Perjalanan Sepi

7 1 0
                                    

Jalan kehidupan penuh duri,
Walaupun kita lalui jalan ini seorang diri,
Ingat kita punya Ilahi,
Untuk serah diri,
Atas jalan yang dilalui ini..

Bertabahkan hati,
Jangan merebahkan diri,
Cekalkan sang hati,
Untuk melangkah pergi..

Jika namanya manusia,
Segelintir daripada mereka,
Mulut tidak pernah keletihan,
Mengata sini mengata sana,
Bila kena batang hidung sendiri baru diam kebisuan..

Qowiyy wahai diri,
Teruskan berdiri,
Walaupun ada manusia mahu melihat kamu terjatuh terduduk,
Bangun semula andai rebah..

-xiaorina

Setangan Kenangan Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang