BAB22🍄

46K 2.2K 362
                                    

Maaf la ye,bab 22 pun Fahim masih bodoh nak menilai orang. Enjoy!

Zara Medina memegang tangan Fathia Rose erat. Taman tema sememangnya sesak dengan pengunjung tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita mahupun bangsa.

Kerana ikutkan kehendak Farish dan Fathia, dia dengan Fahim Wajdi menjejakkan juga kaki ke taman tema pada malam itu. Lampu dari beberapa gerai yang menjual pelbagai barangan membuatkan suasana semakin meriah.

"Papa, Farish dengan Thia nak naik kuda tu pula " kuda yang berpusing itu menarik perhatian Farish dan Fathia.

" Nak naik tu? Tadi kan dah naik angsa dekat sana. Nak naik lagi?" soal Fahim Wajdi.

Alkisahnya, tadi Farish dan Fathia mengamuk sakan nak naik dua ekor angsa bercium yang sedang berpusing. Kalau naik sekali, masih boleh diterima akal namun kerana kedua kanak kanak itu merengek, mereka terpaksa membeli tiket lagi dan membiarkan mereka naik lima pusingan.

5 pusingan ! Tak ke botak kepala Encik Fahim Wajdi itu?

"Alaaa-- tapi Thia nak. Please papa " kaki dihentak berkali kali sambil matanya dikelipkan.

Macam mana la tak cair kalau anak dara dia tu comel sangat.

"Okey okey. Tapi janji dengan papa, ni last tau. Lepas ni no more main main lagi okey? Lepas ni kita balik, mama dah penat tu" bibirnya memuncung memandang Zara Medina yang hanya mempamerkan muka beku.

Dia pun tidak tahu apa salahnya sampaikan Zara Medina sangat lain sekarang.

"Takpe, kalau Thia dengan Farish nak main, main la. Mama okey je,mama tunggu dekat kerusi sana tau. Mama dengan baby mama kat dalam ni penat " senyuman kecil diukirkan buat kanak kanak itu.

"Okey mama. Nanti kita balik tau. Thia nak main kuda ni je " gigi putih yang tersusun rapi itu kelihatan apabila Fathia Rose mengukirkan senyuman buat Zara Medina.

Dua puluh lima minit menunggu, akhirnya derap kaki seorang kanak kanak lelaki dan seorang kanak kanak perempuan kedengaran. Fahim Wajdi pula kelihatan di belakang.

"Mama, Farish dahaga la. Nak air "

"Nak air? Farish, Thia dengan mama tunggu sini biar papa pergi beli. Tak payah pergi mana mana, ramai orang ni. Zara, tengok tengokkan anak anak tau" kata Fahim Wajdi. Kakinya melangkah masuk ke dalam sekumpulan manusia dan terus hilang.

Zara Medina mengalihkan pandangan memandang muka Farish yang sedang bersandar di badannya.

"Mama, nanti kalau adik keluar, dia boy ke girl?" soal Farish Wajdi. Matanya masih di perut Zara Medina yang masih kecil.

"Farish nak adik boy ke girl?"

Farish meletakkan tangan di dagunya seolah olah berfikir.

"Nak boy la. Kalau girl, Fahim dah ada Thia. Kalau boy belum ada lagi " petah Fahim Wajdi menjawab.

Zara Medina tersenyum kecil. Rambut Fahim Wajdi diusap lembut. Bangga dengan anak kecil itu.

Sedang mereka berbual, kelibat Fahim Wajdi menyapa pandangan mereka berjalan laju dengan tiga botol air mineral di pegangannya.

" Thia mana? " soalnya keras. Zara mengerut dahi. Thia? Thia ada kat sebelah je kot, takkan tak nampak.

"Thia ada kat sebel.." lidahnya kelu tanpa sempata dia menghabiskan ayat. Kerusi yang tidak berpenghuni di sebelahnya dipandang dengan pandangan cemas.

"Mana Thia Zara Medina?!!" kuat suara Fahim menjerkahnya membuatkan badan kecil Zara Medina terhenjut.

"Tadi dia ada dekat sini. Betul, saya tak tipu" menggigil suaranya menjawab pertanyaan Fahim Wajdi.

"Kalau tadi ada, sekarang dia pergi mana?!" soalnya menengking lagi. Terus air mata Zara Medina menitis. Terkejut bercampur dengan takut.

"Sa-saya tak tahu. Jom la kita pergi cari dia" dengan air mata, lengan Fahim Wajdi cuba diraih namun hanya tepisan yang dia terima.

"Kau ni kan, aku suruh jaga sekejap pun tak boleh nak harap.Cuai.kalau jadi apa apa dekat anak aku macam mana? Kau nak tanggung? Haishh"

"Bawa mengucap awak. Sabar, bertenang dulu" ujar Zara Medina lembut. Cuba menyabarkan hati Fahim Wajdi.

"Kau diam la! Yang hilang tu anak aku! Anak aku tau bukannya anak kau ! Kau tu cuma orang luar je!" tajam sekali kata kata lelaki itu membuatkan Zara Medina terdiam.

Hatinya bagai ditoreh dengan pisau, dirobek dan ditarik keluar dengan kasar. Terasa? Tipu la kalau dia tak terasa.

Orang luar. Ya, dia hanya orang luar dalam keluarga itu. Benarlah, selama ini Fahim Wajdi hanya menganggap nya orang luar. Patutlah, anaknya juga tidak diterima kerana anak dari seorang Zara Medina adalah orang luar.

Rupanya, Fahim Wajdi masih tidak boleh menerimanya. Sakit sebuah kejujuran, sakit lagi sebuah kebohongan. Rupanya, dia ditipu tanpa dia sedar. Dia ditipu bulat bulat dengan kata kata Fahim Wajdi pada malam itu.

Terima dia sebagai isteri? Semua bohong semata mata. Itu semua adalah dusta.

"Papa" Fahim Wajdi menoleh apabila suara kecil Fathia Rose memanggilnya.

"Bro!" bahu Fahim Wajdi ditepuk seseorang membuatkan wajah lelaki itu bercahaya.

" Adrian! Lama tak jumpa. Hai Hani, Hai Daniel" pipi kanak kanak kecil itu dicubit geram.

Zara Medina mengukir senyuman palsu dan menyalami tangan Hani Rania.

"Wife kau ke Fahim?" soal Adrian Firash.

"Ye, wife aku. Zara Medina" balas Fahim Wajdi acuh tak acuh.

"Wahh, kahwin tak ajak kita pun. Kan sayang? " usik Adrian Firash. Hani Rania mengangguk.

"Aku just akad nikah je. Tak buat majlis pun sebab aku busy ,tak sempat la bro. Insyaallah, nanti kalau aku buat aku jemput la kau "

"Okey, aku tunggu tu"

"Eh, macam mana anak aku boleh ada dengan kau?" soal Fahim ingin tahu.

"Ouh yang tu. Aku nampak dia kat sini tadi, lepas tu aku panggil la dia. Aku nampak wife kau khusyuk sangat bersembang dengan Farish, tu yang tak sedar tu. Lepastu dia cakap dia dahaga, aku pun ajak la dia pergi beli air. The end!"

Fahim Wajdi hanya mengangguk. Setelah beberapa ketika mereka bersembang, mereka mula berpamitan untuk pulang.

" Fahim, Thia. Mama nak pergi tandas kejap tau" pamit Zara Medina.

"Mama, Thia nak ikut juga" rengek Fathia.

Zara berpaling memandang Fathia.

"Thia nak buang air ke?"

Fathia menggeleng.

"Thia nak teman mama je" kata Fathia Rose.

Zara Medina tersenyum kecil. Rambut kanak kanak itu diusap.

"Tak pe Thia. Mama tak payah peneman pun. Nanti hilang pula. Thia dengan Farish tunggu dekat kereta dengan papa ye. Lebih selamat. Mama tak pandai jaga anak orang" terus kakinya melangkah ke arah tandas berhampiran.

Air mata yang menitis dikesat.  Kuat lagi ke dia untuk pertahankan cinta dia untuk lelaki itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aisha terhibur sebenarnya dengan komen korang tapi nak buat macam mana, jalan cerita dia memang macam ni.

#sila kecam Fahim lagi









Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now