BAB30🍄

53.8K 2K 382
                                    

"Sayang.. " tangan Zara Medina dipengang dan pinggang gadis yang berperut besar itu dipeluk.

Fahim Wajdi memerhati sekeliling. Line clear! Opah takde.

"Sayang, we need to talk"

Zara Medina mengeluh. Badannya cuba diloloskan dari pelukan Fahim Wajdi tapi tidak berjaya. Lelaki itu terlalu kuat dan tenaga wanitanya tidak mampu untuk dia  melepaskan diri.

"Nak cakap apa lagi? Saya tak nak dengar apa apa la" mukanya berkerut memandang muka Fahim Wajdi.

Fahim Wajdi mengeluh. Hati Zara Medina tidak mudah untuk dilembutkan.

"Sayang, abang nak minta maaf. Abang tahu, abang jahat. Abang tak hiraukan perasaan sayang, abang tak layan sayang macam isteri abang. Abang minta maaf sangat sangat" tangan kecil Zara Medina dicium lama. Air mata lelakinya juga mengalir laju.

Zara memalingkan mukanya ke arah lain. Sejujurnya,hati kecilnya terusik namun apabila ingat kembali perbuatan Fahim Wajdi, hati dia kembali panas.

Entah di mana dia mendapat kekuatan, badan Fahim Wajdi ditolak membuatkan badannya terlepaS dari pelukan Fahim Wajdi.

Fahim Wajdi tersentak hebat. Tidak mampu berkata apa apa.

"Sayang, sayang menyesal ke jadi isteri abang selama ni?" soal Fahim Wajdi.

Zara Medina pula terdiam namun, perbuatan Fahim Wajdi masih segar dari ingatannya. Dia juga mahu memberi pengajaran untuk lelaki itu agar tidak mengulanginya lagi.

"Ye,saya menyesal jadi isteri awak. Menyesal sangat. Kalau diberi pilihan untuk jadi isteri awak dengan Zaki, saya lebih rela jadi isteri Zaki walaupun dia masih budak. Dia matang, tak macam awak. Dan kalau saya kena pilih antara kahwin dengan awak atau kena bunuh, saya rela mati dari kena jadi isteri awak" senafas Zara Medina berkata.

Fahim Wajdi memandang muka Zara Medina lama.

Sungguh kali ini, dia benar benar terasa,kecewa, kecil hati semua ada. Sanggup Zara Medina memilih untuk mati dari bersama dengan dia.

Kini, dia tahu. Dalam hati Zara Medina sudah tiada langsung sisa kemaafan untuk dia. Yang ada hanyalah rasa benci, meluat dan tak suka.

Fahim Wajdi mengeluh lemah. Air matanya mula bergenang kembali.

Sekarang, dia dah putus asa. Ya, putus asa. Mendengar Zara Medina lebih memilih orang yang tiada kaitan dengan diri dia membuatkan dia rasa putus asa untuk menawan kembali hati Zara Medina.

"Abang minta maaf sekali lagi. Abang dah tak nak apaa apa dah. Abang cuma nak kemaafan dari sayang je. Sampai bila sayang tak nak maafkan abang? Kalau abang mati, sayang still tak maafkan abang ke?" sayu suara Fahim Wajdi.

"Entah. Tak tahu lagi. Tapi kalau awak nak rasa, pergi la mati dulu. Tu pun kalau saya masih sudi la nak maafkan awak"

Fahim Wajdi tersenyum sayu. Kepalanya diangguk beberapa kali.

"Abang minta maaf lagi sekali. Kalau sayang betul betul nak berpisah dengan abang, sayang pergi minta fasakh dekat mahkamah. Abang tak sanggup nak jatuhkan talak untuk sayang. Dan, kalau ditakdirkan abang dah tak ada nanti, abang izinkan sayang kahwin dengan Zaki tu kalau sayang cintakan dia. Abang harap juga sayang bahagia" terus dahi Zara Medina dikucup.

Lama dia mengucup dahi Zara Medina seolah olah tidak mahu dilepaskan.

Hati Zara Medina berdegup kencang. Kenapa dengan Fahim Wajdi ni?

Pipi, hidung, dahi Zara Medina dikucup. Akhir sekali, bibir merah Fahim Wajdi melekap lama di bibirnya.

"Abang sayangkan Zara Medina. Ingat tu sampai bila bila"

Terus kaki Fahim Wajdi melangkah naik ke atas . Zara Medina masih terkaku di situ. Kenapa dia rasa Fahim Wajdi pelik sangat ni?

°°°°°°°°°°°°

Fahim Wajdi termenung di dalam bilik tidurnya. Kini, sudah dua minggu sejak kejadian itu dan tiada tanda tanda Zara Medina mahu kembali ke pangkuannya, menjadi isterinya seperti dahulu.

Keadannya kini makin tidak terurus. Badannya juga sudah cengkung. Masakan tidak cengkung, sudah seminggu dia tidak makan, hanya minum air kosong sahaja.

Solatnya juga entah kemana. Dia bertukar menjadi Fahim Wajdi yang jahil seperti dulu.

"Opah, Fahim minta maaf kalau selama Fahim jadi cucu opah, Fahim banyak menyusahkan opah. Fahim banyak buat perangai dan selalu tak dengar cakap opah. Kalau Fahim takde, opah tolong jagakan isteri Fahim ye? Tolong sayang anak Fahim juga"

"Umi, Fahim minta maaf sebab selalu degil. Kalau Fahim mati, tolong jaga anak anak Fahim tau. Sayang diorang sebab diorang dah takde siapa siapa lagi. Halalkan semuanya untuk Fahim. Halalkan setiap susu yang umi pernah bagi dekat Fahim selama ni walaupun Fahim dah jadi anak tak guna dekat umi.

"Abah,Fahim pun nak minta maaf dekat abah kalau Fahim banyak buat dosa dekat abah. Banyak buat silap dekat abah. Terima kasih sebab bagi kasih sayang dekat Fahim. Tolong sayang anak anak Fahim juga macam abah sayang Fahim ye? Halalkan semua duit yang Fahim pernah guna. Halalkan makan dan minum Fahim selama Fahim jadi anak abah yang tak guna.

Farish dan Fathia. Papa minta maaf pada Farish dan Fathia. Papa tak mampu nak bagi kasih sayang seorang ibu untuk Farish dan Fathia. Papa gagal bawa balik mama walaupun papa dah janji untuk tu. Farish, kalau dah jadi suami suatu hari nanti, jangan jadi macam papa. Thia, kalau jadi seorang isteri satu hari nanti, jadi macam mama Zara dan mama Adra tau. Papa tahu,papa bukan ayah yang baik untuk korang berdua tapi papa nak korang tahu yang papa berkali kali cuba untuk jadi papa yang terbaik untuk korang berdua tapi papa berkali kali juga gagal. Papa sayang Farish dan Fathia sampai syurga.

Isteriku, Zara Medina.
Abang tahu, abang tak layak dapat isteri sebaik sayang. Abang tahu, abang tak mampu bimbing sayang sampai syurga. Abang tahu,abang jahil. Abang cuma nak minta satu perkara je dengan sayang. Abang nak, sayang maafkan abang untuk semua benda yang abang dah buat dekat sayang. Tolong jaga anak abang dalam perut tu ye. Abang dah nak pergi. Abang tak pernah pegang dia. Abang tak sempat belao dia. Abang tak sempat azan dan iqamatkan anak abang sendiri tapi layak ke abang untuk buat semua tu? Abang harap, maaf abang diterima. Abang minta maaf sekali lagi. Kalau anak kita lelaki, boleh tolong namakan dia Fayyad dan kalau perempun, boleh tolong namakan dia Farra? Abang suka nama tu. Tapi, kalau sayang tak nak pun tak apa. Abang tak paksa. Abang tahu siapa abang.

Kertas putih dan sebatang pen itu diletakkan di atas meja.

Dia tahu, dia dah buat salah dengan semua orang. Sebab tu dia tulis surat permohonan maaf untuk semua orang.

Nafas dihela lemah. Sekarang, dah tiba masanya dia pergi tinggalkan  semua orang. Dia dah tak nak susahkan sesiapa lagi.

Koridor biliknya di tingkat dua dipanjat. Sempat dia mengucap dua kalimah syahadah walau dia tahu, benda yang dia buat itu dibenci oleh tuhan tapi dia terpaksa dan akhirnya, Fahim Wajdi terjun dari koridor itu.

Dia mengerutkan dahi apabila terasa badannya sakit apabila jatuh di atas simen namun dia tersenyum lebar apabila fugura Adra bermain di matanya. Adra senyum, pandang dia.

'Adra,abang datang ikut Adra'

Perlahan lahan matanya tertutup namun dia sempat terdengar suara seseorang menjerit

"Abang!!"

Dan, semuanya gelap.

_____________

Puas hati kan Fahim dah mati? Lepas ni, Zaki yang jadi hero.

Jangan kecam Zara pula sebab korang yang nak dia jual mahal kan?

Good news,Aisha dan boleh keluar wad. Yeayy!

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now