BAB17🍄

42.7K 2.1K 53
                                    

Zara melabuhkan duduknya di atas katil di dalam bilik tidurnya dan Fahim Wajdi.

Rambut ikal mayangnya diikat tocang satu dan disanggul tinggi menampakkan leher jinjangnya.

"Mama!" serentak kedua dua anak kecil itu memanggil dirinya.

Zara tersenyum kecil memandang anak anaknya.

"Mama, bila kita nak pergi beli barang sekolah? Thia tak sabar nak masuk darjah 1"

"Betul tu mama. Farish  pun tak sabar. Papa janji nak belikan Farish beg ultraman kalau masuk darjah 1" si abang pula menyampuk.

"Nanti kita balik KL, kita ajak papa pergi beli barang sekolah ye? Mama pun tak sabar nak tengok Fahim dengan Fathia pergi sekolah" tangannya menggosok kepala kedua kepala anak kecil itu.

"Tapi bila nak balik KL? Fahim rindu nenek dengan atok. Fahim pun rindu nak main dengan Yolly " balas Fahim. Bibirnya mula memuncung.

"Ye. Thia pun rindu nak main dengan Olly yang comel tu"

Yolly, si kucing Parsi jantan manakala Olly, si kucing parsi betina yang dihadiahkan oleh Zara Medina kepada mereka sebelum cuti sekolah. Dua dua masih kecil.

Kanak kanak itu selalu merungut bosan apabila hari cuti dan kerana itulah Zara Medina menghadiahkan kucing kucing itu kepada mereka untuk dijaga.

Namun, tidak sangka mereka mahu menghabiskan masa di kampung dan kucing kucing itu terpaksa dihantar ke rumah ibu mertuanya untuk dijaga

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Namun, tidak sangka mereka mahu menghabiskan masa di kampung dan kucing kucing itu terpaksa dihantar ke rumah ibu mertuanya untuk dijaga.

"Farish dengan Thia sayang mama tak?" soal Zara Medina. Muka suci kanak kanak itu dipandang penuh sayang.

"Sayang la. Takkan tak sayang pula. Thia dengan abang sayang mama sangat sangat. Kan abang?"

Farish mengangguk laju apabila disoal oleh Fathia.

"Kalau mama cakap yang mama ni bukan mama Farish dengan Fathia macam mana?" soal Zara Medina. Sengaja menduga reaksi anak kecil itu.

"Kenapa mama bukan mama kita orang pula? Mama kan mama Farish sampai bila bila"  ada getaran dalam suara Farish

Fathia Rose pula keluar dari bilik itu tiba tiba menyebabkan Zara Medina terpinga pinga.

"Zara, kau cakap apa dekat Fathia ni?" soal Fahim Wajdi garang.

"Cakap apa? Mama cakap apa Thia?" wajah memerah Fathia Rose dipandang hairan.

"Mama cakap mama bukan mama Thia. Mama dah tak sayang Thia kan? Sebab Thia degil kan?" teresak esak Fathia Rose menjawab.

Zara Medina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Tak adalah. Mama gurau je sayang. Janganlah nangis. Tak cantik dah anak mama ni. Meh sini duduk dekat mama" lengan Fathia Rose ditarik dan didudukkan di atas ribanya.

"Zara, boleh tak jangan cakap benda yang merepek depan anak anak? Kalau kau tak puas hati dengan aku, cakap dengan aku. Tak payah nak hasut pemikiran anak aku. Kalau taknak jadi mama pada anak aku, cakap je,aku boleh cari mama baru untuk diorang".

Selamba Fahim Wajdi menutur ayat itu tanpa memikirkan perasaan Zara Medina namun timbul perasaan bersalahnya apabila muka Zara Medina mula berubah.

"Tak, saya takde niat macam tu pun . Saya ikhlas sayangkan diorang macam anak saya sendiri. Tapi, tak tahu la kalau awak yang tak ikhlas dengan saya selama ni"

Kening Fahim Wajdi mula berkerut.

"Farish dengan Thia pergi tidur ye? Dah malam ni" arah Fahim Wajdi.

"Apa kau cakap ni. Ikhlas tak ikhlas apa benda ni? Aku tak faham" duduknya dilabuhkan di sebelah Zara Medina.

"Tak ada apa lah. Saya mengantuk. Nak tidur" badannya mahu direbahkan di atas katil namun lengannya ditarik oleh Fahim Wajdi agar kembali duduk tegak.

"Sejak bila kau jadi macam ni? Sejak bila kau jadi kurang ajar macam ni? Aku tanya elok elok kan, kenapa susah sangat nak jawab?" suara Fahim Wajdi sudah naik seoktaf. Bengang dengan sikap Zara Medina.

Zara Medina sudah menikus. Takut.Zara Medina! Aku tanya ni kenapa tak jawab?!!" terangkat bahunya dengan jerkahan Fahim Wajdi.

Air matanya mula mengalir. Dia hanya menunduk bermain dengan jari jemari sendiri.

Fahim Wajdi meramas rambutnya sendiri. Kesal dengan sikap Zara sekarang ini.

"Okey okey. Aku minta maaf sebab marah kau. Tapi, boleh tak kau cerita dengan aku apa masalah kau sekarang ni? Aku tak suka la perangai kau sekarang ni"  suaranya sudah mula mengendur.

Air mata di pipi Zara Medina dilap dengan jarinya namun esakan Zara Medina masih kedengaran di cuping telinganya.

"Sampai hati awak buat saya macam ni kan?"

Fahim Wajdi memandang muka Zara Medina. Lama.

"Aku buat apa? Cuba straight to the point boleh tak? "

Esakan Zara Medina mula kedengaran lama.

"Kenapa awak tak pernah cakap yang awak tak ikhlas kahwin dengan saya selama ni?"

Fahim Wajdi mengeluh berat.

"Tapi, tu masalah kita. Kenapa nak kena libatkan anak anak kita dalam masalah ni? Diorang kecil lagi Zara. Diorang tak faham lagi semua benda ni. Kenapa kau nak kena timbulkan isu ni depan diorang?" kata Fahim Wajdi. Nadanya kedengaran cukup kecewa.

"Saya tak nak jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Farish dengan Fathia perlu tahu siapa ibu kandung diorang dan siapa saya ni sebenarnya. Saya ni cuma maid je dalam rumah tu. Saya ni bukan sesiapa pun" sayu suara Zara Medina. Air matanya merembes laju.

"Siapa cakap? Kau isteri aku, sekaligus kau jadi ibu kepada anak anak aku. Kau kenapa ni Zara? " cemas suara Fahim Wajdi.

Zara Medina menangis lagi. Kali ini air matanya makin laju mengalir.

"Tapi saya tak nak rampas kasih sayang diorang untuk Kak Adra. Saya taknak diorang lupakan Kak Adra"

"Siapa yang bagitahu kau semua benda ni? Selama ni, kau tak pernah macam ni pun. Kenapa tiba tiba kau jadi macam ni?" muka Zara Medina dipengang kemas. Matanya memandang mata berair Zara Medina.

Zara Medina menggeleng kepalanya perlahan.

"Saya tak perlu bagitahu awak siapa yang bagitahu saya semua ni sebab saya rasa apa yang dia bagitahu tu semuanya betul"

Fahim Wajdi mendengus kasar.

"Zara, aku rasa aku tahu siapa yang cakap benda ni dekat kau tapi, aku nak kau tahu yang semua benda yang dia cakap tu tak betul"

Zara Medina memandang muka Fahim Wajdi lalu senyuman kecil  diberikan kepada lelaki itu.

" Jadi, awak ikhlas kahwin dengan saya selama ni?"

Soalan Zara Medina benar benar memerangkapnya. Muka Zara Medina dipandang dengan serba salah.

Bersalah Bersalah dan bersalah.

Itu yang dirasainya sekarang namun, dia juga tak mampu nak lafazkan cintanya untuk Zara Medina.

Dia tak sanggup nak duakan Adra namun dalam masa yang sama dia sayangkan Zara Medina. Tamak? Ye, dia memang tamak.

"Takpe la Fahim. Saya dah tahu jawapan awak. Saya tidur dulu,goodnight" badannya dibaringkan membelakangi lelaki itu. Selimut ditarik dan air matanya automatik merembes kembali.

Kata kata Tina siang tadi berlegar legar di kepalanya. Benar sekali kata Tina, Fahim Wajdi tak ikhlas.

Vote+komen ye👌

Zara Medina [COMPLETE]✔Onde histórias criam vida. Descubra agora