BAB 5

48 7 3
                                    


Air liur mengalir dari rongga mulut ke dalam tekak aku. Angin malam ini begitu sejuk, namun aku tetap mengalirkan peluh. Sial la, celah mana dia boleh tahu aku dekat sini? Dia nak apa lagi ni?

"Ah, hangatnya badan kau. Kalau la aku tahu kehangatannya begini, sudah tentu aku selalu buat macam ni setiap kali kita berjumpa dulu. Tapi, aku tahu yang engkau akan menolak permintaan aku, kan?"

"Kau nak apa?" Tanyaku tanpa teragak-agak.

Aku sudah pun dikuasai api yang mendidih. Namun, untuk mengelak dari timbulnya isu pergaduhan yang tidak berkesudahan, aku melepaskan diriku secara perlahan.

Aku memandangnya, dengan dahi yang berkerut. Sudah tentu, aku tidak mahu berjumpa dengannya langsung.

"Aku tak puas lagi peluk kau. Kau sudah pun tak ada di sisi aku, tak boleh ke aku menikmati sedikit kebaikan ini?"

"Jangan nak mengarut la. Aku tak pernah nak jumpa kau pun. Setiap kali aku bertemu dengan engkau, tak lain tak bukan, hanya satu masalah selepas satu masalah lagi. Kau nak apa sebenarnya?"

Dia mengukirkan senyuman, ditemani dengan hidung yang kemerahan.

"Aku rindu kau. Kau tak rindu aku ke?"

Wajahku statik. Mesti ada muslihat ni.

"Lepas kau tinggalkan aku, aku rasa kosong, Lan. Aku perlukan engkau. Aku nak engkau sentiasa berada dengan aku, seperti dulu."

"Kalau kau rasa aku boleh makan umpan kau, kau memang bodoh dan salah. Dah la bodoh, lepas tu bengap pula tu. Apa kata kau mati je, Sarah? Hidup tak habis-habis menyusahkan aku. Pergi matilah."

Dia terkebil-kebil apabila aku kata begitu.

"Aku... aku cuma cakap aku rindukan engkau je. Tapi, aku kena marah pula," katanya perlahan.

"Mana ada. Kau datang nak ambil kesempatan. Mentang-mentang sebelum ni aku baik dengan kau, senang-senang je kau pijak aku. Buang aku. Lepas tu, sekarang ni kau nak aku ikut kau pula? Serius la perempuan, babi pun lebih mulia."

"Bukan Aslan. Aku datang sini supaya kita kembali berbaik. Aku janji aku tak akan buat macam tu. malah, aku tak pernah pun macam tu. kau yang salah faham," katanya, dengan nada bergetar.

Aku menggelengkan kepala. Lagi aku layan, lagi jadi bodoh. Bercakap dengan orang bodoh, lama-lama aku pun jadi sama bodoh.

Aku menunggang motosikalku, tanpa menghiraukannya.

"Aku dah pernah cakapkan, nak jadi apa pun dengan kau lepas ni, pergi mampus kau la! Jangan buat aku ulang benda sama banyak kali!" Tengkingku tanpa memandangnya.

Aku menghidupkan motosikalku. Pada ketika ini, di tanganku hanyalah sebuah helmet berwarna hitam.

"Kau turun sekarang," kata seseorang yang sangat garau suaranya.

Suara itu dari belakangku. Aku kenal suaranya. Tapi aku tak peduli, aku nak balik.

Belum sempat aku memakai helmet aku, aku dapat merasakan sesuatu yang dingin dan berlubang di kepala aku.

Sial.

Tanganku diangkat ke udara, tanpa menoleh ke arah mereka. Aku turun dari motosikal aku.

"Pusing, Aslan," kata Sarah lembut.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now