Bab 3 { NEXT! }

6.5K 291 6
                                    

New edit
________________________

Usai bersiap dan berperang di dapur dengan Syakirah dengan dia sebagai komandernya, Ain keluar dari rumah bersama Syakirah menaiki kereta seusai mereka sekeluarga bersarapan. Tersenyum Ain apabila melihat si Shakirah di sebelahnya tersenyum lebar hingga ke telinga. Ai, ai...

"Hei! Berangan apa tu?" Ain cuit bahu Shakirah. Dia lemparkan pandangan nakal yang penuh makna. Si kakak angkat yang sedang memandu itu lantas menoleh dan lebarkan lagi senyumnya sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik. Dia tertawa kecil. Senang benar hati...

"Aku tak sangka memasak ni senang juga, ya? Kembang aku bila mem besar puji tadi," ujar Shakirah, merujuk kepada Puan Syafirah di rumah. Ain tertawa saja. Tengoklah siapa sifunya...

"Petua kalau nak sedap memasak ni kau campak-campak je; macam mana kau agak bajet untuk buat baju jenama kau sendiri, macam tu jugalah kau agak sukatan setiap bahan. Paling penting adalah keikhlasan dan kau kenal setiap bau dan rasa setiap rempah," ujar Ain, ala-ala salah seorang juri Masterchef All Star. Shakirah tertawa lagi. Seraya itu, dia menguatkan lagu yang berkumandang di radio. Untung saja lagu kegemarannya sedang diputarkan.

"Noted that, sifu... Sekarang ni kita duet! On tak on?"

"Kau rap, aku nyanyi, okey?" cadang Ain. Shakirah mengangguk saja. Tak ada hal, sissy, semua boleh jalan! Riuh jadinya apabila dua wanita itu bersuka-ria sekali. Hormon serotonin mereka berpadu di pagi hari.

Sebaik sampai di destinasi yang dituju; yakni bangunan S's Global Group, Ain turun dari kereta. Dia menunduk sedikit mengintai si Shakirah di dalam setelah itu.

"Apa tuan hamba punya kata-kata hikmah buat hamba sebelum hamba berangkat menghadap Paduka Raja Muda?" soal Ain, penuh dramatik. Si Shakirah di dalam, lantas mengangkat penumbuk menunjukkan sokongan. Dengan penuh dramatiknya, dia turut berkata, "Rangi pesonamu sudah cukup mekar dihujani seri air yang bermudik. Persembahkan saja tuan hamba kepada Paduka Raja Muda selayaknya ukuran layar tabir yang tersingkap! Nescaya perkenan Paduka Raja Muda dikurnia semerta tuan hamba memijak paksi."

Tidak semena-mena, Ain tertawa kecil.

"Hamba menjunjung kasih pesanannya 'Puteri Juita'... Moga tuan hamba alah selama perkelanaan tuan hamba dalam menuntut ilmu! Maka kita bertemu sekian pancarnya terang menghidupkan langit yang kelam. Bersualah kita di teratak mahligai," ujar Ain, tak nak kalah. Mendengarkan madah bahasanya yang purba itu, terus Shakirah mengaku kalah. Dia tergelak besar.

"Okey, kau menang! Kalau aku balas lagi ni, mahu tiga hari tiga malam kita tak habis," ujar Shakirah, pasrah. Ain tertawa saja sebelum melambai kepadanya. Shakirah membalas. Ain tayang senyum manis.

"Bye, Shakirah!"

"Bye, Ain... Good luck!"

Sebaik sahaja kelibat kereta yang dipandu oleh Shakirah hilang dari pandangan, Ain pusingkan badannya ke belakang. Dia tegakkan kepala. Seraya itu, nafas yang panjang ditarik dan dilepas tenang. Jangan pedulikan apa-apa... Fokus pada agenda kau, sissy! Ain tiupkan kata-kata semangat buat dirinya. Semerta suatu semangat api menghidupkan benak sukmanya. Dengan lafaz bismillah, dia mula melangkah melewati lobi utama.

*****

Balkoni di bahagian luar apartmennya dihampiri. Sebaik sahaja menolak pintu gelangsar yang bertutup, serta-merta deruan nafas pagi yang dingin menyapa permukaan kulit muka sawo matang Puan Azirah. Dia genggam erat telefon pintarnya yang berada di pegangan dan melekap di telinga. Sampai di depan meja kopi yang terletak berdekatan dengan rel penghadang yang tinggi, lantas dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Kaki kanannya disilangkan dengan kaki kiri. Tidak semena-mena, Puan Azirah berdecit sebal.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now