BAB 6

46 5 1
                                    


Aku melutut di situ tanpa bergerak langsung. Tak guna! Berapa lagi hidup aku akan dikuasai oleh dia? Sekarang ni ahli keluarga aku pula yang terjebak dalam "pergaduhan" ni. Bangsat! Seksa betul, hidup dekat muka bumi celaka ni!

"Argh!" Aku menjerit sekuat hati.

Tak, aku tak boleh macam ni. Mesti ada jalan keluar. Mesti ada cara. Aku ialah Aslan, manusia yang irregular. Berapa banyak kali pun kepalatan berlaku, aku selalu cari jalan untuk keluar.

Aku mencapai telefon bimbitku. Mesti ada sesuatu yang aku boleh buat. Kehidupan aku mempunyai bug. Aku kena debug masalah ni. Macam yang selalu aku buat dalam menyiapkan semua program aku.

Aku memandang skrin telefon bimbitku.

"Tch, lahanat. Dia dapat track nombor telefon baru aku," gerutu aku apabila aku melihat mesejnya.

Aku membuka mesej tersebut.

"Jangan lupa, Aslan. Kalau kau menghubungi keluarga kau, permainan kita berdua akan berakhir."

Kalau aku menelefon mereka, dia dapat tahu. Dengan kata lain, mungkin ada orang di sana yang sedang menunggu dari luar rumah mak cik aku. Ataupun, mereka berjaya tapping telefon rumah mak cik aku sendiri. Itu pun, kalau dia tapped telefon rumah? Macam mana kalau dia tak tap telefon bimbit?

Tak, jangan. Berisiko.

Jadi, macam mana kalau aku nak minta tolong? Dengan siapa? Aku bingkas bangun dan aku melabuhkan punggungku di atas motor.

Fikir, Aslan, fikir. Kau manusia yang berfikir. Perempuan tu, dia mana fikir. Dia tak pakai otak. Kau boleh cari loophole. Kau mesti ada cara.

Aku memejamkan mata.

Orang yang menyusahkan aku la yang patut membantu aku.

Aku membuat satu panggilan, dengan menunggu dalam keadaan tidak sabar. Tidak berjawab. Aku bangun dan membuat panggilan sekali lagi.

Sama.

Ah, janganlah cakap dengan aku yang kau dah tido. Aku menekan lagi skrin telefon bimbit aku. Aku menunggu sehingga air peluh terembes di atas dahi, walaupun malam ni agak sejuk.

"Hello, Aslan?" Kata seseorang setelah mengangkat telefon bimbitnya.

"Oi, kau kat mana ni?" Kataku tanpa teragak-agak.

"Er... dekat rumah, la? Kenapa ni? Awak tak balik lagi ke ni?"

"Tak. aku... aku perlukan bantuan kau sekarang juga."

"Kenapa? Motor rosak ke?"

"Tak. Aku perlukan kau sekarang juga. Jumpa aku dekat kedai mamak biasa."

"P-perlukan saya?"

Aduh bangangnya dia ni.

"Datang je. Aku tengah dalam masalah besar ni," kataku sambil mematikan telefon bimbitku terus.

Ah, sial la. Aku tak sepatutnya melibatkan orang lain, namun aku dah tak tahu apa nak buat. Celaka la kau, Sarah, kerana menyusahkan aku lagi. Aku kena cari jalan lain.

Kakiku menendang starter motor untuk menghidupkan enjin. Dengan sekali tendang, enjin motorku mederum kuat, sama seperti kebencianku ketika ini. Mataku dipejamkan. Dengar keadaan sekeliling, Aslan. Rasai sendiri, keadaan sekitar ni. Peka.

Bunyi kereta meluncur laju di atas jalan raya kedengaran di telingaku. Begitu juga kenderaan lain. Mataku dibuka. Dengan menekan gear pertama, aku memulaskan pemegang motorku sendiri, sambil kaki kiri berpasak di bumi. Dengan pantas, motorku berpusing 360 darjah, ketika kaki aku mencengkam bumi. Apabila motorku menghadap jalan untuk bersambung dengan jalan raya besar, aku memulas pemegang motosikalku sehingga enjinku meraung sekuat-kuatnya, menyebabkan aku mencelah masuk ke jalan raya besar dalam beberapa saat.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now