BAB 17

28 7 0
                                    


Waktu menunjukkan pukul empat pagi. Aku dan dia menyarungkan baju sejuk masing-masing. Kami bergegas ke kenderaannya. Mataku dapat menangkap bahawa bulan semakin melabuh di celah bukit.

"Rancangan kita pagi ni satu je, Aslan. Kita akan lancarkan serangan man-in-the-middle. Ini hanyalah untuk mendapatkan kata laluan wifi tu. Faham?"

"Ya, aku faham," balasku sambil membuka pintu keretanya.

Bagus. Senjata kau dah isi peluru penuh tak?"

"Dah."

Dia mengangguk faham. Enjin kereta dihidupkan, dan kereta ini tanpa berlengah meninggalkan rumah ni.

Jari-jemariku melingkari daguku. Apa yang aku akan lakukan ni akan melanggar semua undang-undang Malaysia. Tapi, aku terpaksa kerana ada nyawa yang tidak bersalah sedang terlibat dalam masalah ni.

"Lepas kita dapatkan semua yang kita perlukan, apa yang kita nak buat, Aslan?"

"Itulah yang aku sedang fikirkan sekarang. Kau dah boleh akses semua benda dalam telefon bimbit dia. Kita kena rekod perbualan, mesej atau apa-apa sahaja. Cukup untuk aku gunakan data yang kita ada untuk menjadikan situasi hak milik kita."

"Dengan kata lain, kita terpaksa menangguhkan lagi rancangan untuk menyelamatkan Anna la ni...."

Aku memandangnya.

"Aku harap kita akan selesaikan semuanya hari ni sebenarnya," kataku dengan perlahan.

Lea menggelengkan kepala.

"Memang tak la nak selesaikan hari ni. Kerja kita akan selesai kalau polis tu tersilap langkah, macam berjumpa dengan bos dia atau sesuatu jenayah yang dia buat. Tapi, kalau hari ni dia mendiamkan diri, macam mana kita nak dapatkan maklumat tu?"

Aku mendiamkan diri.

"Hm. Faham. Nampaknya urusan kita semuanya tertangguh."

Dia menganggukkan kepalanya.

Kereta sampai di sekitar balai polis tersebut. Nampaknya, kawasan ni agak lengang. Bangunan polis itu masih bernyala.

"Lea, berikan aku teropong."

Dia memberikan aku teropong.

Aku memantau setiap orang di dalam pejabat tersebut. Pantauanku menyebabkan aku tersengih sedikit.

"Nampaknya, sasaran kita memang ada malam ni. Macam mana, Lea?"

Dia membuka komputer ribanya.

"Apa lagi kalau bukan menggunakan peluang ni untuk perangkap dia?" Tanya dia sambil mula menaip akan sesuatu.

Aku mengeluarkan alat kecil yang secara asasnya akan menjadi menara palsu.

"Dan... berjaya. Kita dah berjaya mendapat respon daripada wifi pejabat polis ni."

"Ok, mulakan terus untuk crack kata laluan wifi tu," balasku sambil meneropong ke pejabat tersebut.

Nampaknya, sasaranku sedang menekan papan kekuncinya, mungkin kerana dia tidak dapat mengakses internet pada sementara waktu.

"Kau biar betul nak crack sekarang? Kita memerlukan kad grafik untuk buat serangan keraslah."

"Ha... kau pakai komputer riba Predator, kot? Apa masalahnya? Kan ada kad grafik dalam tu?"

"Kalau kita pakai komputer ni, mungkin paling awal pun dua hingga tiga jam, kot. Lama tu," balasnya sambil menggaru kepala.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now