3: Accept

1.1K 84 7
                                    

Taekook
KookV

.
.
.
.

“Tundukkan Playboy itu, Mr.Jeon!”

.
.
.
.

Episode 3

Jungkook tertidur dikeretanya. Dia tersadar dan terjaga melihat sekelilingnya. Keadaan sudah pun pagi, cuaca terang bederang diluar sana.

Matanya melihat pada pergelangan tanganya. Jam kini menunjukan tepat pukul 11:23 pagi. Sepatutnya jungkook ada kerja hari ini. Begitu bodohnya, dia tertidur didalam kereta kerana kesal dengan appanya.

“Sial! Disebabkan orang tua tu. Aku boleh tak masuk kerja. ”carut jungkook lalu menghidupkan enjin keretanya kemudian memecut laju pulang ke rumah.


















;

Kedengara bunyi deruman kereta jungkook yang pakir di tempat garaj kereta itu. Mrs.jeon punyalah risau kemana seharian anaknya pergi.

“Jungkook! Mana kamu pergi nak! Risau eomma di buatnya. Eomma call tak angkat, chat tak reply. Kemana kamu pergi sayang.”kata wanita itu dengan lemah lembut. Jungkook berdecit kesal. Anak matanya teralih pada sang ayah yang datang menghampiri kedua anak beranak ini.

“Balik juga kau! Ingat dah mati tengah jalan. Tak menyusahkan orang tak boleh agaknya.”Ujar Mr.Jeon, si isteri cuba menenangkan suaminya. Dia tak mahu kalau anaknya akan pergi lagi lepas ini.

Biasalah, seorang ibu pasti sayangkan anak tunggal mereka. Dah satu-satunya anak yang mereka ada. Tak mungkinlah tak sayang.

“Orang tua ni! Sengaja je nak sakitkan hati aku. Babi! Menyesal aku balik tadi.”bisik jungkook. Tak henti-henti mengucapkan sumpah-seranah pada bapak dia ni.

Jungkook mendahululi ibu dan ayahnya. Tanpa ingin menyapa keduanya, Tuan Jeon hanya mengelengkan kepala melihat tingkah laku anaknya itu.

"Kau dah fikirkan apa yang aku cakap semalam. Ingat tiada penolakan, kalau tak nak hidup kau di gelendangan bantahlah kata aku. Kau kene ingat harta yang kau ada semuanya milik aku. Kalau aku nak tarik bila bila masa pun boleh." Kata Tuan Jeon. Jungkook mengenggam tanganya dengan erat. Lalu menatap ke arah si ayah dengan tatapan yang tajam.

"Okey! Fine, aku terima perkahwinan itu. Tapi kau kene ingat, perkahwinan ini tak akan bertahan lama percayalah." Kata jungkook dengan nada yang kurang sopan lalu berjalan menaiki tangga dan meninggalkan ruang tamu.

Kedengaran pintu bilik dihempaskan sekuat hati. Tuan jeon langsung tidak mengendahkanya. Dia tak peduli, pandailah dia handlekan jungkook tu.

Nak jinakkan dia senang je.

"Abang?"
Panggil sang isteri dengan nada yang lembut. Dia risau kalau dia memaksa jungkook berkahwin, bagaimana dengan bakal menantu mereka. Dia tak mahu kalau menantu mereka akan menjadi tempat lepasan kemarahan putra tunggalnya.

Dia tahu kalau kemarahan jungkook tiada siapa yang dapat membendungnya. Jungkook panas baran.

"Biarkan dia! Segalanya saya yang aturkan." Kata mr.jeon yang kini sibuk membaca surat kahbar. Si isteri hanya menghela nafas panjang kemudian berlalu pergi.











𝐓𝐮𝐧𝐝𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐥𝐚𝐲𝐛𝐨𝐲 𝐢𝐭𝐮, 𝐌𝐫. 𝐉𝐞𝐨𝐧!Where stories live. Discover now