BAB 22

28 5 0
                                    


Petang melabuhkan tirainya. Aku hanya merenung ke siling. Aku dah tak sanggup lagi hidup macam ni. Aku nak jadi orang biasa. Aku nak menjalani kehidupan normal. Aku nak adik-adik aku menjalani kehidupan yang baik. Aku nak bekerja, mengumpul duit, dan mengembara ke seluruh dunia.

Kemudian, aku nak berkahwin. Aku nak mempunyai seorang perempuan yang menerima aku seadanya. Aku nak kembangkan lagi ilmu sains komputer dan ilmu Allah. Aku nak ubah dunia yang berbelit ni.

Dia?

Ha, lepas aku dengar kata-kata Lea, aku terfikir juga apa yang aku patut lakukan. Aku benci dia, kerana membuat aku merana. Aku kesal kerana aku tak dapat selamatkan dia. Aku tertekan apabila dia menerjah minda aku.

Tapi, aku hanyalah manusia biasa. Dia juga begitu. Aku... akan cuba cari jalan penyelesaian.

Aku sayangkan dia.

Dia juga sayangkan aku.

Sebab tu la....

"Aslan, masa untuk bergerak. Kau dah uruskan semua urusan kau?" Tanya dia dengan selamba.

"Dah."

"Ok. kau dah sediakan barang-barang penting?"

Aku mencapai satu beg sandang yang terletak di atas meja yang berada di sebelah katilku. Aku merenungnya seketika.

Dia menyengetkan kepala, dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa?" Tanya dia setelah kami mendiamkan diri buat seketika.

"Aku tahu yang aku ni masih tak dapat mengawal perasaan. Tetapi, boleh tak kau berikan aku pistol, sebagai alat untuk mempertahankan diri?"

Dia tidak membalas. Renungannya itu bersinar.

Dia melangkah ke arah aku.

"Adakah kau berani berjanji kepada aku, yang engkau tak akan mencederakan diri kau sendiri?"

"Mencederakan diri aku sediri?" Balasku dengan mengangkat kening.

"Aslan," bisiknya kepadaku, "aku tak nak kau sengsara. Adanya senjata ni ditangan kau, kau akan mencederakan fikiran kau sendiri. Aku tak nak tengok tu."

Aku menggelengkan kepala.

"Aku tak faham langsung apa maksud kau. Biar aku berterus-terang, Lea. aku tak berani berjanji apa-apa. Tapi, apa yang kita akan lalui nanti adalah waktu yang sangat gelap. Kita tak tahu percaturan hidup kita di sana.

Apa yang aku minta adalah untuk diriku sendiri. Aku mahu alat ni supaya sekiranya kau tiada, aku boleh mempertahankan diri aku."

Keluhannya begitu berat dan lama. Seketika, dia mengeluarkan senjata yang terselit di belakang pinggangnya.

Telapak tangannya ditadahkan, memberi isyarat untuk aku mengambil senjata tersebut. Aku mengenggam senjata itu.

Pada saat aku cuba mengambil pistol ni darinya, dia lebih tangkas dalam menangkap tanganku.

Tangkapan tersebut membuatkan aku tersentak.

"Aku mungkin baru mengenali kau. Tapi Aslan, percayalah yang aku sentiasa dengan kau, walaupun pandangan kau sangat hitam dan gelap."

Dia melepaskan tanganku.

Aku menyelitkan senjata pemberiannya di belakangku.

"Kita tak ada masa nak berdrama, Lea. Aku bug. Pepijat. Bukan senang nak mati. Jadi, kau simpan dulu ucapan tu. tunggu kau mati baru ucap macam tu."

GREMLIN.EXE: KRIPTOGRAFI [COMPLETE]Where stories live. Discover now