BAB33🍄

50.1K 2K 90
                                    


"Abi ada cadang nak buat family day untuk staff syarikat kita " ujar Haji Razak apabila mereka sekeluarga minum petang di gazebo pada petang itu.

Kini, sudah sebulan lebih kejadian itu berlaku dan Fahim Wajdi juga juga sudah sihat namun tidak la sepenuhnya.

Zara juga sudah memaafkan arwah abahnya yang sudah pergi menghadap ilahi. Kesian juga dengan wanita itu apabila dia tidak dibenarkan melihat dan mengucup jenazah abahnya untuk kali terakhir dan semua proses diuruskan oleh pihak hospital.

Jenazah sudah uzur, lagi pula abahnya meninggal kerana HIV. Bimbang terkena dan berjangkit dengan orang lain pula. Lain la pihak hospital yang ada segala kelengkapan untuk memandikan dan mengkafankan jenazah dalam keadaan begitu.

Kandungan Zara Medina juga sudah masuk empat bulan. Sekejap je masa berlalu, kini perut Zara Medina sudah makin besar. Farish dan Fathia pula bukan main semangat dan teruja sekali nak dapt adik baru.

Jangankan kata anak. Bapaknya pun sama. Hari hari bercakap dengan baby dalam perut mama.

" Nak buat dekat mana? Langkawi nak?" cadang Fahim. Bukannya nak pergi sangat tapi hari itu, Zara Medina ada menyuarakan keinginan untuk ke Langkawi.

Katanya nak beli coklat banyak banyak. Lepastu nak borong pinggan mangkuk. Dia juga nak melawat ke makam mahsuri dan tasik dayang bunting.

Orang kata, kalau ke tasik dayang bunting dan minum air tasik itu, boleh mengandung. Sebab tu la wanita itu sangat teruja untuk ke sana tanpa dia sedar satu hakikat.

Diri sendiri pun dah bunting! Dan dia terlupa lagi yang Fahim Wajdi yang membuntingkan dia. Hikss

"Awak macam mana? Okey tak? Kita pergi naik bas dengan semua pekerja syarikat kita " soal Haji Razak meminta pendapat dari Hajah Fauziah.

Wanita tua itu mengangguk namun mukanya jelas menunjukkan riak kerisauan.

"Saya okey je. Tapi Zara boleh ke naik bas lama lama? Dia pregnant. Takut tak selesa je"

Zara memandang muka Hajah Fauziah lalu senyuman kecil diukirkan buat wanita itu.

"Zara okay umi. Tak kesah pun. Asalkan anak anak selesa"

"Kitaorang tak nak ikut. Nak duduk dengan oyang dekat kampung " Farish Wajdi yang sedang mewarna di meja kopi tiba tiba mencelah.

"A'ah. Kitaorang nak duduk rumah oyang. Rumah oyang best. Pergi Langkawi tak best" sokong Fathia Rose pula.

Fahim Wajdi memandang muka anak anaknya lama sebelum muka Zara Medina yang elok bersandar di badannya pula dipandang.

"Tapi papa pun nak ajak oyang pergi Langkawi" katanya.

"Abang dah tanya opah ke? Dia nak pergi juga? Wahh, bestnya " bersinar sinar mata Zara Medina. Teruja benar gayanya apabila menyebut nama opah.

"Belum lagi. Tak tahu la opah nak pergi atau tak. Opah tu susah sikit nak berjalan. Asyik duduk rumah je. Sibuk memanjang" kata Fahim Wajdi. Bahu Zara Medina dipeluk dan diusap usap. Sayang benar dengan wanita itu.

Gerai kuih muih yang diusahakan oleh Zara Medina dulu semakin mendapat sambutan oleh penduduk kampung. Tapi opah tidak perlu susah payah membuat segala jenis makanan kerana kuih muih disitu dihantar oleh penduduk kampung.

Gerai itu juga dijaga oleh Zaki. Opah hanya duduk dan tengok sahaja. Selebihnya, Zaki yang uruskan semuanya.

Segala duit keuntungan hasil jualan juga diserahkan kepada Zaki. Kesian, budak tu dah la tak kerja. Biarlah dia ambil duit untung yang tidak seberapa itu. Maklumlah, dia hanya mendapat komisen atas setiap kuih.

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now