Dia tersengih kekok. Ain berdiam sahaja sambil memerhati.

"Err... Maaf, ya? Akak tak tahulah kenapa akak duk tilik awak ni, dik. Tapi, sumpah... Memang sejuk je mata akak ni bila pandang muka awak, tahu? Manis!" Kak Husna memuji lagi. Ain senyum saja. Janggal yang dirasakan di hati, cuba diabaikan. Haha... Apalah nasib badan ni? Tuan yang memuji pun cantik juga!

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now