12 • Datuk

42 6 0
                                    

Ellise memerhatikan raut wajah tua Nenek Gwen. Wajahnya bersih namun penuh dengan kedutan di dahi dan pipi. Usia nenek tua itu sudah mencecah 63 tahun. Sudah tua, namun masih berkudrat seperti wanita dalam lingkungan 45-an.

Mereka berdua berdiri dalam keadaan diam membisu, mata tertutup rapat dan tangan kanan berada di dada kiri. menerima perasaan yang hadir menusuk ke jantung hati. Mereka seperti sedang menghayati sesuatu di dalam jiwa. Ellise tahu, neneknya itu sedang membaca ayat-ayat suci sebelum melepasi Torii untuk ke 'alam lain'.

Torii ialah sebuah pintu gerbang besar yang gah berdiri di depan rumah agama. Torii dianggap sebagai pintu atau penghadang di antara 'tempat suci' dan 'dunia luar'. Sebelum melepasi pintu gerbang merah ini, mereka perlulah meminta izin daripada Dewa yang dipercayai menguasai tempat tersebut. Apabila seseorang melepasi Torii, dia dianggap sedang berada di 'alam lain'. Ini kerana alam ini amat suci dan bersih daripada dunia luar yang kotor dan penuh hasad jahat.

Seketika kemudian, mereka berdua mencelik mata semula. Selepas menundukkan kepala tanda hormat, mereka mula melangkah masuk melepasi Torii bermula dengan langkah kanan. Mereka sentiasa percaya bahawa permulaan kanan adalah sentiasa lebih baik daripada kiri. Sejurus angin lembut bertiup menyentuh wajahnya, terdetik di hati Ellise, perasaanya benar-benar berbeza jika ingin dibandingkan dengan tadi. Dia berasa segar dan bersih.

Telinga menangkap bunyi kicauan burung-burung yang merdu. Anak mata Ellise terus memerhatikan gerak geri Nenek Gwen. Nenek masuk ke kuil utama lalu duduk menghadap salah sebuah patung dewa. Ellise nampak neneknya mengeluarkan sebuah gambar berbingkai lalu diletak di atas penghadang di sebelah lilin bernyala. Gambar yang penuh dengan rindu tersirat. Gambar Datuk Thuan, suami Nenek Gwen yang telah meninggal dunia 5 tahun lepas akibat penyakit buah pinggang.

Hari ini, 13 Oktober, genap 5 tahun Datuk Thuan meninggal dunia. Masih segar wajah dan kenangannya bersama Datuk Thuan di putaran ingatan. Sebagai pengamal agama yang taat, Datuk selalu berpesan hal dunia dan akhirat kepadanya. Ya, kedua-duanya, Datuk dan Nenek memang pengamal agama kuat. Ellise pula sebaliknya, memang dia taat pada agama dan Tuhan seperti yang diajar sejak kecil, namun agama di jiwanya tidaklah begitu kukuh. Sering sahaja dia berasa goyah dan tidak yakin dengan apa yang dianutinya.

Nenek duduk melutut di depan Hades God. Sejambak bunga putih harum diletakkan mengiring di depan gambar Datuk. Kepala Nenek tertunduk dan matanya tertutup rapat. Kedua-dua belah tangannya digenggam bersama di paras dada. Nafasnya dikawal dengan perlahan. Wajahnya kelihatan tenang sekali tanpa gangguan.

Ellise meniru gaya neneknya, turut berbuat demikian. Dia menutup mata perlahan. Dia yang faham tindakan nenek terus berdoa di dalam hatinya. Dia berdoa kepada roh Datuk Thuan agar sentiasa dirahmati di syurga, seperti yang dia percaya.

Dear Lord,

Listen to us, listen to me,
I pray for my love, be blessed with your touch and grateful for your praise.

We believe in your way, to forgive him at the bottom of red hill till the white dirt.

Put lights in our heart to guide the eyes and ears. To walk in your way, to feel your souls, and to be right in your full waves.

Free from black stain and fault.
Together by this chaste line and holy bound.

In this world, and hereafter,
Oh Lord,
Please be.

Sungguh khusyuk dia menghayati doa panjangnya dalam diam. Dibisikkan kata hatinya pada Yang Satu, selama lapan belas tahun dia bernafas.

Sejenak dia membuka kedua-dua kelopak matanya. Air jernih mula menitis dari tubir mata. Getar di hatinya mula dirasakan. Bulu romanya naik, dia berasa dingin. Dia kembali menutupkan matanya. Air matanya menitis lagi, kali ini lebih laju.

Kotak fikirannya terimbau memori lama bersama Datuk. Semasa Datuk Thuan bekerja sehari-harian dengan penuh kudrat, sehinggalah Datuk Thuan terlantar di atas katil menahan sakit dan penat. Seperti ada satu skrin besar yang terpampang sedang menayangkan seluruh momen bersama datuknya.

Ketika dia jatuh tersungkur dan berluka di dagu, Datuklah yang memegang tangannya dan menyapu lembut ubat cair di lukanya. Ketika dia menangis berseorangan di dalam bilik malam hari, Datuklah yang meneman dan memujuk dirinya agar berdiri dengan kuat. Ketika semangatnya hampir luntur dimamah ejekan, Datuklah yang menulis puisikan semangat untuknya.

Keadaan bertukar sebaliknya sejak empat tahun lalu, Datuk sering batuk lelah dan penat. Dia sering terduduk ketika bekerja, sering menahan tangan di dada, sering menahan nafas dengan tidak sengaja, sering berair mata di mana-mana. Dia juga sering tersenyum sahaja tanpa berkata apa-apa.

Ellise selalu tertanya-tanya, mengapa dengan Datuk? Mengapa Datuk tidak seceria dahulu? Mana kata-kata Datuk yang hinggap di telinganya dahulu? Dahulu, dia tidak faham, dan langsung tidak sedar. Ketika umurnya masih mentah 13, dia masih dalam proses ke arah kematangan.

Ketika dia bersedih, tanpa Datuk Thuan, dia sering melihat ke luar langit malam yang gelap. Ketika itulah dia meluahkan isi hatinya. Bukan pada bulan, bukan pada bintang, namun hanya langit gelap. Datuk selalu cakap, walaupun kita tidak nampak apa-apa di sana, namun sebenarnya ada yang melihat kita dari jauh. Jadi dia selalu bercakap sambil mendongak ke langit.

Ketika dia hendak tidur, Datuk selalu berpesan jangan fikirkan tentang orang kesayangan. Nanti kita terbawa-bawa dalam mati sementara. Ellise pernah terfikir, bukankah ia baik jika kita membawa orang kesayangan dalam tidur? Tetapi, Datuk bilang padanya, kita selalu mimpikan perkara aneh, bukan? Kematian, kengerian dan lain-lain. Jadi, jangan libatkan orang kesayangan dalam mimpi. Nanti kita pula yang terlalu terbawa-terbawa dan percaya dengan mimpi malam, walhal ia hanyalah permainan syaitan.

Masih dia ingat wajah tua yang berkerut dahi menahan sakit ketika terbaring di atas katil. Ketika sakit, Ellise dan Nenek Gwen sering berdoa kepadanya. Sehinggalah saat-saat akhir, muka Datuk kembali tenang tanpa garis kedutan. Namun, Datuk telah diam. Diam selama-lamanya.

Air matanya menitis lagi.

Mengapa Tuhan mengambil nyawa Datuk Thuan sebelum dia faham situasi yang menimpa? Sebelum dia sempat membalas tulis puisi Datuk?

Mengapa Tuhan mengambil nyawa orang yang dia sayangi? Selain dari orang yang dia benci?

Inilah mengapa hatinya selalu sahaja goyah. Ada kalanya dia kecewa dengan tindakan Tuhan.

Memang beginikah cara Tuhan mengatur hidupnya?

****

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The BLAKUGOSWhere stories live. Discover now