BAB32🍄

54.3K 1.9K 121
                                    

Dulang diletakkan di atas meja di sebelah katil. Menu untuk orang sakit, sup ayam, sayur campur, nasi putih dan air suam. Cukup la,kalau tak jaga makan susah nak sembuh pula.

Pintu bilik air yang terbuka membuatkan Zara Medina memalingkan muka memandang kelibat Fahim Wajdi yang hanya bertuala separas pinggang. Balutan di kepala sudah hilang entah ke mana. Air dari rambut yang menitis membuatkan lelaki itu nampak lebih seksi.

"Abang buat apa? Mandi ke? Kenapa tak bagitahu saya? Lain kali kalau nak mandi ke, nak apa ke, bagitahu saya. Saya bimbangkan abang"  bebel Zara Medina.

Fahim tersenyum kecil. Kakinya melangkah menuju ke arah walk in closet untuk mencari baju namun isterinya itu terlebih dahulu masuk ke dalam. Kesimpulannya, dia hanya boleh mengikut je la.

"Abang tak nak susahkan sayang. Kesian,sayang. Mesti penat layan abang. Dah la seminggu sayang  bertapa dekat hospital jaga abang. Nasib baik la semalam boleh discharge. Kalau tak bertambah penat la sayang"

Zara Medina mengeluh. Seluar pendek dan baju tshirt putih dikeluarkan dari wardrobe dan diletakkan di atas katil.

"Jangan la cakap macam tu. Abang tak pernah susahkan saya tau. Saya  happy dapat jaga abang, dapat tengokkan abang masa abang sakit. Sama juga masa abang jaga saya haritu. Kita suami isteri kan? Kena la saling bantu membantu"

Fahim Wajdi didudukkan di atas katil dan tangannya lincah memakaikan baju untuk lelaki itu. Seluar pakai sendiri la dey. Takkan dia juga nak pakaikan.

Kesian, satu tangan dah berbalut. Memamg susah la nak pakai baju semua kan.

Kemudian, dia melangkah ke almari solek dan alatan untuk membersihkan luka diambil untuk mencuci luka di dahi Fahim Wajdi.

"Sini, abang" sofa di sebelahnya ditepuk memanggil Fahim Wajdi. Fahim Wajdi tersengih lebar. Suka apabila dimanjakan begitu.

Dia mendekati Zara Medina dan kepalanya dijatuhkan di atas peha wanita itu. Zara Medina hanya membiarkan. Tahu sangat perangai Fahim Wajdi kebelakangan ini sejak mereka berbaik. Manja,memang manja dan sangat manja.

Bekas jahitan di dahi lelaki itu dicuci dengan antiseptik membuatkan Fahim Wajdi mendesis sakit apabila dia menekan terlalu kuat. Nampak sudah semakin kering jahitan itu. Namun, dia bimbang juga kerana luka itu melibatkan kepala. Bahagian yang paling penting!

Alatan membersihkan luka disimpan semula ke tempat asal apabila kerjanya sudah siap. Dia melangkah pula mengambil makanan yang ditinggalkan di atas meja di tepi katil tadi dan kembali melabuhkan duduknya di atas sofa.

Kuah diletakkan di atas nasi dan ayam yang sudah dipotong kecil itu disatukan lalu sesudu makanan penuh itu disuap ke dalam mulut Fahim Wajdi.

Lelaki itu mengunyah penuh kenikmatan.

"Sedap, sayang. Tapi lagi sedap kalau suap dengan tangan. Kan?" matanya dikelip kelipkan memandang Zara Medina.

Zara Medina memandang Fahim Wajdi dengan mata yang sengaja dikecilkan lalu dia bergerak ke bilik air untuk membasuh tangan dan kembali duduk di samping lelaki itu.

Tahu sangat, nak kena suap la tu kalau dah keluar  ayat macam tu.

Zara Medina menggaulkan nasi dan disuapkan ke dalam mulut lelaki itu. Sekali dengan sayur dia sumbat. Berkerut muka lelaki itu apabila dia dipaksa makan sayur namun ada dia kesah? Kalau nak sihat, kena makan sayur la

"Thankyou sayang" ujar Fahim Wajdi tiba tiba. Mulutnya yang masih mengunyah makanan mencium lama pipi Zara Medina membuatkan wanita itu membulatkan matanya.

"Abang! Habis berbau pipi saya!!"

°°°°°°°°

"Jemput minum, semua" dulang berisi air teh o dan kek yang dibuat bersama anak anak tadi dihidangkan.

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now