Bab 25 { MI SIGNORA }

3.6K 175 11
                                    

Kelipan cahaya bandar yang terlihat dari twin peaks diamati. Pelan-pelan Ain tarik nafas seakan-akan menyematkannya dalam memori.

Seketika dia leka.

Andai kata suatu hari nanti dia datang lagi ke puncak ini, siapa tahu dia bersama siapa? Jauh Ain termenung ke dalam fikirannya. Tak sedar kalau ada kamera yang menangkap gambarnya dari tepi.

Candid.

Ezray selamba mukanya melihat hasil yang dia dapatkan. Makin dia lihat, makin dia rasa sayang dengan isterinya itu. Makin dia rasa beruntung.

Tersenyum, lantas dia simpan telefonnya itu; cukuplah untuk hari ini. Ezray mendekat kepada isterinya itu. Perlahan bahunya diraih ke sisi.

"Masya-Allah, isn't?" desis Ezray lembut. Ain tersenyum sekilas kepadanya. Seraya itu, dia mengangguk.

"Masya-Allah, indeed."

"Thank you. Sebab bawa Ain ke sini. Sedikit sebanyak Ain semakin kenal kat sini. I really appreciate it," ujar Ain, menekankan sedikit really-nya.

Ezray tertawa kecil.

"I am glad."

"Abang dulu memang membesar kat sini ke?" Sengaja Ain buka topik mahu sembang panjang. Tak pernah-pernah lagi dia dengar daripada suaminya ini. Apa yang dia tahu dulu, tahu-tahu jumpa dengan suaminya itu di taman permainan. Perangai pun agak nakal juga.

"Not really... I grew up in Italy untill I was 5. Lepas tu baru pindah sini lepas Papa mulakan syarikat dengan Atuk Danté. Nonno jadi benefactor. Now, jadi S's dengan joint ventures yang ada bawah S's global group. We became a conglomerate." Khusyuk Ezray bercerita. Dari riak wajahnya, dapat Ain lihat perasaan bangga di hatinya. Pasti dia terkenang kesusahan mereka dahulu. Lagipula, dia yang pertama-tama menjadi saksi kepada perubahan alur hidup mereka.

"You must be really proud of your parents." Ain sentuh dada kiri suaminya itu. Mahu berempati. Dapat dia rasakan detak jantungnya yang sedikit laju. Tidak salah lagi.

"Indeed. Kerja keras mereka akhirnya membuahkan hasil. Begitu juga dengan waktu yang aku korbankan untuk teman adik-adik aku. Dia orang masih sangat kecil waktu tu," ujar Ezray seraya membalas tangan isterinya itu. Perlahan-lahan dia genggam sebelum membawanya ke bibir. Satu ciuman romantis diberikan di telapak tangannya. Berona wajah Ain yang melihat.

Namun, lagi tidak tersangka bila...

"Ti voglio bene... Mi signora." Dia dengarkan kata itu.

Walaupun tak berapa faham, entah mengapa Ain rasa gementar mendengarnya. Nak-nak lagi bila dia terpandangkan biasan wajah suaminya itu dibalik samar malam.

Pandangannya...

Membuatkan...

Ain rasa macam nak ci...

Oops.

Ezray sengih. Ain terkedu. Ezray sengih sinis! Arkkk...

"You kissed me, M'lady?"

Ain berganjak sedikit. Kaki duduk rapat-rapat, kepala tunduk. Sikit-sikit, dia melirik ke sisi. Malu!

Perlahan Ezray mendekat. Dia menunduk sikit, lalu berdesis, "I appreciate your move, M'lady. Bertambah licik juga kau ni ya..."

Huaaa rasa nak menangis Ain sekarang ni! Kesal dengan dirinya yang tak pandai kawal diri! Makin tertunduk wajahnya.

"Shut up."

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now