BAB8🍄

44.5K 2.3K 161
                                    

Zara Medina membuka mata apabila bunyi bising di luar biliknya mengejutkannya dari lena. Jarum jam yang tergantung di dinding biliknya itu dipandang. 3 pagi!

" Apa pula la Fahim buat kali ni" rungutnya sendirian. Rambutnya yang hitam pekat itu diikat. Serabai sangat!

"Fahim,awak buat apa tu? Kenapa tak buka lampu?"

Soal Zara Medina selamba namun mulutnya ternganga besar apabila matanya dijamu dengan seorang lelaki yang memakai topeng.

" Awak siapa?" suaranya sudah bergetar.

Lelaki itu yang sedari tadi sibuk menggeledah ruang dapur itu berpaling menghadapnya.

"Cantik! Rezeki aku kot malam ni" kata lelaki itu sinis. Zara Medina pula sudah menangis. Tangannya terketar ketar.

"Awak nak apa ni? Kalau awak nak duit, ambillah duit saya tapi tolong jangan apa apakan saya. Saya merayu" langkahnya sudah semakin terundur ke belakang apabila lelaki itu bergerak mendekatinya.

"Lelaki bodoh je yang akan lepaskan perempuan secantik kau" ketawa lelaki itu mula kedengaran manakala air mata Zara Medina semakin lebat.

" Fahimm!! Tolong saya"  serentak itu nama Fahim menjengah ke kepalanya dan mulutnya laju menyebut nama lelaki itu meminta tolong.

"Diam perempuan!" lengan Zara Medina dicengkam kuat sebelum wanita itu merintih kesakitan.

" Taknak. Fahim!! Tolong saya Fahim!!"

Namun tidak semena mena pipinya terasa pijar. Badannya ditolak jatuh ke atas katil apabila dia sudah diheret masuk ke dalam bilik.

Zara Medina pula semakin meronta ronta namun tidak semena mena bajunya dikoyak kasar oleh lelaki itu.  Tangan lelaki itu pula sudah mahu membuka simpulan kain batiknya

"Jangan !! Jangan!!" semakin kuat Azara Medina meronta namun rontaannya berhenti apabila lelaki itu sudah tiada di hapannya.

Matanya dibuka perlahan.  Kelihatan lelaki itu sudah teruk dibelasah dan terkulai di atas lantai.  Zara Medina teresak esak menangis. Selimut tebal diambil lalu tubuhnya yang terdedah itu  ditutup.

Air matanya laju mengalir. Malu, sangat malu!

Fahim Wajdi mengangkat muka memandang wajah Zara Medina yang ada di dalam selimut. Rambut wanita itu sudah serabai dan muka wanita itu ada beberapa kesan lebam. Bibirnya juga sudah pecah. Mungkin dipukul oleh lelaki durjana itu.

Terus kakinya dibawa menuju ke arah katil.  Zara Medina pula semakin mengesot ke belakang. Bayangan lelaki durjana itu bermain di matanya. Bagaimana lelaki itu menamparnya. Bagaimana lelaki itu membuka bajunya dengan rakus. Bagaimana lelaki itu meraba tubuhnya. Jijik, sangat jijik!

"Taknak, jangan " rintihnya perlahan. Badannya sudah bergesel dengan kepala katil. Kepalanya digeleng beberapa kali. Selimut digenggam kemas. Air matanya pula semakin lebat membasahi setiap lekuk pipinya.

" Zara,  ni aku la Fahim. Jangan la takut. Aku suami kau " lembut sekali Fahim Wajdi memujuk.  Rambut Zara Medina diusap beberapa kali.

Namun,dia tersentak hebat apabila badannya dipeluk kemas oleh Zara Medina. Tangisan wanita itu terus berlagu kembali.

"Fahim.. takut" Fahim Wajdi mula mengetap giginya kembali.  Lelaki yang sudah nyawa nyawa ikan dipandang dengan perasaan marah.

" kau tunggu lelaki bangsat! Aku dah call polis, kau tunggu la nasib kau macam mana" sinis sekali nada Fahim Wajdi. Sebenarnya, dia sudah melihat rakaman cctv ketika lelaki itu menggeledah cuba rumahnya namun dia hanya menghiraukan. Namun, tidak sangka pula lelaki bangsat ini berani menganggu isterinya.

Zara Medina [COMPLETE]✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon