03 • Sakit

55 13 4
                                    

"Damien Kane. Come in." Kedengaran suara dari dalam bilik Dr. Grimm.

Damien bangun dari tempat duduknya. Ibunya di sebelah juga turut bangun dan meluru masuk ke bilik tersebut. Mereka berdua duduk di kerusi bertentangan dengan doktor lelaki itu.

"Mrs. Kane?" Doktor Grimm bertanya. Suaranya agak garau dan dalam, sesuailah dengan wajahnya itu yang agak macho dalam lingkungan 30-an itu.

"Ya, saya." Balas Mrs Kane. Anak lelakinya, Damien hanya berdiam diri di sebelah.

"Tiada apa yang amat serius tentang kesihatan anak puan. Cuma, dia perlu elakkan diri daripada sinaran matahari yang membahang dalam tempoh yang lama. Jika tidak, dia akan mengalami ruam kulit yang panas dan pedih." Dr Grimm memberi penerangan panjang.

"Elakkan juga daripada bersukan atau melakukan aktiviti luar yang mendedahkan dirinya di lapangan panas setiap masa. Jika anak puan mengalami simptom-simptom awal, sapukan krim pada kulit. Penerangan lanjut yang lain, puan boleh rujuk di sini. Jika ada apa-apa pertanyaan atau masalah, boleh berjumpa dengan saya." Dr Grimm menghulurkan sekeping brosur, dua botol krim sapu, sebotol ubat cair berserta dua papan ubat biji di dalam sepeket plastik.

"Baiklah, doktor. Terima kasih atas nasihat." Mrs Kane menyambut.

"Sebagai seorang pesakit, kamu tak patut anggap ia sebagai suatu perkara yang biasa dan remeh. Atau ia akan mendatangkan risiko terhadap diri kamu sendiri." Dr Grimm memandang Damien, pesakit yang kerap kali berjumpa dengannya.

Sudah lama dia bertugas sebagai personal doctor bagi Damien. Dia kenal benar dengan sikap anak muda itu yang tidak mementingkan kesihatan dirinya sendiri. Akhirnya orang lain juga yang lebih bimbang tentang kesihatan Damien.

Damien tidak memberi sebarang respon. Dia hanya mengeluh kecil lalu bangun dan melangkah keluar meninggalkan Dr. Grimm dan Mrs. Kane dengan selamba.

* * *

She went in the woods away
So afraid, all alone
They warned her, don’t go there
There's creatures who are hiding in the dark
Then something came creeping
It told her, don’t you worry
Just follow everywhere I go—

Ellise menekan butang 'pause'.
Entah mengapa dirinya berasa hanyut bersama bait bait lirik yang didengar tadi. Ia mengingatkan Ellise terhadap sesuatu. Ya, sesuatu yang dirinya sendiri tidak pasti.

Samalah dengan mimpinya yang dilalui setiap malam. Cuma dia tidaklah dibesarkan di dalam sebuah istana usang yang besar seperti 'Lily'.

Mungkin secara kebetulan sahaja. Tidak masuk akallah jika ada sebuah lagu yang dicipta berdasarkan hidup atau mimpi Ellise sendiri. Mustahil.
Ellise merebahkan tubuhnya ke katil, bersedia untuk tidur.

Namun, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Katilnya berhabuk. Debu-debu kotor berterbangan dan bertaburan di dalam bilik.

Ellise terbatuk. Dia mengerutkan dahi apabila melihat keadaan biliknya. Ia berubah, lain, dan tidak sama dengan bilik asalnya. Terlihat kertas dan poster-poster lama ditampal di sekeliling bilik. Perabot-perabot di bilik itu ditudung dengan kain putih. Bilik itu agak suram dan gelap kerana kurangnya cahaya yang masuk.

Kenapa— apa? Apa yang sudah jadi?
Ini bukanlah seperti bilik tidurnya!

Ellise bangun dari baringnya. Dia menuju ke tingkap bilik. Tingkap itu juga kelihatan berhabuk dan diselaputi dengan sarang lelabah di pepenjurunya. Bahkan ia kelihatan seperti sudah lama dibiarkan tertutup.

Ellise mengelap tingkap tersebut dengan tangannya. Apa yang dapat dilihat diluar hanyalah kegelapan hitam pekat. Dia dapat menangkap bunyi titisan-titisan hujan lebat jatuh ke bumi.

Sejak bila pula di luar hujan? Bukankah sebentar tadi cuaca baik saja?

Ellise melangkah ke arah pintu bilik. Tombol yang kelihatan sudah buruk itu dipulas perlahan-lahan. Bunyi 'krekk' kedengaran apabila pintu dikuak.

Dia keluar dari bilik tidurnya dan segera menuruni tangga turun ke bawah.

"Nenek Gwen!"

Matanya melilau mencari kelibat neneknya di ruang rehat. Setelah dipastikan Nenek Gwen tiada, dia beralih pula ke ruang dapur. Namun, bayangnya juga tidak kelihatan.

Seluruh ruang dalam rumah sunyi, tiada sebarang bunyi dihasilkan. Cuma lantai kayu sahaja yang mengeluarkan bunyi kriuk apabila dipijak.

Pelik. Sejak bila pula lantai rumah ini diperbuat daripada kayu?

Dia semakin pelik apabila melihat terdapat serpihan kaca-kaca pecah di atas meja. Ada sesuatu yang terjadi ke? Mana nenek?

Ellise Vernile melangkah ke pintu utama. Dia memulas perlahan tombol pintu yang sudah berhabuk itu. Pintu rumah dibuka perlahan.

Serta-merta tempias hujan lebat dari luar itu masuk ke rumah. Keadaan di luar rumah gelap. Hanya cahaya malap dari lampu jalan sahaja yang dapat membantu penglihatannya. Di luar, semuanya tidak seperti biasa.

Dia dapat melihat rimbunan pokok-pokok tinggi yang berdaun lebat di depan rumah. Bukan, bukan di depan rumah saja, malah sekeliling rumahnya adalah hutan.

Di sebalik batang-batang pokok tinggi itu pula, terlihat suatu suluhan kecil cahaya yang bergerak-gerak. Telinganya juga menangkap bunyi daun-daun bergerak di sebalik semak-samun.

Seperti ada sesuatu yang sedang berjalan ke mari. Ia seperti berjalan menuju ke arah Ellise dengan laju.

* * *

The BLAKUGOSWhere stories live. Discover now