BAB 25

32 6 0
                                    


Aku melihat kawasan sekeliling. Ruangan kawasan ni sangat besar, dan terdapat sebuah meja yang terletaknya tiga buah skrin komputer. Terdapat tiga buah sofa dan sebuah meja yang terletak di tengah-tengah ruang ni. Di atas meja itu tersedianya beberapa botol arak yang aku sendiri malas nak ambil tahu.

Pada masa yang sama, terdapat seorang lelaki dan perempuan yang duduk di atas sofa tersebut. Mereka hanya tersenyum apabila melihat kami.

"Tahniah kerana melepasi ujian ni, Aslan," kata lelaki tersebut sambil menongkat pipinya.

"Jo."

"Jadi, inilah dia lelaki yang paling disayangi oleh Sarah? Hm. Walaupun rupa parasnya tak berapa segak seperti teman lelaki yang lain, aku dapat merasakan aura kecerdikkan yang sangat tinggi daripada dia ni," kata perempuan tersebut, sambil menggoyangkan kakinya yang bersilangan di atas peha.

"Kan, Enma? Dia merupakan orang yang sangat pandai, manusia yang selalu dalam situasi ganjil, dan mampu mengubah keadaan dengan keganjilan dia. Inilah orang yang kita cari selama ni! Seorang lelaki yang akan menjadi orang kelima untuk mengetuai kumpulan Forma," balas Sarah dengan sebuah senyuman.

"Dalam dunia ni, paras rupa adalah yang paling bawah, sama macam testimoni perubatan yang kebanyakkannya menipu. Paling tinggi adalah kebijaksanaan, sama seperti semakan secara sistematik dalam hierarki pembuktian sebuah perubatan," kataku sambil melangkah ke arah mereka.

"Oh? Menarik. Walaupun kau dah melalui ujian Sarah, namun aku masih tak tahu apa yang kau boleh buat. Tetapi, Sarah merupakan adik kami yang terakhir dan paling rasional. Kalau dia kata kau layak, aku terima je."

Aku senyap.

Sarah kegirangan.

"Kau terima, Enma? Kau sungguh la terima dia? Haha, Aslan dia terima kau! Kau merupakan ahli keluarga kami sekarang."

Hm.

"Sebagai ahli keluarga kami, aku ingin meminta maaf atas perbuatan aku sebelum ni. Kau merupakan adik kami yang paling muda. Yang paling ganjil. Yang paling menggerunkan. Mulai sekarang, aku sebagai abang, aku akan sentiasa melindungi kau," sampuk Jo, sambil menuangkan air minuman najis.

Aku menjeling Lea. Dia mengerutkan dahi, namun mendiamkan diri.

"Mana Anna, Laila, Arif, dan mak cik aku?"

Dia menghirup minumannya.

Sarah juga menuangkan minuman ke dalam cawannya.

"Aku dah cakap dah, Aslan seorang lelaki yang paling hebat yang pernah aku jumpa!" Dia menyentuhkan cawannya dengan cawan seorang perempuan bernama Enma.

Dia kemudiannya merangkul lenganku.

"Aslan, sekarang ni kau ahli keluarga kami. Aku dah rancang dengan Isaiah yang aku dah buat keputusan untuk berkahwin dengan kau," katanya sambil melentukkan kepalanya ke bahu aku, "maafkan aku kerana aku tak memilih kau sebelum ni. Aku mahu tahu tahap kekuatan kau, dari segi merancang dan menghadapi masalah. Walaupun selama ni aku katakan yang aku sayang dia, tapi nampaknya aku tak boleh tipu diriku lagi. Aku lebih sayangkan kau berbanding dia."

Aku rasa soalan aku dalam Bahasa Malaysia.

"Mana mereka semua? Korang kata korang pegang ahli keluarga aku. Pulangkan balik mereka. Lagi satu, penjejak Anna menunjukkan yang dia dekat sini. Mana dia?"

Sarah melepaskan lenganku.

"Ah, mereka bertiga. Aku dah lama tak jumpa Laila dan mak cik. Laila merupakan perempuan yang sangat bijak. Arif pula sentiasa memikirkan solusi. Mereka berdua seperti kau. Mak cik pula, merupakan seorang perempuan yang sangat kental.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora