BAB 14

26 7 1
                                    


Aku bangun ketika terdengarnya bunyi panggilan menghadap Ilahi. Seluruh badanku terasa berbisa, walaupun aku dah terlantar di atas katil ni selama empat hari. Namun, aku gagahkan juga untuk berdiri menghadap-Nya.

Jika tidak, minda kejahatan akan cuba menguasai diri aku lagi.

Bilik ini agak bagus kerana mempunyai kemudahan yang aku perlukan. Boleh dikatakan mewah, untuk seorang perempuan yang menetap di sini.

Di dalam bilik ini, terdapat sebuah gambar seorang lelaki tua bermisai yang mengusap kepala anak perempuannya. Dia segak, mengenakan pakaian seragam penguatkuasa polis. Perempuan itu hanya mencebik bibir apabila dilakukan sebegitu.

Hm.

Sekarang aku dah tahu dia ni siapa. Tapi, aku masih tidak dapat meneka kaitan pendrive tu dengan kehidupannya. Usai solat, mataku dapat menangkap suasana di luar rumah ni. Tinggi juga tapak rumah ni, memandangkan aku boleh nampak highway dari sini.

Pintu terbuka.
"Aslan- oh. Dah bangun ke? Aku terdengar bunyi azan tadi, jadi aku ingat nak kejutkan kau," katanya kepadaku, tanpa aku menoleh ke arahnya.

"Aku tahu menjaga agamaku, terima kasih."

Dia mendiamkan diri.

"Aku buatkan sarapan. Kau tak makan pun malam tadi. Penat aku masak, tapi kau dah tidur balik waktu aku masuk bilik kau malam tadi."

Mana agaknya Anna dan adik-beradik aku, waktu ni?

"Kau... ada telefon bimbitkan?" Tanyaku, sambil merenung setiap kereta di atas jalan raya yang berhenti tidak bergerak-gerak.

"Lupakan," balasnya selamba.

"Ha?"

"Aku tahu apa yang kau nak buat. Lupakan telefon mak cik dan adik-beradik kau. Diorang semua dah tak ada waktu aku sampai di rumah mak cik kau. Kalau kau tanya bila aku pergi, ianya selepas sahaja aku bawa kau balik sini."

Terlambat?

Ah, masalah lagi! Lepas satu, satu masalah timbul! Jahanam!

Aku mengusap dahiku.

"Maaf sebab terlambat selamatkan mereka. Aku... dermakan darah kepada kau, jadi aku tak larat untuk mendapatkan mereka terlebih dahulu."

Hm.

"Tak kisah. Benda dah berlaku. Aku cuma perlu tahu, siapa yang ambil mereka. Aku dapat ke kumpulan tu, neraka pun tedang mereka keluar," balasku letih.

"Aku sediakan makanan, ya?" Balasnya setelah beberapa saat mendiamkan diri.

Pintu ditutup.

Lepas satu dugaan, satu lagi dugaan yang aku dapat. Tapi, aku tak boleh komplen, bukan? Maklumlah, ini semua aturan Tuhan. Jadi, sebagai hamba, aku kena telan je la kan? Kalau aku cuba untuk bersuara, aku akan dianggap sebagai manusia yang tak bersyukur.

"Argh, siallah!"

Jeritan itu melantukan kembali frekuensinya untuk telingaku hadam.

"Tak, aku tak boleh macam ni. Aku manusia yang irregular. Singularity. Setakat tahi macam ni, aku mesti boleh lepas! Fikir, fikir!"

Tiada cara lain lagi. Betullah apa yang dia cakap. Aku terpaksa dengar. Aku mengesot ke pintu untuk menuju ke dapur. Apabila pintu itu dibuka, apa yang tersergam di depan mataku hanyalah ruang tamu yang terlampau luas.

Aku hanya mengekori bauan makanan, kerana aku tak tahu di mana dapur rumah ni. Terlampau banyak sangat pintu.

Ketika aku membuka pintu dapur itu, dia sedang sibuk memasak akan sesuatu. Aku mengambil tempat di meja makan.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now