BAB 7

37 8 0
                                    


Kereta di hadapan aku membelah udara yang menerpa badan metalik itu. Aku hanya mampu mengikutinya dari belakang, memandangkan kuasa kudaku tidaklah sehebat kereta tersebut. Walaupun aku tengah berkepuk, pemberian setan berwajahkan manusia, namun nafsu tidak begitu hebat untuk menguasai fikiranku sendiri.

Setelah beberapa ketika, kami berhenti di depan sebuah bangunan putih yang disaluti dengan warna biru secara berselang-seli. Aku sebolehnya tidak mahu melibatkan mereka, kerana aku tidak percayakan mereka langsung.

Tapi, aku juga memikirkan perasaan perempuan ni. Apa pula katanya jika aku menolak cadangan yang dianggap baik itu? Sudah tentu akan mengguriskan hatinya. Aku memakirkan motor di tempat yang disediakan. helmet ku dicampakkan ke raga. Anak mataku yang berwarna hitam ini menangkap kelibat seorang perempuan yang keluar dari kereta hitam itu. Kakiku melangkah menghampirinya.

"Kita buat laporan polis dulu. Insya-Allah semuanya akan baik."

"Aku rasa sebaliknya. Benda buruk baru sahaja nak berlaku."

Dia memandang redup ke arahku.

"Percayalah apa yang saya cakapkan. Yang penting, kita dah cuba," katanya tenang.

Aku menggelengkan kepala. Kemudian, kakiku terbuka untuk melangkah ke pintu masuk pejabat polis ini. Tiada sesiapa pun, melainkan seorang lelaki tua bermisai yang tegap menunggu di kaunter.

Aku dan Anna hanya mengambil tempat duduk di hadapannya.

"Assalammualaikum tuan. Nama saya Aslan dan kami datang untuk membuat laporan polis mengenai kes ugutan," kataku tidak senang.

"Waalaikummussalam. Ugutan pasal apa tu encik?"

Aku sendiri kehilangan idea untuk berkata akan sesuatu.

"Kami menerima ugutan untuk melakukan kerja kotor oleh kumpulan gengster yang kami tak kenal," kata Anna, setelah mendapati aku kehilangan kata-kata.

Dia mengangguk faham.

"Kamu berdua kena buat kerja apa tu? Kenapa kamu berdua pula yang menjadi mangsa ugutan? Apa yang mereka ugutkan tu?"

Banyak pula soalan dia ni.

"Kami dipaksa untuk membuat kerja-kerja yang kotor dalam bidang pengkomputeran, seperti pencabulan teknologi orang lain," kataku dengan menipu.

Gila ke apa nak cakap benda betul? Mampus kena gelak. Tak akan la aku nak kena cakap yang aku dipaksa untuk hack a file? Nanti dia ingat aku ni hacker pula.

"Saya rasa, ini ada kaitan dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut, di mana dia cuba membalas dendam kepada saya. Saya kenal salah seorang ahli kumpulan tu. dia cakap, ini semua adalah untuk tebus kembali semua bantuan yang dia pernah sediakan, setelah saya membuat keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan mereka. Mereka mengugut untuk menculik dan bunuh ahli keluarga saya," kataku, setelah beberapa saat mendiamkan diri untuk menyusun ayat.

Dia mengangguk faham.

"Tak apa, encik boleh isikan borang ni. Kita akan siasat perkara ni," kata anggota polis tersebut.

Aku hanya lakukan apa yang diminta.

"Jangan lupa, tuliskan nama dan nombor telefon. Senang kami nak hubungi awak kalau ada perkembangan kes," terangnya lagi.

Aku mengangguk faham.

Setelah selesai menulis laporan aku, aku menyerahkan laporan tersebut kepadanya. Dia hanya merenung sekilas, sebelum meletakkan laporan tersebut di tepi.

"Saya ada benda nak tanya sedikit, encik Aslan. Ada tak dia suruh awak buat apa-apa selain daripada apa yang awak katakan atau bagi awak sesuatu?"

Aku mengangguk.

"Dia ada bagi saya pendrive ni. Tapi, saya masih tidak ada kesempatan untuk membuka isi kandungan pendrive ni lagi," kataku, sambil menunjukkan pendrive tersebut kepadanya.

Dia merenung pendrive yang aku pegang.

"Boleh tak bagi saya sekejap?"

Aku memberikan alat ini kepadanya. Dia merenung sedalam-dalamnya. Seketika, dia memandangku.

"Boleh tak berikan alat ni kepada kami?" Tanya dia sambil memegang pendrive itu dengan kedua-dua belah tangannya.

"Tak," jawabku pantas.

Anna memandang aku, aku memandangnya kembali.

"Aslan, dia ni polis. Awak kena percayakan dia."

"Tak. Aku cuma kena berhati-hati," kataku di depan mata polis itu, sambil menghulurkan telapak tanganku.

Dia mengembalikan pendrive tu kepadaku.

"Baiklah, encik Aslan. Buat masa ni, awak pegang dulu alat ni. Apa-apa nanti, kamu akan dihubungi oleh kami."

Aku menyimpan kembali pendrive ni ke dalam poket aku.

"Mari, Anna. Aku ada banyak lagi urusan ni," kataku malas, sambil menuju ke pintu keluar.

Anna mengikutiku dari belakang. Aku menuju terus ke keretanya.

"Kau... nak balik dah ke?" Soalku tanpa memandangnya.

"Buat masa ni, saya nak baliklah Aslan. Rasanya, untuk malam ni saya dah tolong semampu saya. Saya nak awak balik ni," katanya, sambil membetulkan pakaianku yang makin serabai, "rehat secukupnya. Jangan buat program tu."

Aku menepis tangannya. Mataku tertancap ke dalam bangunan ni. Aku perasan bahawa lelaki tersebut sedang menelefon seseorang, sambil merenung kami berdua.

"Kau ada pendrive warna hitam, tak?" Tanyaku selamba.

"Ha? Tak ada. Kenapa?"

Tch. ni yang payah ni.

"Tak ada apa," kataku selamba, sambil merapatkan badanku kepadanya.

"A-Aslan?"

"Terima kasih sebab tolong," mataku masih merenung ke dalam bangunan ni, "tapi, aku tak percayakan polis ni. Kau dengar apa yang aku cakapkan ni. Aku masukkan pendrive ni ke dalam poket kau, sebagai langkah berjaga-jaga. Esok pagi, aku akan ambil balik pendrive ni."

Aku kembali kepada kedudukan asal. Dia sedikit ternganga dengan tindak tanduk aku. Entah kenapa aku tersenyum sedikit. jari -jemariku megusap kepalanya.

"Terima kasih, Anna. Hati-hati balik."

Tanpa memandangnya lagi, aku terus menuju ke motosikalku.

Setelah beberapa langkah, aku kepalaku kembali menghadapnya.

"Hati-hati balik. Maaf melibatkan kau. Pakai otak untuk berfikir," tambahku lagi, dengan suara yang mendatar.

Entah kenapa, bibirnya mengherot ke kanan sebagai tanda senyuman.

"Yalah."

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now