11 • Janji

24 7 0
                                    

Ellise memerhatikan kertas di tangannya. Sudah berulang kali dia memeriksa dan membuat perbandingan di antara kertas tersebut dengan skrin laptop di depannya. Dia seperti kurang percaya, final project untuk subjek Neuro Science yang diusahakan akhirnya mencapai target. Biarlah tidak mendapat full marks sekalipun, dia lega kerana kawan sekerjanya kali ini lebih 'cerdik' daripada sebelum ini. Yah, nasib baik.

Bukan setakat subjek Sir Anac itu sahaja, malah 9 subjek yang diambil juga telah bertanda lulus serta mencapai target yang diinginkan. Sungguh, dia bangga.

Semua pelajar tahun akhir sudah menerima keputusan markah bagi setiap projek mengikut subjek yang diambil. Kini, mereka hanya perlu menumpu perhatian untuk mengulang kaji sebelum peperiksaan bertulis bermula pada bulan hadapan.

"Kau memang bijak, bukan?"

Ellise menoleh ke belakang. Oh, Vina. Vina Hademn. Pelajar dalam kelas Biology. Dia pernah terserempak dengan Vina, tapi mereka tidaklah begitu mesra, sekadar hubungan sebagai rakan sekelas biasa sahaja.

"Ahaha, tidaklah. Biasa sahaja." Ellise membalas. Iya lah, tidak mungkin dia mengakui kata-kata Vina. Ellise sendiri rasa dirinya sebagai pelajar yang sederhana akademiknya.

Vina Hademn tersenyum mendengar respon Ellise. Dari pandangannya pula, Ellise memang sentiasa bersikap merendah diri.

"Nah, kau beruntung. Aku yakin, tentu masa hadapan kau sangat baik selepas tamat sekolah." Tangannya menggosok bahu Ellise dengan mesra.

"Dan aku yakin juga, kau pun sama, Vina."

"Hmm, I hope so. Mungkin masa hadapan kau lebih cerah. Apa-apa pun, jumpa kau di ForkFoodie nanti, okay!" Sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya, Vina berlalu pergi untuk menyertai rakan-rakan yang lain di dewan.

ForkFoodie? Ah! Dia langung lupa tentang jemputan Sir Geffon. Seingatnya, beliau mengajak para pelajar lulus Biology untuk makan di sana petang nanti. Sebagai ucapan tahniah bagi pelajar tahun akhir, katanya. Baru sahaja minggu lepas pesannya itu, macam manalah dia boleh lupa pula?

Dia memang betul-betul lupa. Dia sangka yang dia tiada apa-apa yang penting untuk dilakukan tengah hari nanti, maka dia sudah berjanji untuk meneman Nenek Gwen ke kuil.

Seketika, dia teringat pada Nenek Gwen. Perisitiwa malam semalam masih berlegar di fikirannya. Dia masih merajuk dengan Nenek tentang Mama, tapi apa-apa pun dia perlu juga tunaikan janjinya.

"Usah buka simpulan yang telah diikat dan usah pura-pura tidak mengetahuinya."

Kata nasihat dari seseorang dahulu berputar di fikirannya pula. Rindunya dia dengan suara tua itu. Rindu juga ingin menatap wajahnya.

"Ellise!"

Ellise tersedar daripada lamunan apabila suara seorang lelaki menyapanya.

"Tahniah, kau sudah buat yang terbaik." Damien yang duduk di sebelahnya mengucap syabas.

"Oh, ya, kau juga sama." Ellise mengangguk sambil matanya melirik ke arah fail di tangan Damien. Entah sejak bila Damien ada di sebelahnya. Tidak perasan langsung pula dia.

"Tak. Aku gagal dalam 2 subjek akhir." Damien menggelengkan kepala, semacam kesal. Riak wajahnya turut berubah.

Ellise terdiam.
"Ah, hmm, jangan risau. Aku yakin kau boleh lulus lagi jika kau teruskan pelajaran tahun hadapan." Aduh, dia sendiri tidak tahu mengapa mulutnya berkata begitu. Mereka sekarang sudah berada dalam tahun terakhir. Pilihan untuk lanjutkan satu tahun lagi adalah langsung tidak relevan.

Dia nampak muka Damien berkerut selepas mendengar kata-katanya. Kemudian sengihan kecil muncul di bibirnya. Lalu dia ketawa pula.

"Kau gila? Tak, aku tidak akan teruskan." Damien bersuara sambil diselangi tawa.

"Err.. Ahaha, ya. Aku- aku bergurau." Kenapalah aku cakap macam tu?

"Sekolah tinggi amat membosankan, bukan? Aku mahu terus bekerja."

Ellise berpaling pada Damien.
"Bekerja? Macam mana dengan institusi pengajian tinggi? Kau tak mahu masuk universiti?"

"Tak berminat." Selamba Damien menjawab.

"Oh, hmm.." Ellise pula terdiam. Memang berbeza pemikiran Damien dengan dirinya. Dia memang sudah lama menyimpan cita-cita untuk menuntut di Egrumaera University. Damien pula sudah berhasrat untuk bekerja. Lebih ke depan, berbanding dirinya.

"Kau akan bekerja jauh dari sini?" Ellise menyoal.

"Tidak pasti, masih." Beberapa ketika kemudian barulah Damien menjawab. Sungguh, dia sendiri tidak pasti. Lagipun dengan keadaannya kini, mana mungkin dia boleh pergi jauh berdikari. Entahlah.

"Boleh kita keep in touch lagi? Mungkin kau akan sibuk nanti, tapi-"

"Ya, sure, we keep in touch." Damien cepat membalas. Senyuman lebar meleret di bibirnya.

Takkanlah ingin putuskan macam tu sahaja?

***

Ellise berjalan melepasi pagar sekolah. Tadi, dia baru sahaja berjumpa dengan Sir Geffon untuk memaklumkan bahawa dia tidak datang ke jemputan makan tengah hari nanti. Dia sudah berikat janji yang dia akan ke kuil dengan neneknya. Ada hal penting bagi mereka.

Bercakap tentang nenek Gwen, Ellise melirik ke arah jam di tangan. Maknanya, dia perlu tiba di rumah dengan lebih awal hari ini. Oh, sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke kuil. Dia hanya akan ke sana apabila ada acara penting atau apabila dijemput sahaja. Selalunya, mereka hanya beribadat di rumah sahaja.

Perjalanan dari rumah mereka ke kuil berdekatan pun sudah mengambil masa dua puluh minit. Dia lebih senang jika mereka bersembahyang di rumah, namun lain pula dengan Nenek Gwen. Nenek lebih suka persekitaran di kuil, lebih suci dan bersih katanya. Ellise pula hanya mengikut kata neneknya, dia tidak pernah menghalang, malah dia akan ikut serta.

***

The BLAKUGOSWhere stories live. Discover now