BAB 20

34 5 2
                                    


Kereta ini melepasi dari satu tiang lampu ke satu tiang lampu yang lain. Namun, aku rasa kereta ini begitu laju mencelah setiap kereta yang berada di hadapan kereta ini.

"Bawa perlahan-lahan kereta ni, Lea. Nanti tak pasal-pasal kemalangan," kataku, ketika dahi aku merembeskan peluh.

Namun, dia langsung tidak makan nasihat aku. Sebaliknya, pedal minyak itu ditekan habis. Aku memandangnya. Dahinya berkerut-kerut dengan bibirnya digumamkan. Dia ni dah kenapa?

"Lea, hei," panggilku dengan nada perlahan.

Dia tidak mengendahkan panggilan aku. Sebaliknya, matanya merenung tajam ke hadapan. Tangannya seperti mencengkam stereng kereta dengan sangat kuat. Andai kata dia terlepas tangan dari stereng itu, dengan kepala stereng sekali yang akan tercabut.

"Lea, hei. Kau ni kenapa?" Panggilku dengan nada yang lebih tinggi.

Serta-merta, dia memulas stereng untuk membelok ke kiri. Brek kereta ditekan dengan kuat. Aku hanya menahan nafas apabila kereta ini hampir terlanggar tiang lampu.

Tindakkannya yang terburu-buru membuatkan aku tidak cukup udara untuk bernafas. Mataku menangkap wajahnya yang tertunduk, sambil mengeluarkan karbon dioksida dari pernafasannya dengan kuat.

Keadaan sunyi menguasai ruang lingkup kereta ini. Aku memandang ke jalan raya. Tiada satu kereta pun melepasi kereta kami.

"Kenapa ni, Lea?" Tanyaku lagi, setelah dia dapat mengawal pernafasannya.

"Kenapa... kenapa kau kata perempuan merupakan ciptaan Tuhan yang gagal? Sampai hati betul kau katakan begitu. Adakah itu memang pandangan lelaki Muslim terhadap perempuan?" Tanya dia dengan suara yang sangat rendah.

Oh, dia terasa.

Mestilah, dia merupakan seorang perempuan. Adat bila kena tembak, hati berkecai. Tetapi, diri sendiri tak sedar akan kesalahan sendiri.

"Tak. Islam tak pernah ajar pun memandang rendah kepada perempuan. Sebaliknya, kami diajar untuk mengangkat martabat seorang perempuan dengan sangat tinggi."

"Jadi, kenapa kau sanggup kata begitu, tanpa mengambil kira perasaan orang lain?" Dia menghentak stereng.

Aku mendiamkan diri.

"Kau kata perempuan merupakan ciptaan Tuhan yang paling gagal. Tetapi, sedarkah kau bahawa ciptaan Tuhan yang gagal ni la yang menyelamatkan nyawa kau? Ciptaan Tuhan yang gagal ni la yang sumbangkan darah kepada kau, pada saat kau diambang kematian!"

Aduh... dia ni.

"Aku ingatkan bila kita bekerja, kita tak akan menggunakan perasaan langsung?" Kataku selamba.

"Tapi apa yang kau cakapkan tu sangat melampau! Kau buatkan aku terhina!" Jeritnya sekuat hati.

Dengan berat hatinya, aku menghembus nafasku perlahan-lahan.

"Kalau aku cakap apa pun, Lea, kau tak akan faham maksud aku yang sebenarnya. Jadi, marahlah aku sebanyak mana kau nak marah. Aku tak peduli. Aku dah penat nak jaga hati orang lain, walaupun perangai orang tu macam bangsat."

"Aslan! Engkau sendiri yang mengunci hati kau untuk orang lain faham! Ya, aku tak faham langsung tentang apa yang kau fikirkan! Tapi, aku cuba faham! Kau tahu tak yang aku cuba faham hati kau?"

Aku hanya menongkat pipiku.

"Menarik bukan, Lea? Aku cakap macam tu, semua tersentak. Semua mengatakan aku menghina ciptaan Tuhan. Semua mengatakan aku jahat. Semua menganggap aku manusia yang hina.

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now