BAB 23

30 5 1
                                    


Lampu neon yang menerangi jalan raya ini membuatkan aku mengelamun sehingga aku terlupa di manakah aku pada ketika ini. Lea seperti biasa, tangkas menukar gear apabila cuba mencelah antara kereta yang lain.

"Kau tahu tak, Sarah sebenarnya dah tahu yang kita nak datang?" Tanyaku sambil merenung kereta yang berada di hadapanku.

"Nampaknya macam tu la. Tapi, dia sepatutnya tak tahu kewujudan aku. Jadi, aku rasa aku masih lagi boleh menyelinap masuk dengan menggunakan lambang yang pakwe dia ada."

Aku mediamkan diri apabila dia berkata begitu.

"Cuma Aslan, macam mana kita nak buat lambang yang kau katakan tu?" Tanya dia sambil menjeling aku seketika.

"Aku kenal orang yang boleh buat lambang tu. Sarah pernah bawa aku jumpa dengaqn pembuat lambang tu bila dia cuba...."

"Cuba apa?"

Aku malas nak beritahu sebenarnya.

"Cuba mengukir lambang yang bertentangan dengan pegangan aku, iaitu lambang Lucifer. Dia kata, lambang tu merupakan pengikat untuk dia dan kawan-kawan dia. Aku tak pasti sama ada benda ni betul ke tidak.

Satu lagi, dia nak aku ukir lambang tu dekat tangan aku, tanda aku diterima sepenuh hati untuk masuk dalam kumpulan dia. Dia nak aku sentiasa berada di samping dia sampai bila-bila."

Lea tersengih, tanda menyindir.

"Kalau betul dia sayangkan kau, patutnya dia yang ikut jejak langkah kau. Bukannya suruh kau masuk dalam kumpulan dia. Mengarut betul perempuan ni," kutuk Lea selamba.

Aku juga tersengih.

"Sepatutnya la."

"Tapi," katanya, sambil memasuki jalan raya yang sangat sempit kerana ramai penduduk yang meletakkan kereta di tepi jalan, "itu semua tak penting, Lan. sekarang ni kita dah sampai."

Akhirnya.

Aku dah lama tunggu saat ni.

Sampai juga masanya.

Kami tidak menunggu lama setelah keluar dari kereta ni. Kami menuju ke lif flat tersebut. Pada masa yang sama, mataku dapat menangkap beberapa orang yang aku rasa ada kaitan dengan kumpulan Forma.

Mereka hanya memandang kami berdua, tanpa mengekori kami. Lea mungkin tak perasan, tapi aku tengok pun dah tahu.

Hm.

Nampak sangat yang aku masih dalam permainannya. Tapi tak mengapa, aku ikut je, memandangkan permainan hampir tamat.

Setelah menaiki lif dan sampai di aras yang dikatakan, aku memandang kaki lima aras tersebut. Terdapat dua orang sedang menunggu, satu di hujung sayap kanan dan satu lagi di penghujung sayap kiri.

Namun, mereka langsung tak melakukan apa-apa.

Aku menarik tangan Lea.

"Dengar ni. Dekat penghujung flat ni ada dua orang yang aku rasa terlibat dengan Sarah. Kita kena berhati-hati."

Dia mengerutkan dahi.

"Macam mana kau tahu?"

"Sebab kita nak berjumpa dengan teman lelaki Sarah. Sarah punya permainan adalah meletakkan orang-orang dia dekat sekitar orang yang dia sayang sangat. Aku tahu sebab aku pernah lalui benda ni."

Dia kemudiannya mengedap ke sayap kanan dan kiri.

"Jadi macam mana ni? Apa yang kita nak buat?"

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now