02 • Panas

53 20 3
                                    

"Apa cadangan kau untuk permulaan kajian tu?" Ellise bertanya dengan teruja. Strawberry milk di tangannya disedut dengan straw kecil.

"Cadangan apa?" Damien menyoal kembali. Matanya tidak lepas memandang telefon di tangan. Tidak pernah menoleh ke arah Ellise.

"Ish, projek tadi lah." Aku memandangnya geram. Sah sah dia tidak dengar sepatah apa yang diterangkan oleh Sir Anac tadi. Aku dah dapat hidu bau kegagalan dalam projek ni.

"Perlu ke aku terangkan untuk kau?" Aku bertanya sambil mengangkat kening, menunggu jawapan daripada mulut Damien yang aku sudah dapat agak.

"Nope. Aku dah record tadi. Esok aku bagitahu rangka kasar untuk semua benda tu. Maklumat semua tu kau boleh kumpul dulu dari mana-mana sumber. Weekend nanti kita bincang."

Wow, amazing. Tak pernah aku dapat rakan kerja sebagus ini.

"Oh, o-okay then. Em, boleh aku dapatkan email dan nombor kau?" Aku bersuara selepas terdiam seketika.

Damien berpaling, dia menatap wajah kecil Ellise tajam.
"Are you trying to flirt?" Dia bertanya.

"Hell no! Aku nak hantar maklumat tu melalui e-mail kau lah!" Euw, sorry sikit eh. Takdenya aku nak mengurat kau.

"Lepastu nak ambil kesempatan untuk mengurat aku?" Damien tanya lagi.

"A big no, okay!"

Damien tak membalas. Terdengar ketawa sinis dari bibirnya. Dikoyakkan kertas kecil pada buku lalu dicatat nombor telefonnya. Kertas itu kemudiannya dilipat kecil dan dihulurkan pada aku.

"See you on weekend." Damien bangun, berura untuk beredar.

Aku tak membalas. Kertas kecil tadi aku lihat. Tertera sebaris jujukan nombor lengkap beserta nama dan e-mail Damien.

Aku mencapai telefon dalam poket lalu menyalin semula nombor tersebut ke dalam telefon. Aku simpan nombor itu dengan nama 'Dami'.

Dami?

Ya, Dami.

Nama anjing peliharaan aku dahulu. Selepas kematian Dami, aku tidak pernah memiliki belaan lain.

Ah, rindunya.

* * *

Damien melangkah laju. Sungguh, dia tidak suka panas terik matahari. Hanya hoodie sahaja menjadi pelindung kepadanya. And sure, it was extremely hot!

Cuaca panas memang leceh bagi dirinya.

"Boy, you okay?" Seorang makcik tua di sebelah menegurnya. Kerutan di dahinya menunjukan dia risau apabila melihat kulit muka Damien yang semakin kemerahan.

"Totally fine, no worry." Damien mula tidak selesa. Rasa pedih dan panas pada kulit semakin kuat.

I need to go home. Now!

Selepas 20 minit berjalan dalam keadaan berpeluh, barulah dia tiba di rumah. Terus dia meluru masuk ke bilik dan mengambil nafas seketika.

Damien membuang hoodie dari badannya dan dicampak ke katil. Diselak-selak lengan kanan dan kirinya yang merah. Dia mendengus.

Dapat dilihat dengan jelas bahawa lapisan kulit lengannya nampak menggelupas sedikit.

Dia membuka laci almari dan mula mencari ubat.

Ugh, damn!

* * *

"Nanny, I'm home." Ellise meluru masuk ke rumah. Dilihatnya Nenek Gwen sedang menonton televisyen di ruang rehat. Pastinya menonton siaran berita terkini yang dipaparkan secara siaran langsung.

Ellise duduk di atas sofa empuk di sebelah Nenek Gwen. Ditatapnya kaca televisyen itu bersama.

Berita memaparkan laporan tentang kematian seorang pelajar sekolah tinggi. Dikhabarkan, mangsa mengalami tekanan perasaan yang terlampau sehingga bertindak untuk membunuh dirinya sendiri. Namun, pihak polis masih lagi tidak dapat menyatakan punca sebenar kes itu. Khabar angin tersebut juga mungkin tidak benar.

Beberapa hari lepas, terjadi juga kes sebegini. Kes yang melibatkan seorang pelajar sekolah juga. Tapi tidak pastilah jika ia ada kaitan dengan kes kali ini.

Rakaman video dan gambar menunjukkan mangsa yang berlumuran darah. Tompokan darah kering terlihat di atas lantai yang berpunca daripada mulut dan leher mangsa yang tergores dalam.

Ngeri.

Ellise mengalihkan pandangan. Tidak sanggup melihat lagi. Berita itu mengerikan, tapi agak aneh. Benarkah mangsa sanggup membunuh dirinya sebegitu rupa?

"Ellise." Panggil Nenek Gwen.

Ellise tidak menjawab, tapi dia tetap berpaling pada nenek.

"Kamu tak patut keluar berseorangan." Nenek Gwen memulakan bicara.

Ellise masih diam. Fahamlah dia bahawa Nenek bimbang akan keselamatannya. Siapa sangka jika dia adalah mangsa seterusnya, bukan?

"Nenek tak perlulah risau sangat. Ellise boleh jaga diri Ellise. Lagipun Ellise takkan pergi jauh-jauh pun." Ellise cuba menenangkan kerisauan neneknya.

Sebenarnya, sejak sekolah bermula pada awal tahun lagi Nenek Gwen sudah berpesan agar menaiki bas ke sekolah. Paling tidak pun, berdua dengan rakan sekolah. Ellise membantah, dia agak sukar untuk bersosial. Dia lebih suka pergi berseorangan. Cepat pun cepat. Cuma, kadang-kadang adalah juga dia lewat.

Nenek Gwen mengeluh. Dengan umurnya yang kian meningkat, dia tidak dapat berada di sisi cucunya setiap masa. Jika kudratnya masih kuat, tentunya dia sendiri yang akan menghantar Ellise dengan keretanya.

Nenek Gwen mengukir senyum pada wajahnya. Dia bangun dan meluru ke ruang dapur. Berura-ura untuk menyiapkan makanan tengah hari mereka berdua.

Ellise pula yang terdiam. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke biliknya di tingkat atas. Dia terus membersihkan diri di bilik mandi.

Beberapa ketika kemudian, barulah dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk membantu Nenek Gwen.

* * *

The BLAKUGOSWhere stories live. Discover now