Bab 9 { WHAT NOW? }

5.4K 210 6
                                    

ALHAMDULILLAH! SPM AKU DAH HABIS!!!




SEDIA?











KITA CUBA, YA? LET'S GO!










_______________________________________

Keadaan hening. Di suatu sudut kerusi menunggu bahagian kecemasan hospital, cuma kelihatan dua orang individu; lelaki dan perempuan yang masing-masing sedang bergelut dengan perasaan sendiri; tidak langsung mereka memberi perhatian terhadap keadaan sekeliling yang sesak dengan para pengunjung yang lalu-lalang. Si Farina yang sedang menaip-naip di telefonnya, lantas melepaskan satu keluhan sebal apabila sedari tadi dia asyik mengulangi patah kata yang sama kepada Olly. Namun, tiada langsung mesej yang terhantar kepada lelaki itu. Ezray yang sedang berpeluk tubuh di sebelah, lantas mengangkat kepalanya dan menoleh kepada Farina.

"Kau okey?" Lelaki itu menyoal senada. Riaknya kosong sahaja dan sukar untuk ditebak. Farina langsung meraup wajahnya. Bahunya yang sedari tadi menegang, serta-merta jatuh.

"Terang-terang aku cakap aku serabut. Apa yang aku nak cakap dekat kawan aku yang seorang lagi ni? Dia ni kalau tersalah cakap, nahas aku... Apa yang kami nampak semalam, nyata-nyata terjadi sekarang ni," ujar Farina sambil mengangkat menunjukkan telefonnya. Langsung berkerut dahi Ezray apabila mendengarkan kenyataan gadis itu. Dia lantas menjatuhkan tangannya ke riba.

"Apa maksud kau? Boleh terangkan dengan lebih lanjut?"

"Aku nampak mak tiri si Ain dekat suatu kafe dengan Olly... Dia jumpa seseorang dan mereka cukup mencurigakan," jelas Farina secara dasar. Bertambah kerut lagi dahi Ezray. Terdengar bunyi telefon yang tiba-tiba berdering, dia lantas menarik telefonnya dari poket seluar seraya meminta lagi Farina untuk menjelaskan, "Kau ada gambar mereka?"

"Tak ada... Olly yang simpan semuanya, jadi aku ikut sahaja kehendak dia," ringkas Farina menjawab. Ezray lantas bangun dari tempat duduknya dan menjawab panggilan. Sempat dia berikan isyarat kepada Farina untuk menunggu sahaja di tempatnya sebelum beredar ke sebalik dinding di suatu persimpangan. Gadis itu mengangguk saja. Pandang ke kiri dan ke kanan, tidak semena-mena Farina tersentak akan suatu panggilan. Berpaling semula ke kanan, langsung dia disapa dengan kelibat Puan Syafirah dan Tuan Aryan.

"Cik Firah!" Farina lantas bangun dari kerusinya dan menonong ke arah Puan Syafirah. Mereka lantas berdakapan. Sebaik sahaja meleraikan pelukan, terus Puan Syafirah menyoal gundah, "Apa yang dah jadi? Macam mana dengan Ain sekarang?"

"Doktor masih usahakan dia dalam emergency room. Dah beberapa jam mereka berada dalam tu, tapi masih tiada apa-apa berita..." Farina menggeleng kesal. Dia lantas mengambil semula tempat duduknya, begitu juga dengan Puan Syafirah. Terasa lemah kaki wanita berdua itu. Tuan Aryan yang tercegat di sisi isterinya, tidak semena-mena kelihatan tegang urat menahan rasa.

"Ina tak tahu nak jelas macam mana, Cik Firah... Sampai-sampai sahaja di syarikat, Ina tengok dah ada ambulans yang datang bawa Ain pergi," jelas Farina lagi. Langsung Puan Syafirah menekup mulutnya menahan rasa kaget. Tuan Aryan yang baru saja hendak bersuara di sisi isterinya, tidak semena-mena terjeda saat suara si Ezray tiba-tiba menyampuk perlahan dari belakang.

"Uncle... Aunty?"

"Ah, Ezray... Kamu pun ada." Tuan Aryan lantas menghulurkan salam perkenalan erat. Ezray lantas menyambut. Farina yang melihat situasi kini, terus tiba-tiba jadi keliru. Dia langsung garu belakang kepalanya.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now