BAB 11

41 7 0
                                    



"Hm. Dah hilang akal agaknya. Ikut kaulah, Aslan. Engkau bukannya manusia yang betul sangat pun, semasa kau masuk syarikat aku. Jumpa sesuatu yang dinamakan sebagai Tuhan nanti, jangan lupa telefon aku, eh?" Kata Era sambil menguakkan pintu.

Aku tak membalas sepatah perkataan pun. Manusia akan percaya sesuatu yang tertanam di kepala mereka. Sebab itulah zaman sekarang ramai yang pincang dan kecundang.

"Izzat, bersihkan kekotoran ni nanti. Aku akan pergi dapatkan pendrive daripada Anna," tambahnya lagi sambil menghempas pintu.

Izzat juga mendiamkan diri.

"Kau p-pun sama bodoh mengikut ke-kehendak perempuan? Haha, teruk sa-sangat dosa kau ni, sampai senang dirobek oleh seorang perempuan," perliku selamba.

"Kau ni, dah nak mati pun masih lagi banyak cakap. Aku buat apa yang aku rasa perlu. Kau tak akan faham," Izzat bernada serius.

Ah, kepala aku masih berpinar. Hilangnya musuh seorang, menambahkan lagi peluang untuk aku terus hidup! Tetapi, apa yang aku patut buat?

"H-ha, buat apa yang patut kau buat, eh? Aku p-pernah lalui perasaan tu. sakit, bukan? Cuma, aku mungkin bergantung kepada-Nya dan engkau s-sepenuh hati menolak D-Dia."

"Masih lagi dengan pemikiran delusi yang mengatakan Tuhan ni wujud? Kalau betul Dia wujud, kenapa kau masih di sini, terseksa? Kalau betul Dia wujud, kenapa kau masih rasa terbeban? Kalau betul Dia ada, kenapa tiada sesiapa pun yang akan selamatkan engkau buat masa ni?"

Dia ni banyak tanya betul.

"A-aku bukan ahli agama u-untuk aku bersoal jawab pasal ni. Nak tahu, p-pergi tanya ustaz la, bangang!"

Kakiku ditekan dengan lebih kuat.

"Argh!"

"Sempat lagi nak buat lawak, eh? Permainan tamat, Aslan. Telefon aku nanti bila kau dah nampak syurga dan neraka, hahaha!"

Tiba-tiba, pintu rumah itu berdentum ke dinding.

Tekanan di kakiku serta-merta hilang. Aku segera membalikkan tubuh, melihat situasi yang berlaku. Izzat hanya melihat ke pintu, sambil menutup mulut untuk mengelak dirinya daripada tersedut habuk. Seluruh pandanganku samar kerana ruang udara yang dikuasai oleh habuk yang sangat jelas di mata kasarku.

Satu lembaga muncul dari pintu itu, sementara tubuhnya terlindung di sebalik habuk tersebut.

Siapa pula yang datang ni?

Izzat segera mengacukan senjatanya ke arah lembaga tersebut. Namun, dari mataku dapat melihat bahawa tubuh lembaga itu menyengetkan tubuhnya, sesaat sebelum tembakan dilepaskan oleh Izzat.

Dia boleh agak situasi ni? Mustahil!

Dia segera berlari ke arah Izzat, dan layangan hitam yang sangat panjang hampir menerpa dagu Izzat. Namun, Izzat lebih tangkas apabila lengannya dipergunakan untuk menahan serangan. Telapak kaki Izzat bergeseran di atas lantai, menahan sepakan tersebut.

Apabila habuk yang bertebangan di udara hilang, barulah aku perasan bahawa ianya merupakan seorang perempuan yang memakai topi biru, disertakan dengan rambut yang keperangan.

Dalam sekelip mata, dia berterbangan di udara yang berhadapan dengan Izzat. Izzat masih tidak dapat menyerang balas apabila dirinya memasak kaki ke tanah untuk berdiri teguh, serta lengannya digunakan untuk menjadi perisai daripada terkena impak genggaman perempuan itu.

Apabila pertahanan itu tak dapat ditembusi, telepak kaki perempuan tersebut melayang ke tengah perut Izzat. Namun, pergerakkan Izzat lebih pantas daripadanya, menyebabkan sepakan itu dimatikan begitu sahaja.

Wanita ini dengan lembut melompat ke belakang, sambil membuat langkah berjaga-jaga. Keadaan senyap seketika.

"Kau ni siapa pula?" Tanya Izzat tenang.

Aku nampak ini sebagai peluang aku. Aku menapak lututku di atas lantai, berusaha untuk bangun dan berdiri. Rintisan peluh mula menemani badanku, akibat menahan kesakitan yang aku rasai.

Aku mengerling ke belakang.

Izzat mengacukan pistol ke arah aku.

Namun, acuan tersebut mendapat sambutan dari telapak kaki perempuan itu, menyebabkan senjata itu melambung tinggi ke udara.

Izzat pula segera menyerang balas dengan terapung di udara, melepaskan satu sepakan yang sama tahapnya dengan peluru berpandu ke arah perempuan tersebut.

Perempuan ini pula agak cekap. Dengan selangkah ke belakang, sepakkan itu ibarat menendang angin.

"Aslan, tutup mata!" Jerit perempuan itu, sambil mencampakkan sesuatu di atas udara.

Itu....

Entah kenapa, kepala aku agak pantas menangkap situasi ni. Mataku dipenjamkan, di mana kegelapan mata yang aku pejamkan ini bertukar keputihan.

Flashbang?

Lenganku yang tidak terdaya ini disambut oleh seseorang. Dengan kecepatan pergerakkannya, aku juga turut memaksa diri untuk mengikut rentaknya.

"Jangan risau, awak selamat," katanya perlahan di telingaku.

Selembut angin bersepoi di wajahku, aku membuka mata. Kegelapan malam ni menyebabkan aku tidak dapat mengecam wajahnya. Namun, di hadapanku pula tersedianya kereta Toyota yang berwarna hitam metalik.

Kedengaran seperti orang berlari dari kawasan rumah tadi. Aku memandang ke belakang.

Ah, sial. Dia lagi.

Perempuan ini membawaku di sebalik kereta Toyota ni. Dia menolak badanku ke bawah, dan aku faham kerana ianya bertujuan untuk aku melindungi diri sendiri.

"Masuk ikut pintu belakang!" Beritahunya dengan nada lantang.

Bunyi berdentam-dentum kedengaran di telingaku. Aku sudah tak peduli lagi. Aku mahu rehat. Aku dah tak larat!

Pemegang pintu belakang ni aku tarik. Pintu ini terbuka luas, menyambut aku untuk berehat di dalamnya. Tanganku memberi tekanan yang sangat kuat di atas sofa kereta. Kudratku makin kehilangan apabila aku mengheret badanku ke dalam kereta.

Bunyi tembak-menembak masih kedengaran di udara. Setelah aku berjaya masuk, aku tidak lagi dapat menahan mataku daripada dipejamkan. Apa yang kedengaran di telingaku sekarang adalah bunyi pintu yang dihempas, dan pintu hadapan yang dibuka.

Dalam beberapa saat, enjin kereta dihidupkan. Kedengaran peluru melayang di udara masih kedengaran di telingaku.

Kini, bunyi peluru berterbangan itu diselang-seli pula dengan enjin menderum laju meninggalkan tempat ni. Akhirnya, frekuensi bunyi tembakan itu makin berkurangan.

Ah, letihnya....

Aku dah tak larat....

"Sabar, kita akan pergi jumpa doktor sekarang juga!" Kata satu suara merdu, di bahagian depan kananku.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now