BAB6🍄

46.8K 2.2K 220
                                    

Zara Medina melilaukan pandangannya ke serata dapur rumah agam itu. Susun atur,perabut,kabinet dan segala- galanya nampak sungguh ekslusif.

Bibirnya mengukir senyuman kecil. Kalaulah di tak kahwin dengan Fahim Wajdi, mampu ke dia tinggal di rumah semewah ini?

" awal bangun Zara?" sapaan dari Hajah Fauziah mengejutkannya. Kelihatan wanita itu masih  lengkap berpakaian solat. Senyuman kecil diukirkan buat menantunya.

Satu yang Zara perasan,keluarga ini tidak lokek dengan senyuman kecil anak teruna seorang tu. Nak senyum pun susah. Menyampah!

Zara Medina membalas senyuman ibu mertuanya.

" Zara memang tak tidur lepas subuh umi. Umi baru balik dari masjid ke?" soalnya sekadar berbasa basi.

"Ye. Hari ni ada ustaz mengajar agama. Alang alang tu umi sambung je la terus dengar dia mengajar . Umi ingatkan Zara tak bangun lagi tu yang umi tak kalut buat sarapan lagipun awal lagi ni" terang Datin Hajah Fauziah panjang lebar.

"Takpela umi. Kalau umi penat, umi pergi la naik atas dulu,rehat. Biar Zara je masakkan untuk sarapan. Tapi sebelum tu Zara nak minta maaf dulu la kalau tak sedap"  keningnya digaru beberapa kali. Segan sebenarnya.

Maklumlah,ibu mertuanya itu memang pandai masak. Kalau tak, takkan la mampu buka beberapa cawangan  syarikat catering seluruh malaysia.

"Ish Zara ni. Tak payah la cakap macam tu. Kalau tak sedap, tak ada maknanya Thia dengan Farish selalu puji masakan Zara. Sampaikan air milo pun diorang cakap sedap"

Zara Medina tergelak kecil.

"Diorang tu memang macam tu. Saje la tu nak ambil hati Zara sampaikan semua benda diorang cakap sedap"

"Takpela Zara, umi naik dulu ye. Nanti umi panggil semua orang turun sarapan"

Zara Medina mengangguk lalu tangannya ligat membuat sarapan.

°°°°°°°°

Fahim Wajdi melangkah masuk ke dalam bilik umi dan abahnya.

"Umi, abah. Fahim nak cakap sikit ni" duduknya dilabuhkan di atas kerusi di balkoni  bilik.

Haji Razak yang ralit membaca surat khabar terhenti.

"Fahim nak cakap apa?"

Fahim Wajdi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Fahim rasa, Fahim dah buat keputusan yang salah dengan kahwin dengan Zara. Fahim rasa, Fahim dah khianati cinta Adra. Fahim minta maaf. Fahim tahu, umi dengan abah suka dia jadi menantu tapi Fahim tak boleh paksa hati Fahim untuk terima dia. I'm sorry"  muka hampa kedua ibu bapanya dipandang sayu.

"Tapi Fahim dah lupa ke yang Fahim dah rosakkan dia? Fahim nak lari dari tanggungjawab?  Fahim jangan macam macam ye, umi tak pernah ajar tau anak umi jadi macam ni. Berzina dah berdosa, sekarang nak lepas tangan pula?" merah muka Hajah Fauziah menahan amara yang makin memuncak.

"But, I can't love her umi. Macam mana Fahim nak hidup dengan dengan dia kalau Fahim tak cintakan dia?" balas Fahim Wajdi mendatar. Mukanya diraup beberapa kali.  Keluhan kecil dilepaskan.

"Cuba Fahim,cuba! Umi dengan abah kahwin dulu pun tanpa rasa cinta. Kami kahwin sebab kena paksa tau tapi alhamdulillah, bahagia sampai sekarang. Kenapa Fahim tak boleh cuba? Move on,sayang. Adra tu masa silam Faiq tapi Zara masa depan Fahim sekarang ni. Fahim nak nasib dia jadi macam Adra? Diabaikan suami sendiri sebab ada perempuan lain dan accident and then meninggal? Fahim nak hilang isteri dan ibu kepada anak anak Fahim buat kali ke dua? Sanggup ke tengok anak anak membesar tanpa kasih sayang seorang ibu?" panjang lebar syarahan dari Hajah Fauziah.

Haji Razak pula hanya tersenyum lalu kepalanya digeleng beberapa kali. Agak lucu sebenarnya dengan bebelan isterinya namun tidak dinafikan, kata kata isterinya itu benar belaka.

"Fahim tahu tapi umi kena faham yang Fahim tak cintakan dia. Sampai bila bila pun Fahim tak akan pernah cintakan perempuan tu. Fahim hanya cintakan Adra seorang je sampai Fahim mati" bersungguh kata kata Fahim Wajdi tanpa menghiraukan ibunya yang sudah berasap menahan amarah.

" okey fine! I give you two years. Kalau dalam masa dua tahun tu Fahim masih lagi tak ada perasaan cinta pada Zara, sayang Zara, umi izinkan Fahim lepaskan Zara. Tapi kalau dalam masa dua tahun Fahim dah cintakan Zara, umi nak cucu baru tau" terus pecah ketawa Haji Razak dengan kata kata isterinya. Sempat lagi minta cucu baru!

"Fine! Fahim terima cabaran umi and I will make sure that I do not love Zara forever. Fahim keluar dulu" terus kakinya melangkah keluar dari bilik itu. Hajah Fauziah tersenyum sinis.

" Zie akan pastikan Zie dapat cucu tahun depan. You wait and see abang"

°°°°°°°°

Zara Medina melabuhkan duduknya di atas katil Fathia Rose.

"Thia dah gosok gigi dengan basuh kaki?"  soalnya Zara Medina lembut.  Rambut kerinting Fathia Rose diusap beberapa kali.

"Dah mama, Thia dah gosok gigi dengan basuh kaki" balas anak kecil itu senada.

Zara Medina tersenyum kecil.

"Okey, malam ni kita nak bedtime story cerita apa?  Princess lagi?"  soal Zara Medina. Sudah menjadi rutin setiap malam untuk membuat sesi bedtime story dan setiap malam bedtime story akan diulang cerita yang sama. Princess!

Anak dara Encik Fahim Wajdi ni memang sangat cerewet. Nak tidur mama kena temankan,nak makan mama kena temankan, nak mandi pun mama temankan! Nasib baik la budak lesung pipit tu comel.

Farish pula, dia seorang abang yang sangat behave. Tak banyak ragam, tak cerewet dan yang paling penting pandai berdikari. Kalau Fathia nak mama temankan buat semua benda, Farish pula nak buat semua benda sendiri sampaikan goreng telur mata pun nak buat sendiri.

Mungkin perangai Thia terikut perangai papa dia kot. Hikss!

"Malam ni nak story pasal Elsa mama" ujar  Fathia Rose namun sukar untuk difahami sebab bercakap masa tengah menguap.

"Semalam bukan kita dah cerita pasal Elsa ke Thia?"

Fathia Rose mula memuncung.

" semalam Rapunzel la mama. Mama lupa ye? Mama suka makan semut ke?" terkebil kebil mata anak kecil itu.

"Siapa cakap kalau makan semut boleh lupa?"  tangannya mengusap rambut Fathia rose.

"Papa cakap. Papa  cakap kalau air atau makanan yang ada semut jangan makan,nanti cepat lupa" selamba betul dia menjawab. Zara Medina pula tergelak kecil. Comel betul perangai!

" okey la,mama start cerita ye? Nak dengar tak ni" tanya Zara Medina.

"Nak...!"

"Pada suatu hari...."

___________________________________________

Lama menghilang kan? Aisha belanja satu chpater. Kalau ada masa esok ada update kalau tak ada masa maknanya takde update untuk esok

Zara Medina [COMPLETE]✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum