BAB13🍄

43.2K 2.1K 431
                                    

"Zara" panggil opah.

Zara Medina yang baru menuruni anak tangga dapur menoleh ke arah opahnya di meja makan.

Dia berjalan perlahan menghampiri opahnya dan automatik tangannya bergerak memotong bawang.

"Kenapa opah? Zara ada buat salah lagi ke?" tangannya masih lagi memotong bawang namun suaranya sudah kedengaran sedikit getaran.

Opah tersenyum kecil sebelum tangan tuanya naik mengusap rambut ikal mayang milik Zara Medina.

" Kau bahagia dengan Fahim?" soal opah. Zara memandang muka tua opahnya. Lama.

"Bahagia. Kenapa?" soal Zara Medina. Sebak sudah mula bertandang di hatinya. Janganlah opah suruh Fahim Wajdi ceraikan dia.

" Kau sayangkan dia kan?"

Zara Medina mengangguk perlahan. 

"Tapi dia tak sayangkan Zara pun. Dia masih sayangkan arwah Kak Adra" balasnya senada.

Entah kenapa,dia begitu berani meluahkan rasa hatinya kepada orang tua itu.

"Kau ni memang betul betul naif kan? Kau tak sedar ke yang selama ni, laki kau tu sayangkan kau? Tapi laki kau tu agungkan sangat ego dia sebab tu dia layan kau nak tak nak je. Nak kena hempuk agaknya budak tu" bebel opah. Zara Medina tergelak kecil.

Benar kata Fahim Wajdi,opahnya itu sangat baik namun sangat garang. Namun ,dia sedikit pun tidak kisah. Lebih baik mengata di depan daripada menjadi talam dua muka. Berpura pura baik di depan sedangkan di belakang, sedap mengata yang bukan bukan.

"Aku nak kau balik ni, kau goda dia. Kalau dia keras macam batu, kau kena la cairkan. Kalau jadi perempuan gedik pun takpe, depan suami sendiri je. Aku nak, bila lai balik sini nanti, perut ni, dah berisi. Boleh?"

Zara Medina menelan air liur. Berisi? Maksudnya mengandung? Kalau nak mengandung,maknanya dia dengan Fahim Wajdi kena, erghh tak nak sebut la.

"Tapi macam mana? Zara tak pandai bab bab macam ni opah" kepala yang tidak gatal digaru. Muka tidak bersalah ditanyangkan.

" Tu pun tak tahu ke? Kau beli la baju seksi seksi untuk goda laki kau. Jadi kucing miang pun takpe la, untuk suami sendiri tak berdosa. Orang lelaki ni macam kucing jantan la,pantang nampak ikan segar terliur la. Laki kau pun sama je tu. Kalau tak,takkan la dia nak buat benda tak senonoh dekat kau masa dia tengah mabuk kan? Kau ni yang  bertudung litup dia dah terliur, apatah lagi yang terdedah sana sini" panjang lebar opahnya berceramah.

"Opah tahu pasal Zara dengan Fahim?" mukanya jelas terkejut dengan kata kata opahnya.

"Tahu sebab aku tak yakin kau yang goda Fahim tu sebab aku tengok kau ni tak macam tu pun. Lurus, lembut je. Sejuk mata memandang. Jadi, aku paksa Fahim cerita apa yang jadi. Sebab tu aku nak suruh kau mengandung sebab kalau benih dia dah bercambah dalam rahim kau, dia akan ada rasa tanggungjawab dekat kau dan dia tak boleh ceraikan kau sewenang wenangnya"

"Opahh..." panggil Zara Medina meleret. Air mata usah dicakap la, memang dah turun tiga baldi. Terharu betul dengan kata kata opah.

Terus tubuh tua itu dipeluk erat. Teresak esak Zara Medina menangis di dada wanita tua itu.

"Zara ingat opah tak suka Zara. Zara minta maaf sebab buruk sangka dengan opah selama ni"

"Aku pun minta maaf juga dengan kau. Aku tahu, aku dah melampau dengan kau tapi tu la cara aku nak uji kau. Nak uji keikhlasan kau" tangannya naik mengesat air mata di pipi tuanya.

Malu woi kalau orang nampak.

" Ada reunion ke ni berpeluk bagai ni? " suara Fahim Wajdi mengejutkan mereka berdua.

"Kau ni pengotor betul kan Fahim? Pergi mandi,gosok gigi dulu baru datang sini. Busuk" tubuh Fahim Wajdi ditolak kasar oleh opah.

Mengaduh kuat lelaki itu. Sakit Betul cubitan mak ketam tua ni

__________________________

Bonet kereta ditutup setelah semua bagasi mereka dimasukkan ke dalam nya.

"Betul ke Fahim dengan Thia taknak balik ni? Betul nak duduk dengan oyang? Nanti rindu mama papa tak bertanggungjawab tau" ujar Fahim cuba menakutkan anak anaknya namun hampa, mereka berdua masih menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Hati kau keras Roy!

"Betul la kitaorang tak nak ikut balik. Lagipun opah cakap, kitaorang tak boleh kacau mama dengan papa nanti tak dapat baby. Kitaorang nak baby" lancar sekali Fathia Rose membalas.

Mata Zara Medina membulat memandang opahnya yang ketawa di bawah pangkin. Mukanya berbahang malu. Opah, cakap tak bertapis langsung!

"Oo,korang nak baby ke? Kenapa tak cakap? Kalau papa tahu, dah lama papa beli kat supemarket. 3 ketul baby yang rambut kerinting tu rm10. Fahim satu, Fathia satu, opah satu" Fahim Wajdi cuba membuat lawak untuk menutup kegusaran di hati namun dia seorang sahaja yang ketawa. HAMBAR!

"Aku nak cicit lagi Fahim. Bukannya yang beli dekat pasar. Aku nak cicit yang kau dengan Zara buat sendiri" kata opah diiringi gelak tawa mengusiknya.

Bertambah merah muka Zara Medina. Malu !

"Dah la opah. Kalau layan opah ni, sampai ke subuh esok tak habis. Jom Zara kita balik" terus tangan opahnya,Fahim Wajdi salam dan cium lembut. Tidak lupa juga kedua dua pipi wanita tua itu dicium.

Kakinya melangkah ke arah anak anaknya pula.

"Duduk baik baik dekat sini. Jangan nakal nakal. Jangan susahkan oyang pula. Kalau nak balik,call papa tau. Nanti papa datang ambil" dahi anak anaknya itu dicium beberapa kali lalu masuk ke dalam kereta.

" Zara balik dulu opah" tangan opah disalam dan dicium. Tubuh tua itu juga dipeluk erat.

" Ingat pesan aku. Jadi kucing siam,goda laki kau tu"

Zara Medina memandang muka opahnya lama.

"Tapi Zara malu"

"Kalau kau tak mengandung masa balik sini, kau dengan Fahim dua dua tidur kat pangkin" tegas sekali bunyinya

Zara Medina menelan air liur kasar. Takut!

Selepas bersalaman dengan anak anaknya,terus kereta mewah itu meninggalkan perkarangan rumah kayu itu.

Zara Medina jangan cakaplah,air mata dah meleleh keluar. Sayang nak tinggalkan anak anaknya sedangkan kanak kanak berdua itu bukan main seronok lagi dapat tinggal lebih lama di kampung.

________________

Question: Group korea kegemaran korang dan ahli kegemaran korang.

Me:Got7 (Jackson wang)

*Jangan lupa follow Aisha


Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now