BAB 24

26 6 0
                                    


Kota Kuala Lumpur ni sentiasa dipenuhi oleh orang ramai, walaupun jam menunjukkan waktu 12.30 malam. Aku mengeluarkan telefon bimbit Phil, dan mula menaip sesuatu. Mahu tidak mahu, dia kena dengar cakap aku. Kalau tidak, dia akan memalukan keluarganya sendiri.
"Inspektor, ni aku Aslan. Kami sedang menuju ke tempat persembunyian kumpulan Forma. Aku akan berikan kau peta apabila sampai nanti," taipku menggunakan mesej biasa.

Aku menoleh ke arah Lea.

Kelihatan dirinya sedikit penat.

"Maafkan aku sebab tak beritahu tujuan asal untuk aku berjumpa dengan mamat tu."

Dia menoleh seketika sebelum memandang ke depan kembali.

"Kau dah tahu ke orang-orang Sarah memang nak bunuh Fakrol?"

Aku hanya menggelengkan kepala.

"Pada mulanya aku tak tahu. Sebab tu la aku ingatkan orang-orang dekat rumah dia sebenarnya nak melindungi dia.

Tapi, aku silap.

Aku rasa aku dah faham kenapa dia cari aku," kataku sambil melihat telefon bimbit, setelah telefon ini bergegar.

"Baiklah," katanya ringkas.

Aku masih lagi kena berhati-hati. Sarah makin lama makin matang dalam membuat perancangan.

"Kenapa?" Tanya Lea.

Aku tidak terus menjawab. sebaliknya , aku memberi arahan terbaru kepada inspektor tanpa mengendahkan moraliti racanganku ini.

"Kau akan tahu setelah kita berjumpa dengan dia nanti," balasku sambil menongkat pipi.

Telefon ini sekali lagi bergegar.

"Kau dah gila? Aku tak boleh terima rancangan ni!"

"Kalau kau tak nak dengar cakap aku, aku sikit pun tak kisah. Tapi, jangan kau salahkan aku pula kalau kehidupan kau kucar-kacir."

Tiada maklum balas.

"Berhenti mengugut aku! Rancangan kau ni dah melampau! Tak ada sikit pun sifat kemanusiaan dalam diri kau!" Balas Luqman.

Ketawaku menguasai seluruh penjuru kereta.

"Kenapa ni, Aslan?"

"Tak ada apa. Cuba benda kelakar, haha," aku membalas sambil menggelengkan kepala.

"Apa yang kelakarnya?"

"Teruskan pemanduan, Lea. Benda ni tak penting."
Dia memandang ke depan dengan dahi yang berkerut.

"Kau nak cerita kemanusiaan, tapi perangai kau sendiri macam anjing. Kau tak payah melawan sangat apa yang aku suruh. Buat je la. Nanti kau sendiri yang merana seumur hidup, sehingga ke anak cucu.

Itu pun, kalau isteri kau masih nak terima kau, la.

Kalau tak, kau akan merana seorang diri dan kau mati. Jadi, pilihan dekat tangan sendiri."

Senyap lagi.

"Fikirkan balik idea kau ni Aslan. Aku tak suka. Ya, aku mengaku yang aku ada buat salah, tapi ini betul-betul melampaui batas seorang manusia!"

Aku tersengih.

"Melampaui atau tidak, kau tak ada pilihan. Aku lagi bijak daripada kau. Kau tu setakat manusia yang layak dipanggil anjing je. Baik kau buat, sebelum aku ubah fikiran untuk hancurkan masa depan kau."

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now