07 • Projek

43 12 0
                                    

"Mummy." Damien memanggil ibunya yang sedang mengemas barang dapur.

"Damien. Damien dah sihat?" Cepat-cepat Mrs. Kane mendekati tubuh anaknya itu.

"Hmm.." Damien menggumam perlahan. Dia merebahkan punggung di atas kerusi di meja makan.

Mrs. Kane meletakkan tangannya pada dahi Damien, menganggar suhu badan anak lelakinya.

"Panas. Damien masih demam, ya." Mrs. Kane membuahkan senyum manis pada anaknya, berharap ia dapat menyembuh sedikit sebanyak kesakitan. Namun, jauh di sudut hatinya, dia bimbang akan kesihatan Damien.

"Makan sarapan tu. Kemudian, makan ubat. Doalah supaya cepat sembuh." Mrs. Kane bangun dan mengucup dahi anak kesayangannya.

Dia berjalan menuju ke pintu untuk keluar ke taman di halaman rumah. Waktu hujung minggu begini, memang selalu Mrs. Kane menjenguk tanamannya yang berbunga itu. Dia memang suka aktiviti begitu, sambil-sambil berborak dengan jiran-jiran sebelah.

Damien hanya memerhatikan ibunya. Kemudian pandangannya dialihkan pula pada meja makan. 2 keping pancake dan secawan madu manis itu ditatap bersahaja.

Tidak berselera, namun dicapai juga sudu di sebelah. Pancake disuap ke dalam mulut tanpa rasa keinginan. Dikunyah sedikit-sedikit. Muak. Rasa ingin muntah. Sungguh, dia tiada selera makan sekarang.

Damien melepaskan sudu di tangan. Beberapa ubat di atas meja pula ditatap dengan rasa bosan.

Hatinya pilu.

Sampai bila dia perlu hidup begini?

***

"Nenek."

Ellise memanggil neneknya.

"Ya, sayang. Sudah bangun?" Nenek Gwen muncul dari ruang dapur. Dia tersenyum mendengar suara lembut cucunya.

"Nenek— tak apa-apa?" Ellise bertanya.

Nenek Gwen memandang Ellise dengan tatapan kasih sayang.

"Iya, kenapa Ellise tanya macam tu?" Giliran Nenek Gwen pula bertanya.

"Tak, saja." Ellise menjawab ringkas.

Dia teringat akan mimpinya malam tadi. Gusar sungguh hatinya apabila dia tidak menjumpai Nenek Gwen di mana-mana. Dia juga takut kalau terjadi apa-apa yang tidak diinginkan. Syukurlah ia hanya mimpi buruk yang menyinggah di malam hari.

Nenek Gwen tersenyum lagi. Tangan kananya mencapai segelas susu lalu dihulurkan kepada Ellise.

"Mimpi buruk lagi, ya?" Nenek Gwen bertanya, seperti boleh membaca apa yag bermain di fikiran Ellise.

Ellise sekadar mengangguk, mengiyakan persoalan itu. Susu di dalam gelas diteguk sedikit. Ellise kemudian duduk bersarapan bersama-sama neneknya.

***

Sesuai sarapan, Ellise menghadap laptopnya. Maklumat tentang projeknya sudah disimpan dan dihantar ke e-mail Damien. Kemudian, dia perlu menyalin beberapa foto lengkap yang sudah di lakarkan.

Sesudah siap, dia mencapai telefonnya lalu mengirim teks kepada Damien.

'Damien.'
'Pukul berapa aku perlu berada di rumah kau?'

Teks dikirimkan. Selepas beberapa minit, barulah Damien membalas.

'1.00 petang, okay?'
'Kau tahu ke rumah aku di mana?'

Ellise baru teringat. Manalah dia tahu rumah Damien tu di mana! Baru sahaja kenal di sekolah hari tu.

'Okay. Tak tahu.'

Sepatah Ellise membalas.

'Aku boleh datang ambil kau petang nanti. Bagilah alamat.'

Ellise mencebik. Sebenarnya, dia masih kurang percaya dengan Damien. Iyalah, mereka baru sahaja kenal. Takpe ke kalau dia tahu rumah Ellise di mana? Kalau dia datang meculik atau merompak macam mana?

Ish, overthinking betul!

Ellise terus sahaja menghantar alamat rumahnya walaupun masih ragu-ragu. Nenek pun ada pesan, kita kena bersangka baik terhadap orang lain.

Tapi, bukankah kita juga mesti berjaga-jaga?

***

"Mummy. Damien keluar sekejap, boleh?" Damien meminta izin ibunya yang sedang berehat sambil menonton televisyen.

"Keluar? Ke mana?" Mrs. Kane menyoal pula.

"Damien nak jemput kawan. Tak jauh dari sini. Emm, ada projek sekolah yang nak disiapkan bersama."

"Hmm.. Tak bolehkah jika dia yang datang ke sini?" Mrs. Kane memutar kembali soalan Damien. Dia kurang bersetuju tentang permintaan itu. Dia masih risau tentang kesihatan anaknya di luar.

"Dia— dia perempuan, Mummy. Rasanya lebih elok kalau Damien jemput dia, bukan?" Damien menggosok-gosok tengkuk belakangnya, janggal.

Mrs. Kane pula yang tersenyum mendengarnya.

"Hmm, yelah, Damien. Tak ada masalah. Cuma.." Mrs. Kane berenti seketika, mengambil nafas.

"Cuma apa?"

"Declan! Declan! Tolong hantarkan Damien ni sekejap!" Mrs. Kane melaung memanggil anak sulungnya.

Damien berkerut dahi. Aduh, tak suka betul kalau Declan masuk campur hal dia.

"Mummy! Tak usahlah. Damien boleh pergi sendiri lah." Damien menegah.

***

"Ha, dah sampai dah kawan kamu tu." Nenek Gwen bersuara sambil kepalanya terjenguk-jenguk ke luar rumah. Dilihatnya sebuah kereta berwarna putih dipandu masuk ke halaman rumahnya.

"Nenek, Ellise pergi dulu, ya. Jam 3 petang nanti Ellise baliklah." Ellise menyarungkan sepasang kasut miliknya lalu menuju ke arah kereta di luar. Nenek Gwen tersenyum di depan pintu rumah.

Ellise nampak kelibat Damien menganggukkan kepala dari dalam kereta, barulah dia masuk dan duduk di tempat belakang. Ada seorang lagi lelaki muda yang tidak dikenali duduk di bahagian pemandu, dia mengukirkan senyum dan senyumannya dibalas.

"Elly?" Lelaki di sebelah Damien menyebut namanya, tapi eh salah.

"Ellise." Ellise membetulkan. Ah, janggalnya.

"Oh, Ellise." Lelaki itu mengangguk-angguk. Keretanya mula dipandu meninggalkan perkarangan rumah Ellise dan meluncur di atas jalan. Damien di sebelahnya pula hanya berdiam diri memandang ke luar.

Keadaan senyap seketika sebelum suara lelaki itu terdengar lagi.

"Teman wanita Damien?"

"Er, tak, bukan. Kawan biasa je. Baru kenal." Ellise membalas. Sedap mulut dia je main tebak.

Lelaki itu kemudian tersenyum sambil ketawa kecil.

***

The BLAKUGOSWhere stories live. Discover now