BAB 8

39 11 1
                                    



Aku menghidupkan enjin motorku. Begitu juga dia, menghidupkan keretanya. Dalam sekelip mata, keretanya meninggalkanku besertakan hon keretanya. Aku hanya mengangkat tangan kepada Anna. setelah dia menghilang dari pandanganku, aku menoleh ke pegawai yang mengambil keteranganku sebentar tadi. Matanya masih tidak melepaskan pandangan dariku.

Entah kenapa dia memandangku? Mungkin dia terlibat dengan Sarah? Entahlah, aku tak tahu. Siapalah aku untuk berburuk sangka?

Aku memulas pemegang motorsikalku, meninggalkan tempat ini.

Keadaan di sini agak lengang. Tiada sesiapa pun di atas jalan raya pada waktu-waktu begini, menggalakkan aku untuk melanggar lampu merah. Aku memulas sekuat hati, supaya aku cepat sampai ke rumah.

Tetapi, jarak Shah Alam dan Damansara Utama agak jauh. Nak-nak lagi, aku terpaksa menempuh jalan Federal, memandangkan aku di jalan NKVE. Itu sahaja jalan yang paling dekat dengan rumahku.

Udara yang segar menenggelamkan jiwaku dalam ketenangan, walaupun hakikatnya aku dalam kegusaran. Inilah sebab kenapa aku suka berjalan malam, tidak perlu berfikir apa melainkan menyelami situasi sunyi.

Ketika motorsikalku menaiki jalan berbukit, satu makhluk yang bengap memancarkan lampu tinggi berwarna putih dari belakang. Aku membetulkan sedikit cermin kananku, supaya lampu itu kembali memantulkan cahaya kepadanya.

Akhirnya, lampu itu berhenti menggangguku. Aku mendengar bahawa deruman enjin semakin menghampiri motorsikal yang aku tunggang. Tiba-tiba, sebuah kereta jip berwarna hitam menyamakan kelajuannya dengan kelajuan motorsikalku. Aku menoleh ke kanan.

"Oi, berhenti sekarang!" Jerit penumpang dalam kereta itu kepadaku?

Ha? Berhenti? Apa ke bangangnya dia ni? Aku dah la tak kenal dia, lagi minta berhenti!

"Oi! Berhenti!"

Ah, pergi mampus kau.

Aku memulas pemegangku sehingga habis.enjin sudah bergegar, bagaikan mahu bersepai di atas jalan raya.

Enjin kereta itu menderum kuat, mengejarku. Apabila semakin hampir kepadaku, dia menghimpitku sehingga ke penghadang jalan raya. Tch, ruang untuk aku memecut semakin mengecil!

Tapi, aku semenjak dari tadi dah memikirkan kemungkinan ini. Jangan ingat aku ni bodoh!

Motorsikalku semakin perlahan. Telapak kakiku mengikut rentak motorsikalku sendiri, dengan menukar gear yang lebih rendah. Kereta itu terlajak ke hadapan sedikit.

Ini adalah peluang!

Dengan pantas, aku memotongnya dari arah kanan. Dia kembali mengejarku dari kiri. Dari jauh, mataku dapat menangkap beberapa buah kereta yang memancarkan lampu merah dari belakang kereta itu sendiri.

Masa untuk mencelah!

Motorku memotong secara bersilang setiap satu kereta yang berada di hadapanku. Mahu tidak mahu, kereta hitam itu juga terpaksa mengikut rentak celahanku, sehingga menghasilkan bunyi bingitan. Ah, shit! Depanku telah kembali menjadi jalan yang sangat lengang!

Aku hanya terus menunggang, walaupun kereta itu semakin menghampiri belakangku! Sangat dekat, cukup untuk menghentam aku dari belakang!

Di depanku, jalan raya mula bercabang dua. Satu kiri dan satu lagi kanan. Untuk masuk ke highway Federal, aku harus melalui jalan ke kiri. Timbul satu idea yang mungkin akan menyebabkan aku mati. Namun, baik aku mati mencuba!

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now