BAB 18

34 8 0
                                    


Kereta ini berjalan perlahan di sekitar perumahan Ara Damansara. Lea meneropong sasaran kami dari jauh. Aku hanya merenung perbuatannya. Ini semestinya mengambil masa yang sangat lama daripada apa yang aku harapkan.

"Meh teropong tu, aku nak tengok sekejap," celahku sambil menadah tangan.

Dia memeberikan aku teropong itu tanpa menoleh ke arah aku langsung. Aku segera melihat tindak-tanduknya dari jauh.

Baiklah, dia mempunyai keluarga. Keretanya diletakkan di luar rumah. Dia menyambut anaknya, apabila pagar rumah itu terbuka.

"Tipikal seorang bapa. Pekerjaan yang hitam bagi anak bini makan benda haram. Apa yang lelaki ni fikirkan? Bodohnya."

Aku berhenti meneropong seketika.

Lea merenungku.

"Kau tak boleh kata begitu. Walau sejahat mana pun dia, dia seorang bapa. Dia mungkin terpaksa lakukan semua kerja-kerja tu. Kita tak tahu situasinya," kata Lea, sambil tangannya memegang kemera.

"Kalau aku tak tahu situasinya pun, apa justifikasi dia untuk memburu dan cuba membunuh aku? Adakah caranya yang sebegini disayangi sangat oleh Tuhan aku?

Merepek, Lea.

Biar aku beritahu kau sesuatu. Aku tak peduli pun latar belakang kau, asalkan kau jangan cuba-cuba untuk menyusahkan aku. Jangan berikan justifikasi seperti dia dalam kesusahan, maka sebab itulah dia memburu aku. Kalau la sesenang macam tu, dah lama aku bunuh mamat ni depan ahli keluarga dia.

Tapi, aku masih waras berfikir," kataku dengan perasaan mendidih.

Lea mendiamkan diri.

"Aku tak mampu untuk mengerti fikiran kau, Aslan. Maksud aku, aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran kau. Semenjak kita kenal di syarikat tempat kita bekerja lagi, aku rasa kau orang yang paling susah untuk difahami."

Aku mengeluh kuat.

"Ini bukan soal aku mahu difahami atau tidak. Aku cuma tak suka kebodohan. Aku benci orang-orang bodoh yang memakai lutut untuk berfikir. Seolah-olah, Tuhan tu macam mewajibkan pula orang berfikir pakai lutut. Apa guna ada otak tapi lembab dan bengap nak berfikir?

Lagi satu, biar aku berterus-terang. Aku tak minta pun kau faham aku dan aku rasa memahami aku adalah sesuatu yang tak perlu. Sekian, terima kasih."

Aku kembali meneropong tanpa mempedulikannya.

"Lama juga kita dekat sini, ni," kata Lea tenang.

Aku hanya mengiyakan.

Setelah beberapa ketika, aku memandangnya.

"Maaf, kalau aku buat kau sakit hati. Aku tak ada alasan untuk menjustifikasikan tindakan aku."

Dia mengalihkan pandangannya dari gambar yang ditangkap menggunakan kameranya kepada aku.

"Siapa saja yang tertekan dalam situasi begini, Aslan? Kau tak melakukan apa-apa masalah pun, tetapi orang di sekeliling kau yang menekan kehidupan kau. Aku faham kenapa kau mempunyai perasaan yang kurang stabil sekarang ni."

"Aih, tadi kata kau tak faham aku?"

"Dari segi kau berfikir, ya. Tapi aku faham yang kau tengah marah dan geram," balasnya sambil tersenyum.

Kami menunggu di situ sehingga waktu malam menjelma. Kereta ini memasuki perkarangan rumah Luqman. Aku membuka tingkap dan mengacukan pistol yang telah dipasang dengan penyenyap.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt