08 • Gambar

41 12 2
                                    

Ellise duduk di atas sofa empuk di ruang baca itu. Beg sandangnya diletak di sebelah. Matanya melilau di sekitar ruang bilik. Bilik seluas bilik tidur itu lengkap dengan meja belajar, lampu meja, pendingin hawa, dan buku-buku yang tersusun rapi di atas rak.

Warna biru laut dan putih pada dinding menimbulkan ekspresi tenang dan selamat. Terdapat pula gambar lukisan abstrak yang menarik dipadankan dengan corak nyaman menambahkan lagi alunan lembut. Suasana yang segar dan selesa itu membuatkan dia lebih selesa untuk membuat kerja.

Dia duduk termenung sambil menunggu Damien yang katanya akan datang semula sekejap lagi. Mungkin dia ke dapur untuk sediakan minuman agaknya. Ellise kembali memerhatikan sekitar bilik itu. Bilik yang disediakan khas untuk laksanakan kerja tanpa gangguan, kata Damienlah. Dia pun lebih suka suasana senyap begini, seperti di perpustakaan. Perpustakaan mini.

Matanya tertancap pada sebingkai gambar di atas meja bersebelahan dengan rak. Entah kenapa gambar itu menarik perhatiannya. Dia seraya bangun dan mendekatinya untuk lihat dengan lebih jelas. Gambar itu ditilik. Gambar sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak lelaki. Mungkin gambar ibu dan ayah Damien.

Semakin lama dia perhatikan, dia perasan yang wajah kanak-kanak lelaki itu, bukanlah Damien.

"Gambar parents dan abang aku." Tiba-tiba Damien mencelah dari muka pintu bilik. Entah bila dia datang, Ellise pun tidak sedar. Di tangannya terdapat dua mug berisi minuman panas. Damien meletakkan kedua-duanya di atas meja.

Ellise mengangguk-angguk tanda faham. Betullah tekaannya, kanak-kanak lelaki dalam gambar itu bukan Damien.

"Tadi tu, abang kau?" Ellise bertanya.

"Hm, Declan." Damien jawab sepatah.

"Oh." Ellise mengangguk lagi. Dilihat pula gambar-gambar lain di situ. Apa yang menarik perhatiannya sekali lagi, gambar-gambar lain hanyalah menunjukkan ibu Damien, abang Damien, dan Damien sendiri. Tiada pula ayahnya.

"Dia dah tiada." Damien mencelah lagi.

Ellise berpaling memandang wajah Damien. Ah, kasihannya. Namun, wajah Damien sebaliknya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tidak sedih, mahupun sayu. Seperti tiada perasaan.

Hati Ellise terdetik, mungkin juga sudah lama ayahnya tiada, dan sudah biasa baginya. Dia pun pernah berjumpa dengan beberapa orang yang senasib dengan Damien, mereka sendiri yang katakan mereka sudah biasa ketiadaan seorang ketua keluarga.

Tetapi Ellise cuba membalas kata Damien untuk menyedapkan hati.
"Maaf. Tapi kau untung sebab kau sempat lihat wajah dia, ayah kau. Aku, aku tak pernah langsung kenal ibu ayah aku."

"Kau anak yatim?" Damien bertanya.

Soalan itu agak tajam dan tidak sopan pada pandangan Ellise, tapi memang betullah. Dia memang anak yatim.

"Ya, aku anak yatim." Ellise mengiakan.

"Mak cik tua tadi—"

"Nenek Gwen, dia yang jaga aku dari kecil." Ellise cepat menjawab soalan Damien.

"I see." Damien membalas sambil menganggukkan kepala.

"Hmm." Ellise membisu.

"Kau minumlah dulu. Aku nak tengok semua benda yang kau dah dapat tu."

***

Declan duduk termenung berseorangan. Suasana bising dalam kafe langsung tidak menjentik perasaannya yang sugul.  Minuman di atas meja langsung tidak diusik sejak tadi. Kecil hatinya, panas jiwanya.

"Kau okay?"

Declan mengangkat mukanya, memandang Jude yang baru tiba. Jude melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah.

"Tak." Declan menjawab perlahan.

"Apehal?"

"Aku- aku tak senang hati."

"Sebab?"

Persoalan Jude dibiarkan seketika.

"Haih, entahlah. Macam ada something yang tak kena."

Jude menangguk faham.
"Ah, biasalah tu. Perasaan sahaja. Nanti baik-baiklah tu."

"Hmmm." Declan mengeluh.

"Macam mana hubungan kau dengan Mel?" Jude bertanya, merujuk kepada Imelda.

"Jude, aku dah penat dengan dia." Declan mempamerkan riak tidak puas hati. Semakin panas pula hatinya mendengar nama Imelda, walhal dahulu, dialah perempuan yang sering menarik perhatiannya.

"Takkan kau nak lepas macam itu saja? Kau berdua sudah cuba bincang baik-baik? Terus terang?"

"Kau pun tahu dia macam mana, bukan?" Declan pantas memotong bicara Jude.

"Yelah, memang. Tapi aku rasa kau berdua sama saja. Sama-sama main belakang, right?" Jude membalas dengan pandangan sinis.

Declan pula yang memandang tajam wajah Jude.
"Kalau kau takde benda yang baik untuk dicakap, diam sajalah, Jude."

"Kau suruh aku datang sini, kemudian suruh aku diam pula?"

Declan merengus kasar. Ah, semakin sakit kepala dibuatnya!

***

"Damien."

Damien berpaling memandang Mummy. Dia baru sahaja menelan dua biji ubat petang itu. Setelah menyiapkan beberapa bahagian projek bersama Ellise, kepalanya terasa berat.

"Kawan Damien tadi..." Mummy bersuara.

"Ellise?"

"Ya, Ellise." Mummy mengangguk sebelum bertanya.
"Damien baru kenal dengan dia?"

Damien menganggukkan kepala menandakan, ya.
"Kenapa?"

"Mummy rasa macam... pernah lihat dia." Mrs. Kane berkata sambil tersenyum. Namun, kerutan di dahi menyembunyikan perasaan lain.

"Ya? Di mana? Bila?"

Mrs. Kane keliru. Entah di mana dan bila dia lihat wajah mulus perempuan itu. Tetapi nalurinya berkata seperti dia cam akan Ellise.

"Entahlah Damien. Mummy... Mummy lupa."

"Atau mungkin pelanduk dua serupa agaknya." Damien menambah. Dia meneguk segelas air kosong di atas meja sebelum dia melangkah naik ke biliknya.

Mrs. Kane mengangguk bisu. Entah benar atau tidak. Tetapi naluri hatinya pula berkata sebaliknya.

Dia mengeluh halus. Atau mungkin benar kata Damien?

Dalam dunia ni pun, ada berjuta-juta orang yang hidup. Beribu-ribu orang yang berjalan ke sana ke mari. Beratus-ratus orang yang bertemunya dalam sehari. Berpuluh-puluh orang yang tidak dikenali.

Mungkin sahaja ada wajah yang mirip, namun jiwa yang berlainan ada disebalik.

***

The BLAKUGOSWhere stories live. Discover now