Bab 6 { REPORT }

645 26 3
                                    

"Aku patut ingatkan diri sendiri yang ini Sepanyol!" - Danny.
_________________________________

Madrid, Sepanyol——Keluar saja dari jalan kecil, Calle de la montera, Rosé teruskan berjalan ke depan sehingga dia tiba di dataran awam, Puerta del Sol. Sampai di bangku berdekatan, terus dia melabuhkan duduk. Mata Rosé melilau memerhati keadaan sekeliling sementara dia menunggu panggilan daripada Danny. Suasana malam di dataran itu tampak meriah dengan kunjungan orang ramai dan beberapa orang penghibur jalanan yang asyik membuat persembahan.

Pandang ke depan, Rosé nampak tugu air pancur dan bangunan Real Casa de Correos yang tersergam indah di bawah cahaya lampu yang menyinarinya. Menara jam yang berada di bahagian atas bangunan tersebut juga tampak indah biarpun hari sudah menginjak ke malam. Turut tidak terkecuali, plak batu 'Kilometre Zero' yang berada di depan laluan masuk bangunan itu.

Pandang ke sebelah kiri pula, Rosé nampak tugu beruang El Oso y el Madroño yang berada di persimpangan jalan Calle de Alcalá. Kegiatan awam di jalan itu turut kelihatan rancak dengan kunjungan orang ramai. Tidak semena-mena, Rosé tersenyum sendiri. Ia tampak terhibur. Namun, ada juga seiras sinis; penuh makna.

"How lovely they are..." desisnya sendiri. Setelah itu, Rosé berkalih pula memandang sebelah kanan. Matanya dihidangkan pula dengan patung Raja Charles III yang berada di tengah-tengah dataran berbentuk 'D' ini. Pada bahagian belakangnya pula, ada satu lagi tugu air pancur dan dekat dengan simpang jalan Calle del Arenal yang menuju ke bangunan opera Teatro Real, terletaknya pula replika patung La Mariblanca berwarna putih yang sipi-sipi kelihatan. Tidak semena-mena, Rosé mengeluh sebal. Dia raup wajahnya.

"Mana Danny ni? Aku dah bosan yang amat dah ni!" Rosé lantas menyeluk poket jaketnya dan mengeluarkan telefon. Dibelek seketika telefon itu dan ketika baru sahaja hendak menyimpan semula, tidak semena-mena masuk panggilan daripada yang ditunggu-tunggu. Rosé lantas menjawab. Hah!

"Hoi, kenapa lama sangat nak call aku?!" Dia terus menerjah. Danny di hujung talian, langsung berdecit sebal.

"Ish, kau ni... Tak menyabar betul! Aku dah settled dah ni... Kau boleh datang sekarang," ujar Danny. Rosé lantas mengangguk.

"Make sure clear, ya! Aku dah nampak budak-budak tu dekat kiri aku," ujar Rosé, memberikan peringatan. Danny sekadar menyahut dan mengiyakan.

"Dahlah, kawan kau dah tunggu ni... Cepat sikit! Bye!" Danny matikan talian. Lantas, Rosé segera bangun dari bangku duduknya dan bergerak ke arah jalan Calle Mayor di sebelah jalan Calle del Arenal. Diam-diam, dia tersenyum sinis apabila tiga orang lelaki dan seorang wanita berambut merah yang kononnya 'orang awam' mengikutnya dari belakang.

Sampai di simpang keempat sebelah kiri, Rosé membelok dan tiba di Plaza Mayor. Dia lantas menuju ke restoran sahabatnya, La Taberna de Mister Pinkleton. Sebaik sahaja gerangan lelaki yang berambut brunatte, bermata coklat gelap dan bertubuh sedang menyapa pandangannya, terus Rosé menegur ramah lelaki itu. Danny yang tercegat di sisi lelaki itu hanya selamba memerhati dengan tangan yang berada di dalam poket seluar.

"Hola, Philippe! Cómo estás? (Helo, Philippe! Kau apa khabar?)"

Jabatan tangan dihulur. Dengan senang hatinya lelaki itu menyambut; Philippe tersenyum lebar.

"Aku baik-baik saja... Tengah cuba produk baharu untuk muslim tourists. Come... Mari duduk!"

Philippe bawa Rosé dan Danny ke suatu ruang yang terletak di bahagian kanan restoran dan duduk di sebuah meja bulat. Di atas meja, kelihatan sudah terhidang dengan beberapa jenis menu yang cukup menyelerakan. Di sudut depan restoran pula, ada pentas kecil yang mempersembahkan tarian Flamenco. Rosé sudah teruja. Danny pula sekadar beriak biasa. Diam-diam, matanya melilau ke serata pelosok restoran.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon