BAB27🍄

49.9K 2K 135
                                    

Seawal jam empat pagi, Zara Medina sudah bangun dari tidur untuk membantu opah.

Hari ini, dia terlebih excited. Maklumlah,hari pertama buka gerai.

Mereka hanya menjual nasi lemak dan beberapa jenis kuih muih. Hari pertama,kena tengok dulu sambutan macam mana. Kalau okey, esok boleh buat banyak banyak.

"Dah siap ke opah? Zara angkut pergi dekat depan eh?" ujar Zara Medina. Di tangannya terdapat beberapa bekas yang sudah terisi kuih muih.

"Dah, jom" pintu rumah dikunci oleh opah dan mereka terus berjalan ke depan rumah. Walaupun depan rumah je, keselamatan kena utamakan. Pintu rumah kena kunci juga.

Sekarang ni, orang jahat merata rata.

Seawal jam 6:30 lagi, ada beberapa orang sudah memenuhi gerai makanan mereka. Ada budak sekolah, ada yang baru nak pergi kerja.

Melihat kanak kanak yang datang dengan basikal untuk ke sekolah membuatkan aidr mata Zara Medina bergenang. Ya tuhan, dia rindukan keluarganya.

"Assalamualaikum opah. Wah, buka gerai tak bagitahu pun kan?"

Zaki. Anak ketua kampung daN merupakan salah satu pemuda yang agak rapat dengan opah.

"Waalaikumussalam. Aku baru cuba cuba je ni. Kalau laku, alhamdulillah kalau tak, aku anggap je takde rezeki aku" balas opah selamba.

Zara Medina hanya diam. Tiada masa mahu menyampuk perbualan antara opah dan pemuda itu. Kenal pun tak.

Namun, dia mengangkat muka apabila terasa dirinya diperhati.

"Hai, saya Zaki. Awak ni mesti cucu opah kan?" tangan dihulur untuk bersalaman namun  hanya dipandang sepi oleh Zara Medina. Hanya senyuman kecil yang dihadiahkan untuk lelaki itu.

"Zara" sepatah sahaja dia menjawab. Tak ada masa nak layan lelaki lain. Dia sedar, dia masih lagi memegang status sebagai isteri Fahim Wajdi.

"Cantik nama awak. Sesuai la dengan awak. Dua dua cantik"

Opah berdehem kuat membuatkan Zaki terdiam.

"Kau nak beli apa Zaki? Kalau datang sini sebab nak mengorat cucu aku, baik tak payah. Dia dah kahwin"

Zaki tersengih malu. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Sorry opah. Saya tak tahu dia isteri orang. Tapi kalau kita berkawan boleh kan?" muka Zara Medina dipandang.

Zara Medina tersenyum kecil lalu kepalanya diangguk beberapa kali.

Nak berkawan, tak salah kan?

°°°°°°°°°

Fahim Wajdi melabuhkan duduknya di atas sofa di ruang tamu. Wajah abi dan uminya yang sedang menonton televisyen dipandang silih berganti.

"Umi,abi boleh Fahim minta tolong sikit tak?" dia memulakan perbualan.

Hajah Fauziah memandang wajah anak tunggalnya itu. Jelas sekali keadaan Fahim tidak terurus. Rambut panjang tidak dipotong, janggut dan misai berserabut dan badannya juga sudah mula susut.

Keadaanya ibarat orang mati bini sahaja padahal baru seminggu Zara Medina hilang dan sudah seminggu juga Fahim Wajdi tidak makan. Hanya berkurung di dalam bilik. Kerja juga tidak pergi.

Anak anaknya hanya diuruskan sepenuhnya oleh Hajah Fauziah.

"Nak minta tolong apa Fahim? Kalau abi boleh tolong, abi akan  tolong. Insyaallah "

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now