01 • Neraka

59 22 1
                                    

° Ellise Vernile °

Aku terbangun mengejut.

Dadaku masih berombak kecang, sesak.

Kedua-dua belah tangan aku letakkan di kepalaku yang berpinar dan berdenyut. Sakit. Benar-benar sakit. Peluh meleret di dahi.

Aku menarik nafas panjang dan memerhati keadaan sekeliling. Bilik tidur. Lega.

Kejadian tadi seperti nyata. Namun aku bersyukur ia hanyalah igauan buruk yang aku lalui pada setiap malam.

Dan setiap kali aku terjaga, semangat aku hilang. Aku lemah.

Aku sering dihantui mimpi ngeri sebegitu sejak kecil sehingga kini, genap 18 tahun. Dan sepanjang 18 tahun itu jugalah makhluk besar yang aku kenal sebagai 'Blakugos' itu tidak serik mengejar aku.

Seperti ada sesuatu yang ingin ia sampaikan. Namun, aku tidak mudah terpedaya. Walau aku mengaku bahawa ada terselit rasa ingin tahu dalam dada.

Lamunan ku terhenti tatkala ada suara menangkap masuk ke telinga.

"Ellise, sarapan dah sedia!" Kedengaran suara nenek dari dapur bawah.

Nenek Gwen, nenek yang menjaga aku sejak aku kecil, setelah ibu bapa aku mengambil keputusan untuk tinggalkan aku. Ya, mereka memang teruk sebab tak pernah peduli tentang aku sejak aku dilahirkan. Entah siapa pun aku tidak kenal mereka.

Aku bangun sambil menggeliat lalu menuju ke bilik mandi. Sarapan sudah sedia, tetapi aku masih belum bersiap. Aku terus membersihkan diri secepat yang mungkin.

Usai bersiap, aku melangkah turun. Tidak menjamah langsung sarapan yang dihidang, aku terus keluar dari rumah dan mencapai kasut. Sempat aku meminta izin dan berdoa pada Herma God di sebelah agar terpelihara daripada malapetaka, sebelum memulakan perjalanan.

Tamatnya hujung minggu, pelajar kembali menuntut di sel-sel neraka. Neraka yang aku maksudkan ialah sekolah. Ya, siapa saja yang tidak membenci sekolah?

Perjalanan ke neraka memang agak jauh. Aku bukanlah kaya mana untuk menggunakan kereta. Tidak.

Dan ya, sudah pasti Sir Anac, guru bidang Neuro-science itu berang dengan kehadiran aku yang sering kali lewat. Lihat sahaja wajahnya ketika aku masuk ke kelas.

* * *

"Have a sit, Miss Vernile. You're so 'early' today though." Ujar Sir Anac dengan sinis, tatkala melihat aku di depan pintu.

"At least aku datang." Balas aku dengan nada berbisik, sebelum menuju ke tempat duduk aku.

"Okay, class! Untuk up-coming project bulan ni, kamu perlu bekerja secara berpasangan. Dan kamu semua akan berkolaborasi dengan pelajar-pelajar dari Vanguard Senior High School." Ayat yang keluar dari mulut Sir Anac membuatkan para pelajar dalam kelas agak teruja.

Vanguard HS ialah antara sekolah yang terdekat dengan Hawthorn HS. Selalunya kedua-dua sekolah akan berkolaborasi dalam 'big-project' setiap tahun untuk para pelajar senior.

Projek kali ini adalah projek kali terakhir untuk tahun ini. Sudah pasti semua pelajar berusaha untuk mendapatkan markah terbaik untuk final year sebelum melangkah ke alam selepas persekolahan.

Ugh, kerja projek lagi? Benda ni lah yang paling buat aku meluat untuk buat bersama orang lain. Semua pasangan yang pernah aku dapat satu pun tidak berguna!

Jika kau faham maksud aku.

"Come in!" Arah Sir Anac sebelum 30 orang pelajar Vanguard HS masuk ke kelas.

"Kamu semua boleh mula pilih pasangan. 5 minit untuk suai kenal, kemudian saya akan beri penerangan lanjut."

Dan pelajar-pelajar kelas aku sudah mula tergedik-gedik mendapatkan pelajar lelaki yang boleh dikatakan 'hot' untuk dijadikan pasangan. Ya, aku mengaku ramai dalam kalangan mereka memang menarik perhatian.

Aku pula? Hanya membatu di tempat duduk. Tidak kisah jika dipasangkan dengan siapa. Asalkan yang berguna dan boleh di-
Kerusi di sebelah aku ditarik. Dan seorang lelaki yang agak tinggi terus melabuhkan punggung di sebelahku.

Dengan hoodie hitam yang menutup kepalanya yang tertunduk ke bawah itu, memang aku tidak dapat melihat wajahnya.

Haruslah aku tegur dulu, bukan?

"Ermm, hai. Aku Ellise, Ellise Vernile. Harap kau dapat beri kerjasama dalam menjalankan tugasan. Dan nama kau?" Aku menghulurkan tangan.

"Damien." Sepatah kata dia ucapkan. Lelaki itu terus menyumbat earphone ke dalam telinga dan menelengkup wajahnya ke meja. Salam tanganku langsung tidak disambut.

The hell? Macam tu saja?

"Okay, class! Let's move. We're going to start now."

Semua perhatian dialihkan pada Sir Anac. Tetapi tidak Damien, dia hanya diam membatu di situ.

* * *

"And that's all. Harap kamu semua dapat siapkan this project before deadline."

Sir Anac melangkah keluar dari kelas diikuti dengan pelajar lain. Aku cuba meneliti nota-nota yang telah aku catat. Agak rumit juga projek kali ni.

Kami perlu laksakan kajian tentang gangguan psikiatri seperti Paraphrenia dan Schizophrenia yang sering kali terjadi dalam kalangan remaja masa ini. Ya, menarik, cuma memerlukan banyak sumber, fakta, maklumat data, dan model digital. Ugh, nice sangat.

Aku menoleh ke sebelah.

"Damien..?" Aku memanggil. Dua tiga kali juga.

Barulah Damien mengangat muka. Eh?

God, muka dia putih pucat! Dia sakit ke?

Tanpa menghiraukan aku, dia mencapai beg hitamnya di kerusi lalu bangun untuk beredar keluar.

"Damien!"

* * *

The BLAKUGOSWhere stories live. Discover now