BAB15🍄

43K 2K 154
                                    

"Stop!!"

Zara Medina mengangkat muka memandang ke arah tuan empunya  suara itu. Matanya mula kabur apabila muka bengis Fahim Wajdi menyapa pandangan matanya.

" Kenapa kecoh kecoh ni? Korang ingat pejabat ni pasar malam ke? Ataupun gelanggang tinju yang korang nak bergaduh?" kuat suara Fahim Wajdi menengking.

Ketiga tiga wanita itu menunduk.

"In my room. Now!" arahnya tegas. Zara Medina yang terduduk di atas lantai di dekati lalu wanita itu diangkat berdiri.

"Jom masuk bilik aku basuh muka" katanya lembut. Tangan Zara Medina dipimpin namun matanya tajam memandang ke arah Sally dan Shia.

Tiada sekelumit senyuman di wajah Fahim Wajdi apabila dia melabuhkan duduknya di atas kerusi. Sally dan Shia menunduk. Takut!

Zara Medina di atas sofa dipandang.

"Tunggu kejap dekat situ. Aku nak buat perhintungan dengan perempuan ni. Nanti kita balik"

Zara Medina hanya mengangguk kecil. Gerun dengan Fahim Wajdi sekarang ini.

"Explain!"

Sally dan Shia berpandangan sesama sendiri. Dia tidak pernah nampak lelaki itu menyeramkan seperti sekarang.

" Tadi, I buat kerja lepastu,perempuan ni datang nak jumpa you lepastu..." kata katanya tidak dapat dihabiskan apabila Fahim Wajdi mengangkat tangannya isyarat berhenti.

"Kau ingat kau bercakap dengan kawan kau ke nak I U bagai. Geli la. Aku bos kau tau, tak reti nak hormat? "

Shia meneguk air liur. Garang!

"Saya minta maaf. Saya sambung ye. Lepastu, dia nak jumpa bos tapi saya tak bagi sebab saya takut bos buzy. Tiba tiba perempuan kolot ni mengamuk lepastu tampar saya. Sally nak cuba leraikan tapi dia marah Sally dan Dia tolak Sally.Sebab tu la Sally geram dan tuang sup atas kepala dia.

" betul bos. Kami tak tipu" sampuk Sally pula.

Fahim Wajdi tersenyum sinis.

"Oo macam tu? Kau ingat aku bodoh? Kau ingat pejabat ni tak ada CCTV ? Dah la,aku dah tak nak dengar apa apa alasan lagi. Sekarang ni, kau orang berdua keluar,kemas barang dan balik. Mulai hari ini, korang berdua aku pecat!" suara Fahim Wajdi memenuhi bilik itu.

"Tapi bos.."

"Takde tapi tapi. Ada aku suruh korang bagi alasan ke? Aku cakap keluar kan? Pekak ke?"

Terkocoh kocoh wanita itu keluar dari pejabat Fahim Wajdi.

"Kenapa pecat diorang? Kesian diorang. Mana lagi diorang nak kerja lepasni" kata Zara  Medina.

"Kau diam! Kau pun sama je. Menyusahkan betul! Kenapa datang sini?" matanya mencerlung memandang Zara Medina.

"Saya datang nak ajak awak lunch. Kebelakangan ni awak busy sangat,sebab tu saya datang sini" jawab Zara Medina.

Fahim Wajdi meramas rambutnya beberapa kali.

"Lain kali, tak payah datang sini. Orang tak tahu status kita, nanti kalau timbul fitnah, nama syarikat ni buruk, syarikat ni lingkup, kau nak tanggung? Kau nak bayar ganti rugi?"

Zara Medina menggeleng beberapa kali. Entah kenapa,matanya terasa panas apabila mendengar kata kata dari Fahim  Wajdi.

"Saya minta maaf. Lain kali saya tak buat lagi. Saya cuma nak lunch dengan awak je, sebab awak selalu busy. Saya minta maaf,saya lupa satu perkara. Saya lupa  yang saya ni cuma isteri simpanan awak je selama ni " ujarnya sebak. Air matanya di lap cepat. Bimbang lelaki itu perasan.

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now