Bab 18 { INKUIRI }

4.7K 218 7
                                    

"Jadi... Macam mana hidup kau lepas jadi pengantin baru, nyah? Okey?" Olly menyoal ramah. Seraya itu, dia menolak plate mi sizzling yang sudah licin dinikmati ke tepi. Mendengarkan itu, langsung Ain angkat kepala dari pinggan makannya.

"Hah?" Tercengang sekejap gadis itu dibuatnya; dahinya berkerut memproses soalan si Olly.

Langsung, Farina di sisi menyiku kecil lengan sahabatnya itu.

"Alahai kau ni, beb... Kau dengan Ezray macam mana? Okey?" Diulang soalan dengan yang lebih jelas. Langsung Ain terangguk kecil. Oh...

"Setakat ni okey... Apa yang aku pasti, dia tak cepat melatah."

"Melatah? Macam kau ke, nyah?" Olly jungkit kening; agak kurang mengerti dia dengan ayat si Ain. Mendengarkan itu, langsung Farina geleng kepala.

"Ish, kau ni... Bukan yang tulah!"

"Habis tu? Kau fikir aku faham sangat ke Bahasa Melayu kau orang ni? Aku tak passed bahagian peribahasalah." Olly terus mencebik. Tercengang sekejap Farina dibuatnya.

"Lah... Habis tu, mana kau tahu ayat Ain tadi tu peribahasa?" soalnya, spontan.

Olly langsung membentak.

"Ish, kau ni... Bisinglah, nyah!" Seraya itu, dihadiahkan jelingan tajam kepada Farina. Bertambah-tambah cengang gadis itu dibuatnya. Eh-eh... Dah kenapa jantan jelita ni nak melebih-lebih macam ni? Setahu dia, apa yang Ain cakap tadi bukanlah peribahasa.

Ke... Dia yang salah?

"Eh, sudahlah... Kau berdua ni kalau sehari tak bertekak, memang tak sah, kan? Penat aku tengok..." Tidak semena-mena, Ain mengeluh panjang; ditepuk kesal dahinya sekali.

Terus terhenti sabungan mata tajam antara Farina dan Olly; kedua-duanya pakat mengalihkan pandangan mata melihat sahabat mereka yang seorang itu.

Suasana jeda sejenak.

"Potong, Olly... Potong! Kita balik kepada heroin kita dekat sini." Sempat Farina berikan isyarat ringkas kepada Olly sebelum menyimpulkan senyum janggal buat Ain; selamba saja tingkahnya. Mendengarkan itu, langsung Olly mengangguk sekali. Bersungguh pula gayanya.

"Hm! We're cool."

"Kalau kau dah kata macam tu, okeylah, beb; aku lega. You knew I cried so hard masa majlis akad nikah kau dua hari lepas," ujar Farina, sebaik sahaja dia berdehem kecil. Sedar tak sedar, bebola mata gadis itu mula bergenang. Terus, Ain lepuk pula lengan sahabatnya yang seorang itu.

"Ish, kau ni... Emo pula melebih. Aku balik awal karang, baru tahu; tak jadi nak main boling."

"Cis! Tahulah kau tu dah jadi 'Madam'... Tak boleh berenggang langsung dengan suami tu." Farina berdecit menyampah. Namun, Ain sekadar acuh tak acuh; gadis itu lantas menongkat pipi kanannya sebelum merenung ke arah Farina di sisi. Senyuman nakal dileret. Hehe... Adakah sahabatnya yang seorang ini sedang cemburu?

"What can I say? He is gentleman, patient... Yet, mystery and mischievous. I like him."

"Man, muka kau merah semacam, nyah! Kau suka dia sebab dia suami kau ke, atau sebab dia provoked semangat inkuiri kau yang tinggi tu?" Olly menyoal spontan. Bulat matanya dek tergamam dengan apa yang didengar dan dilihat. Terus, Ain berkalih pula memandang Olly. Senyuman nakal tadi, diubah menjadi lerekan yang penuh makna. Hehehe...

"Rahsia, Olly..." Seraya itu, diletakkan satu jari telunjuknya di bibir. Langsung berpandangan Olly dan Farina saat mendengarkan pernyataan sahabat mereka itu.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Où les histoires vivent. Découvrez maintenant