Bab 12 { LUCID }

5K 209 3
                                    

Keadaan sekeliling diperhatikan. Dapat Ain rasakan dahinya berkerut apabila pandangan matanya dihidangkan dengan suatu laman rumput yang berwarna kuning dan bertaburan dengan daun gugur; keadaan di sini terasa asing, dan Ain tahu bahawa dia sedang bermimpi.

Ini ialah lucid...

Namun, masih dia terasa bahawa semua ini adalah realiti dan bukannya pengaruh minda separuh sedarnya.

Terasa bagaikan ada sesuatu yang memanggilnya, lantas Ain tolehkan kepalanya ke sisi. Terus, dapat gadis itu lihat satu susuk tubuh seorang wanita berwajah seperti kacukan Arab dan Eropah sedang menghampirinya dengan senyuman manis di bibir; yakni wanita itu ialah Maksu-nya, anak angkat datuknya, Hisyam.

"Umi?" Naik hairan Ain dibuatnya apabila dia melihat mulut Maksu-nya itu terkumat-kamit mengatakan sesuatu. Namun, tiada apa yang dapat Ain dengar dengan jelas seakan-akan Maksu-nya itu seorang yang bisu. Suaranya kedengaran sayup-sayup sahaja dan ia seakan-akan bergema di dalam kepalanya.

"Mari..." Terkebil-kebil Ain mengikut apabila Maksu-nya itu menariknya ke suatu tempat. Andai ini ialah lucid yang sebenar-benarnya, tetap Ain tidak mampu mengubah mimpinya ini mengikut kehendaknya; tetap gadis itu ditarik walaupun sudah berkali-kali dia melepaskan pegangan Maksu-nya itu pada pergelangan tangannya.

"Umi, kejap..." Saat Ain mengangkat pandangannya memandang belakang tubuh Maksu-nya itu, tidak semena-mena dia tersentak apabila panorama yang dilihat tadi tiba-tiba berubah menjadi sesuatu yang lain. Di hadapan matanya sekarang ini, terpampang dengan kontena-kontena kargo yang disusun bertingkat-tingkat kiri dan kanan. Pada langit malam yang suram daripada cahaya bulan, tiada apa yang dapat Ain lihat melainkan hujan salji yang berintikan menyelimuti dataran dermaga yang sedang dipijaknya. Hawa pula tidaklah dirasakan terlalu sejuk. Barangkali kerana ini adalah mimpi?

Buat seketika, Ain cuba melilaukan pandangannya ke sekeliling untuk mencari kelibat Maksu-nya tadi, namun tiada apa yang dapat dia lihat melainkan satu susuk tubuh yang tiba-tiba muncul dan terbaring di atas dataran dermaga ini, tidak jauh daripadanya. Hendak tak hendak, Ain mula berjalan menghampiri susuk tubuh tersebut yang seakan-akan dikenali.

"Humairah..." Tidak semena-mena terbuntang mata Ain apabila raut wajah datuknya menyapa pandangan; Langsung tersinggung gadis itu di sisinya yang kelihatan seperti nazak berlumuran dengan darah. Tidak semena-mena suasana terasa hening tatkala Ain bergelut dengan perasaannya sendiri; kelopak matanya mula terasa hangat meratapi keadaan datuknya itu. Lalu, perlahan-lahan dia mendekatkan tangannya apabila datuknya itu memberikan isyarat tangan yang lemah.

"Jaga, Humairah..." Lantas Ain menundukkan pandangannya apabila datuknya menyerahkan sesuatu pada tapak tangannya; yakni seutas rantai berloket. Saat melihatkan objek tersebut, langsung Ain tersentak.

"Saint Luna..." Ain panggung semula kepalanya memandang datuknya. Namun, alangkah terkejutnya dia apabila melihat situasi kembali berubah.

Tiada lagi jasad datuknya yang terlantar nazak...

Tiada lagi pelabuhan dan kontena kargo...

Tiada lagi gerimis salji yang putih...

Apa yang ada cumalah...

Bang!

Bunyi hentakan yang kuat melanda sebuah pintu. Langsung Ain tersentak. Spontan, dia menekup telinga saat bunyi hentakan tadi jadi semakin bertalu-talu; detak jantungnya jadi semakin pantas mengepam membuatkan seluruh tubuh Ain menggigil ketakutan. Perasaan ini...

Sungguh Ain kenal dengan perasaan ini! Tak lain dan tak bukan pasti dia berada di kamar lamanya semasa dia tinggal bersama ayahnya dan Puan Azirah!

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum