BAB26🍄

51K 2.2K 114
                                    

Fahim meraup mukanya berkali kali. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi namun matanya masih tidak mahu terpejam.

Dia rindu, dia rindu Zara.

"Zara, kau kat mana? Baliklah jumpa aku ni, aku rindu kau"

Air mata yang mengalir dibiarkan. Kalau dengan menangis dapat mengembalikan Zara Medina, dia sanggup.

Wajah Zara Medina, suara Zara Medina dan segala galanya tentang Zara Medina melayang layang di mindanya.

Matanya tertacap ke arah almari kayu milik wanita itu.

Zara memasukkan baju bajunya ke dalam almari kayu itu sambil mulutnya bernyanyi kecil.

"Fahim, lipas! Arghhh" bergema bilik itu dengan jeritan dari Zara Medina.

Kakinya melompat ke atas katil di sebelah Fahim Wajdi. Lengan lelaki itu dipegang erat.

Fahim Wajdi ketawa kecil. Muka ketakutan Zara Medina dan lipas kecil yang tidak bergerak dipandang silih berganti.

"Fahim, tolong la buangkan. Saya takut" lengan sasa Fahim digoyang goyang.

"Pergi la buang sendiri. Tu pun nak takut ke?"

Zara membuat muka geli.

"Eee, macam mana boleh ada dekat situ? Selama ni takde pun lipas la, apa benda la. Tiba tiba je hari ni ada Dekat situ"

terjuih juih mulut Zara Medina membebel.

Fahim mengalah. Kaki dihayun ke arah almari lalu lipas itu diangkat tinggi menggunakan dua jari.

"Zara, kau nak tahu tak sebenarnya kan, lipas ni, lipas plastik je " terus lipas itu dicampak ke atas katil. Lintang pukang Zara Medina turun mendapatkan suaminya.

Bahu Fahim Wajdi dipukul lembut. Tak boleh kuat kuat, sayang.

"Eee Fahim, jahat la dia ni" bergema bilik itu dengan suara Zara Medina.

Fahim Wajdi ketawa kuat. Suka benar dapat mengenakan wanita itu.

Lamunannya terhenti apabila terasa henyakan pada katil.

Fahim Wajdi memandang muka anak anaknya lalu ciuman dilabuhkan di ubun ubun kanak kanak itu.

"Papa,Farish rindu mama. Mama pergi mana?" soal Farish Wajdi.

Fathia Rose mengangguk mengiyakan.

"Betul tu. Thia pun rindu mama juga. Kenapa papa tak sayang mama? Kalau tak,mama mesti tak tinggalkan kIta"

kata kata Fathia Rose membuatkan Fahim terkedu.

Tidak sangka, anaknya yang batu berusia tujuh tahun tahu akan pergolakan rumah tangga mereka.

"Kenapa papa tak sayang mama? Farish sayang mama. Mama baik. Mama tak pernah marah Farish dengan Thia. Mama masak sedap. Farish rindu nak makan kek yang mama selalu buat tu"  Farish Wajdi merebahkan badan di atas peha papanya. Fathia juga begitu.

Fahim mengeluh. Rambut anak anaknya diusap sayang. Timbul perasaan kasihan apabila melihat anak anaknya begitu.

Anak anaknya baru mendapat kasih sayang seorang ibu tapi, dia yang menghancurkan segalanya.

"Farish dengan Fathia sabar tau. Bila solat, doa banyak banyak. Papa yakin, nanti kita mesti boleh jumpa mama balik"

Itu pun kalau Zara Medina sudi maafkan dia lagi.

Zara Medina [COMPLETE]✔Where stories live. Discover now