Bab 27 { JANJI part II }

3.5K 194 14
                                    

"Apa kau pandang-pandang?" Noel berdecit. Tajam pandangannya pada Ain; wanita itu lantas mengalihkan semula pandangannya ke depan.

Dia berpeluk tubuh.

Well, kiri-kanan dia terkepung, belah mana lagi patut dia pandang?

"Saya resah Noel; kiri dan kanan saya lelaki sedangkan saya seorang saja perempuan di sini. Wajarkan kalau saya memandang-mandang?" ujar Ain, cuba untuk mengumpul ketenangan. Dia lepas nafas tawa; tabiat bila jantungnya berdegup laju. Tidak ketawa, Ain akan senyum memanjang.

"Kau sendiri yang cari pasal mahu datang ke sini. Takkanlah aku nak lepaskan peluang depan mata?" sinis Noel. Ain angguk sekali.

"Betul. Saya ada hantar surat pada awak, tapi malangnya, awak tak boleh bersabar. Kenapa awak tetap menyerang sedangkan saya boleh berunding?" Tenang Ain menyoal. Namun, riak wajahnya sedikit sayu. Lantas Noel membalas. Kedengaran angkuh.

"That's the point. Aku tak mahu berunding... Dan aku tak boleh nak percayakan kau terutama sekali bila kau dah dengan Ezray."

"Why?" Spontan Ain membalas. Noel tergelak sekali.

"Hah! Lelaki tu tergila-gilakan kau. Aku pun tak faham macam mana sedangkan kau tu, cacat..." Dan-dan Ain tergelak kecil saat mendengarkan ayat Noel yang satu itu. Dalam hati terdetik kejadian dulu. Lawak. Macam mana juga dia boleh jadi cacat?

Namun telinganya terus mendengar.

"Tapi sepanjang aku mengikuti perkembangan hidup kau, lelaki tu sentiasa berada di depan aku sampaikan semua usaha aku untuk dapatkan kau sejak dulu gagal." Nada Noel berubah bengang. Ain langsung tergelak besar. Tangannya bertepuk kuat. Hahaha!

"Ya tuhan, saya tak tahu sama ada saya patut terharu pada Ezray atau rasa creepy dengan dia sebab minat saya dari dulu. But man, you gotta be careful, Noel..." Ain tarik nafas dalam-dalam supaya dia berhenti ketawa. Noel diam saja menahan sabar. Oh, sungguh dia tahu ke mana hala tuju perbualan ini!

"Macam yang awak cakap, Ezray tergila-gilakan saya. A man in love can be desperate. Dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan saya balik."

"Yeah, sama seperti kau yang tiba-tiba muncul di airport hari ni. Kau terdesak untuk halang suami kau daripada buat benda berbahaya lagi, bukan?" Pandai Noel menempelak. Tenang saja Ain mengagguk.

"Saya tak nafikan." Dan semua ini takkan jadi mudah untuk kita berdua. Itu satu perkara yang Ain sangat pasti, terdetik jauh di lubuk hatinya.

Lewat ekor mata, dia perasan juga kalau Noel mula termenung ke luar tingkap. Agaknya apa yang difikirkan?

*****

Riverside, California...

"Nonno, you need to help us!" pinta Rosé, terdesak. Tangan tua atuknya itu diraih sebelum dicium. Seriau Atuk Danté melihat kelakuan cucu perempuannya itu. Lantas ditarik menjauh tangannya sebelum Danny yang berdiri di sebelah Rosé itu dipandang.

"Apa ni? Apa yang dah jadi?" Atuk Danté meminta penjelasan. Terkejut dia sekarang ini. Sedang elok dia berehat di rumah tiba-tiba si kembar ini datang dengan resah gelisah. Si Rosé ini pula siap berlutut depan dia!

Sungguh! Apa yang dah jadi?

"Ezray... Dan Nancy. Nancy menghilang sementara Ezray kunci mulut," terang Danny setenang yang boleh. Keadaan hati Rosé sekarang ini sedikit sebanyak mempengaruhi dia. Kalau tak mengenangkan keberadaan mereka sekarang ini, sudah dia cepuk sedikit Rosé itu.

Calm the fuck down!

"Ché?" Sepatah yang terluah daripada Atuk Danté. Danny raup mukanya. Ah! Ini memang teruk. Atuk Danté dah sampai begitu, habislah mereka!

Keadaan bungkam seketika.

Atuk Danté pandang kembar itu bersilih ganti. Tongkat di tangannya diketuk-ketuk. Hmmmm...

"Nonno..." Rosé cuba memecahkan suasana. Lantas Atuk Danté berhenti mengetuk.

"Bila semua ni berlaku?" Dia menyoal. Serentak Rosé dan Danny menjawab.

"Tiga hari lepas."

"Bawa aku jumpa Ezray," putus Atuk Danté. Danny dan Rosé berpandangan sebelum kedua-duanya ke depan mahu memimpin atuk mereka itu; akur.

"Naik kereta aku," ujar Danny kepada Rosé. Sampai di depan pintu, tombol dipulas. Namun tidak semena-mena bayang-bayang Ezray menghalang pemandangan. Lantas semuanya bertentang mata. Eh?

"Ezray?" Serentak Rosé, Danny dan Atuk Danté bersuara. Masing-masing tersentak dengan reaksi yang bercampur-baur. Ezray tarik semula tangannya yang mahu memulas tombol pintu.

"Hello," sapanya tenang. Tiga muka di depannya dipandang bersilih ganti.

"Kau orang bertiga nak pergi mana?" soalnya pula. Sengaja berbasa-basi. Dia rasa dia tahu mereka mahu ke mana...

"Kami baru nak jumpa kau." Danny menjawab. Rosé mengangguk. Ezray pandang pula atuknya. Tajam pandangan matanya. Haha.

"Jadi aku datang tepat pada masanya. Jom masuk dalam? Ada benda yang aku nak bagitahu."

"Cakap!" Sepatah Atuk Danté berkata sebaik sahaja semua mengambil tempat di ruang tamu. Lantas Ezray mengeluarkan sekeping kertas. Disuakan kepada Rosé.

Berkerut dahi gadis itu.

"Apa ni?" Spontan dia menyoal sambil membuka lipatan. Terngadah Rosé dibuatnya bila melihat isi di dalam.

"Kau nak aku buat apa?" Tak cukup mulut, tergawang tangan Rosé menyoal. Sumpah dia tak faham. Tapi rasanya dia tahu apa yang cuba disampaikan. Tapi takkanlah...

"Itu counter-formula untuk Saint luna. Boleh kau siapkan dalam masa tiga bulan?"

"The fuck?" Danny ambil kertas di tangan Rosé. Suasana mula bertukar rentak. Ralit kedua kembar itu meneliti. Makin ke bawah matanya, makin mulut Danny terlongo. Rosé serius.

"Mana kau dapat benda ni?" soal Danny. Ezray menongkat dagu. Dia senyum tipis.

"Diari Ain. Dia dah lama simpan, jadi beritahu pada aku. Ingat tak mesej yang dia tinggalkan pada aku?" jawabnya. Dan-dan Danny dan Rosé jadi seperti mind-blowed. Masing-masing tarik nafas dalam.

Damn... Tiga hari mengelak dan tak ada khabar berita rupa-rupanya ini yang dia buat?

"Apa lagi yang dia katakan?" Suara Atuk Danté mencelah. Ezray spontan menggeleng.

"Nothing much." Ezray sembunyi senyum. Selebihnya berbunyi peribadi. Haha! Biar dia sajalah yang tahu...

_____

Abang, I'm really really sorry to leave you behind, so please don't be mad and calm down🙇‍♀️🙇‍♀️ Ain tahu Ain salah so sebagai minta maaf you can get my old-old diaries... Or anything you want! Apa-apa pun, it was 2014 dan dalam tu ada formula untuk neutralise Saint luna. Ain percaya Abang tahu apa nak dibuat so deal is a deal, okay? Peace!

_____

"I already have my plan, so malam ni dinner together at my house? Ray dah panggil semua," ujar Ezray setelah seketika. Tersentak Atuk Danté, Danny dan Rosé tatkala mendengarkan itu.

"Semua?" Suara Atuk Danté.

"Ya." Tenang Ezray menjawab.

"All Red genes?" Rosé pula menyoal. Ezray lantas mengagguk.

"Of course. Tiga bulan akan datang ni kita semua akan sibuk."

___________________________________

Tbc

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now